Followers

Saturday, July 11, 2009

Pengubat hati


PENGUBAT HATI.

Ramai yang mungkin tidak sedari tentang pengubat hati ini dan mungkin juga ramai yang telah meninggalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Tidak hairanlah manusia zaman kini mempunyai hati yang kotor kerana tidak menjaga hati mereka sendiri.

Pengubat hati yang dimaksudkan ialah "ZIKRULLAH".

Zikir bermaksud mengingati Allah SWT dengan hati, lidah dan perbuatan seperti membaca tasbih, tahmid, takbir dan sebagainya.

Antara kalimah-kalimah zikir termasuk
Subbahanallah,
Alhamdulillah,
Allahu Akbar,
kini semakin jauh dari jiwa segelintir umat islam itu sendiri yang kebanyakkannya lalai dengan kemewahan dan kesenangan itu sendiri.

Zikir hendaklah diamalkan oleh setiap umat islam dalam semua keadaan supaya tidak lalai daripada mengigati Allah SWT sebagaimana firmannya:

maksudnya:

Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan baring mengiringi, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata, "wahai Tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan benda-benda dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka periharalah kami daripada azab neraka".
(Surah ali-Imran; ayat 191)

Kita mengetahui bahawa besarnya pahala bagi mereka yang mengamalkan zikirnya secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta.

Jika amalan ini diamalkan, InssyaAllah kita dapat merasai ketenangan jiwa dan perasaan dan juga dapat merasai keagunguan dan kebesaran Allah SWT disamping dirahmati Allah SWT.

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT agar kita menjadi hamba yang diredhai... InssyaAllah

No comments:

Post a Comment

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com