Followers

Tuesday, December 25, 2012

aku dia dan kamu ^^



hari ni 25/12/2012 mungkin orang luar sebuk keluar berjalan2 dengan kawan atau keluarga.  yelah tengah bercutikan.

tapi hari ni aku keluar berasama sahabat lama dari sekolah menengah teknik sepang... si harith dengan si alfi..

destinasi pertama kami is studio khaligrafi si alfi di bandar baru bangi..dekat seksyen 7 berhampiran jgak la dengan kedai sup ketin tu..

banyak jugak karya seni khaligrafi ade di kedai dia...
memang kagum la...

budak berusia 19 tahun dah ada own bisnes sendiri.
yang budak 19 tahun kat luar sana sebuk masih belajar...

tapi orang cakap rezeki manusia lain2 kan.. teruskan la apa yang kita buat..






bersama harith othaman di studio!














bila masuk2 dalam..satu karya yang memang menarik minat aku.... kalimah ALLAH.. warna asal dia warna purple dengan hitam..tp diedit guna instagram...tu jadi warna ni tu..serious...cantik sangat!!














selepas duduk beristirehat di studio khat nieh... terasa lapar..kami singgah la ke mines pekena pizza hut..


inilah tuan empunya badan..yang belah kiri berbaju kotak2 tu...dia lah empuya studio..
si alfi syahmi.... pergh...alhamdulillah..die belanje kowt makan pizza...haha.. thankz alfi..
kalo korg nk tau..die dah keluar kat rancangan nasi lemak kopi o dekat tv9 dengan tv alhijrah untuk promosi seni khaligrafi ni

bukan tu je..banyak dah kalo ade expo ke pameran ke... ada punye die...

respect dengan ko bro!!

selepas kiteorg makan pizza...destinasi seterusnye ke muziun negara..sebab ade pameran topeng dunia..hahha.. saja memanfaatkan masa yang ada...yelah..dah lama sangat tak berjumpa..


hahha...bersama alfi....









harith mcm budak kecik..comel je...haha..ce teka topeng ape aku pakai... hihi














ni skrg pukul 10:45 pm... still ada lagi di studio si alfi ni... haha..lepak sini...org sebuk buat painting..aku dok on9 sambil update blog yang hidup segan mati x mahu..sambil dengar lagu ombak rindu lagi

anyways...i miss this moments... congrates alfi..

sape nak buat tempahan seni khaligrafi...untuk hadiah perkahwinan ke, birthdays ke ape ke..boleh call si alfi nieh...

ni nombor dia.. and ade pe2 hal contack je die... hasil seni die memang tip top.. ^^

017-3993554


p/s: alfi..aku x jual no ko okeyh!hahhaha... 

Thursday, November 15, 2012

Rintihan Palestine Awal Muharram

Dah lama tak mengupdate blog ini.. pada hari ini Jummat 16/11/2012 bersamaan 2 muharram 1434 Hijrah


Baru sahaja kita menyambut awal muharram... tetapi kekejaman regim zionis lahnatullah ini makin melampau.   Menyerang warga Palestine pada tarikh2 penting dalam Islam.

Ketika saat mendengar berita ini, hati sayu mengenangkan nasib saudara2 kita disana, yang kita disini alhamdulillah masih lagi dalam keadaan yang aman, makan pun cukup..


salah satu laman web yang menunjukkan kronologi serangan di bumi Gaza...  tidak pasti akan kesahihannya..kerana berita ini diambil dari kedua2 belah pihak yakni Palestine dan Israel...


http://rt.com/news/gaza-israel-hamas-attack-687/
bila dilihat balik kronologi dan gambar2 yang ditunjukkan, memang membuktikan penipuan besar Israel atas bilangan kematian. Ini seperti satu tiket untuk dilihat mata dunia kononnye akan kekejaman Hamas.. sedangkan kematian yang dilakukan oleh Zionis lahnatullah itu jauh lebih besar bebanding dengan kematian warga Israel itu sendiri..

ini salah satu laman web yang memberitahu Gaza diserang

http://stream.aljazeera.com/story/gaza-under-attack-0022404


di laman web ini tertarik dengan comment Terri Smith yang menyebelahi warga palestine...kerana mereka ini nampak akan kebenaran yang berbelah kepada tentera Hamas bukan Zionis yang melanggari perjanjian OSLO sendiri

begitu juga comment dari Taha karim dan Zena costa yang menyebelahi warga Palestine

ada juga yang lantang suara menyokong Israel....

antara gambar2 yang menunjukkan keganasan regim zionis



Palestinians wheel a wounded child into a hospital after an Israeli air strike in Gaza City November 14, 2012.


Palestinian medics carry a wounded baby into the al-shifa hospital in Gaza City following an Israeli air strike on November 14, 2012.


A Palestinian carries a wounded woman into a hospital after Israeli air strikes in Gaza City November 14, 2012.



A Palestinian man checks the damage after Israeli air strikes in Gaza City November 15, 2012.


The Israeli military launch a missile from the Iron Dome missile system in the southern Israeli city of Beer Sheva into the Gaza Strip on November 15, 2012.




Turut terkorban (mangsa termuda)...

Bayi yang baru berumur 9+ bulan ini yang telah dimasukkan ke ICU Hospital Shifa juga telah kembali ke rahmatullah.

Senarai nama rakyat Palestin yang terkorban di dalam serangan berdarah rejim Zionis ke atas Gaza yang sedang berlaku sekarang :

1 - Walid Abadlah, 2 tahun
2 - Marwan Abu Al-Qumsan, 52
3 - Ramai Hamamd
4 - Khalid Abu Al-Naser
5 - Habes mesbeh, 30
6 - Wael Al-Ghalban
7 - Hicham Al-Ghalban
8 - Ahmad Al-Jaabari, 52, Ketua Umum Briged al Qassam
9 - Mohamamd Al-Hams
10 - Ranan Arafat, 5 tahun
11 - Essam Abu El-Mazzah, 20
12 - Hani Al-Kaseeh, 18
13 - Ahmad Al-Masha Rawi, 11 bulan
14 - Hiba Al-Masharwai, 19
15 - Mahmaoud Sawaween, 65
16 - Hanin Tafesh 10 bulan
17- Faris Basyouni.
18- Tareq Jamal Nasser
19-Oday Jamal Nasser
20- Marwan Abu El Qumsan,

Tidak kurang daripada 157 orang yang telah cedera termasuk wanita dan kanak-kanak.

Sumber :

1-Ir Omar Seyam (Aman Palestin Gaza) -https://www.facebook.com/pages/AMAN-PALESTIN-Palestine-office/148568865207796

2-Team Palestine - https://www.facebook.com/pages/Team-Palestina/198580813517826


dan banyak lagi gambar yang boleh kita lihat di mcm2 laman web lain.

Sama2 kita berdoa untuk Sudara2 kita di palestine ...  sisipan doa dari Ustaz Zamri


Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


Saya tidak memberi sebarang komen tentang bencana yang sedang menimpa Gaza bukan tidak prihatin. Tetapi saya rasa semua yang saya mahu cakap adalah sampah kerana ia tidak sedikit pun menguis pergi Zionis dari Bumi Isra' itu.

Yang mampu saya buat secara signifikan sekarang ini ialah membersihkan makan minum serta amalan, agar doa saya untuk Gaza tidak terhijab oleh kecelaan diri sendiri. Doa senjata mukmin kerana jika mukmin tahu syarat doa dimaqbulkan Allah setiap kita akan berubah menjadi mukmin yang lebih baik.

-Ust Hasrizal Abdul Jamil-






Cuaca di Gaza kini..

Moga segala Doa kita semua diangkat olehNya.. InssyaAllah
#PrayForGaza


Saturday, January 28, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Syazwan..

Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Ilahi..dengan limpah kurnia dan rahmatnya... aku masih lagi dapat menghirup udara di dunia ini...

selalu aku pesankan kepada sahabat yang lain akan hari lahir.... "semakin panjang umur kita, semakin dekat kita dengan ajal"  dan "orang yang sentiasa ingat akan kematian merupakan orang yang bijak"

ajal maut dan jodoh pertemuan ditanganNya.. kita tidak tahu bila masa kita, sudah cukup ke amalan kita selama ini...

hurm.... hari ini.. aku banyak bermuasabah diri akan kekhilafan masa lampau yang  telah aku lakukan kepadaNya dan orang sekeliling ku....

moga hari ini jadi detik pemulaan untuk anjakan paradigma untuk diri ini...

alhamdulillah....thankz so much to all my members...for my wish 80 and above wish...sampai x menang tangan untuk membalas satu persatu.... rasa diri ini dihargai dan diingati... moga kalian sentiasa dibawah rahmatNya inssyaAllah...

pada masa yang sama..kepada yang mengenali diri ini....aku nk mohon maaf jika selama diri ini bertapak dimuka bumi ini..ada melakukan kesilapan kepada korg semua...mohon maaf....

moga hari ini dan seterusnya kita semua sentiasa dibawah rahmat dan lindunganNya...

Friday, January 27, 2012

tenggelam timbul tenggelam timbul

alhamdulillah..masih berpeluang lagi nk mencoret secebis nurkilan dari sang arjuna ini... agak lama cuti xD

sekarang aku dah masuk sem 2.. banyak bende harus aq belajar dan peka dengan benda2 sekeliling...dah x ley nk pandang remeh dah.....

memandangkan hari lahir aku pun x lame lagi..beberapa jam je lagi...so...nak x nak memang pemikiran pun kena berubah....ye lah.. makin besar x kan la nak jd budak2 lagi...

haha! ade org cakap aku makin tua?? yeke? x dek la...masih muda kot... yelah bak kata org sweet 19 la katakan..=p umur meningkat of coz la pemikiran perlu lebih matang..

matlamat yang dipegang perlu digemggam erat...tau taunggungjawab dan keutamaan sebenar..itu sebenarnya..

teringat pula prihal penutup kutbah jumaat semalam..
semakin meningkat umur kita, semakin hampir kita dengan kematian..huhu..sekarang ni un asyik dengar pasal mati je....

tu yang lebih penting..perubahan kita hari demi hari untuk jadi yang lebih baik..berusaha untuk jadi yang terbaik..bukan hanya duduk ditakuk yang sama...kalau x mmg x kemana lah.... percayalah..

ajal maut..jodoh pertemuan semua dekat tangan Allah SWT.. kita hambanya just mampu berusaha dan berdoa agar apa yang diberikanNya terbaik untuk kita duniawi dan ukhrawi... itu sebaik2nya...

fuh..dah mcm ustaz dah... =) ok what...

hurm.... tu jelah rasanya untuk hari ini...wait for tomorrow..special post from me..hahha..semperna birthday eh?  kot la..=)  inssyaAllah

moga kita semua sentiasa dibawah naugan rahmatNya..inssyaAllah.. bye!! =)

Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru Buku Baru

Assalamualaikum kepada blogwalker.. moga anda sentiasa dibawah naugan keredhaanNya..inssyaAllah

2011 telah melaburkan tirainya..dan kini 2012 membuka tirainya yang tersendiri..

2011 semestinya telah meninggalkan kita pelbagai kenangan manis dan pahit, suka dan duka, gelak dan sedih bagi kita.. yang mengajar kita erti pengorbanan, kesungguhan, kekuatan dan sebagainya yang makin hari menjadikan kita insan yang lebih kuat setiap hari..

Jadi..pada tahun ini..ramai yang sebuk menanam azam2 yang pelbagai untuk dicapai pada tahun ini..
akan tetapi adakah kita lihat kembali apa yang kita telah lakukan pada tahun sebelum ini.. kebaikan dan keburukn yang kita telah lakukan sebelum ini

apa yang baik pada 2011 boleh kita bawa dan kekal serta tingkatkan pada tahun 2012 dan apa yang buruk di 2012 ditinggalkan..

terutamanya tuntutan utama iaitu solat... mungkin ada yang tidak bersolat pada sebelum ini..dan ada juga yang sekejap solat sekejap x..ada juga gemar solat diakhir waktu..

jadi tahun 2012 ini merupakan salah satu medan untuk melonjakkan paradigma kita untuk menjadikan kita insan yang diredhaiNya..

moga tahun 2012 ini sama2 kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari dulu... doa saya untuk anda semua..inssyaAllah.. =)

Friday, December 30, 2011

Derma darah di Masjid Negara

Alhamdulillah..30/12/2011 sebelum akhirnya 2011.. wan, hariz haziq dan adib..sempat la untuk membuat satu amal kebaikan sebelum 2011 melaburkan tirainya... untuk kebaikan bersama...

hurm..gerak dari rumah dalam pukul9.30 lah... then naek LRT ke pasar seni dan terus ke masjid negara..
hihii...sebelum ni wan dah pernah derma darah di sekolah dulu..haha..first time mcm cuak jgak lah...haha..
yang menambahkan kecuakkan bila dia cucuk jarum yang rasanya boleh sumbat lidi kayu dalam jarum tu..huhuu..

but tyme cucuk tu x sakit la...but nice lah...badan rasa ringan selepas derma darah..

bagi hariz dan adib..first time cuba..so..sapa2 pun lau bende x buat cuak juga..mcm wan dulu..hhaha...

sempat tanya si hariz.. "So lepas ni boleh derma la ye?" "yep lepas ni boleh la derma untuk orang tersayang"
wah,.,bagus2...

after kiteorg derma darah..kiteorg dapat goodies dari Masjid Negara..haha...banyak pulak tu..alhamdulillah rezeki jumaat terakhir 2011 kan....  then solat jumaat terakhir untuk 2011 di masjid negara..hurm..

before that nk share 1 link kelebihan menderma darah nieh..

click sini =)

hurm....after solat jumaat...kitaorg pun plan nak balik je..tyme 2 badan still rasa lemah after derma darah.. yelah 450ml darah dalam badan sudah didermakan.. =)

tyme nk balik..sempat bergambar dengan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Dato' Syaikh Hj.Ismail bin Hj.Muhammad


rezeki peluang berjumpa dengan salah satu tokoh sanjungan negara....






so perjalanan di 30/12/2011 mengukir 1001 kenangan manis buat kami bertiga... moga setiap amal kebaikan kita diredhaiNya..inssyaAllah.. =)

Friday, December 23, 2011

First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!

ha..see it...hahha!! First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!: Park It! is Mat Tune's first Rock single!! After the success of his first single,

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com