Followers

Sunday, August 30, 2009





Zana masih lagi mengelamun kerana cuaca pada ketika itu agak cuacanya agak dingin. Dia masih lagi menatap surat tawaran ke Kolej Pernama dengan tanpa bayaran jika dia mencapai keputusan cemerlang dalan setiap ujian dan perperiksaan. Ibu yang disayangi, Puan Zubaidah telah merestui anaknya ke kolej yang terletak di ibu kota. Walaupun hatinya berat untuk meninggalkan anak harapan itu, demi kepentingan anaknya,Puan Zubaidah terpaksa merelakan dengan perasaan yang disimpan di lubuk hatinya. Aku dapat merasai kesedihan bondaku yang tercinta itu walau tidak dipamerkan kesedihannya itu pada zahirnya akan tetapi batinya mungkin terseksa kerana terpaksa berpisah dengan anak kesayangannya. Aku juga berat nak melangkah ke ibu kota kerana rumah itu tersingkap seribu satu kenangan yang sememangnya amat sukar dilupakan. Aku yang membesar dalam keadaan yang agak susah dapat mempelajari ilmu disiplin diri yang kuat walaupun dalam usiaku masih dalam lingkungan kanak-kanak. Keperitan pemergian ayahanda yang tercinta membuatkan keluargnya makin perit. Keperitan ini mematangkan Zana pada usia yang muda. Aku terpaksa mengorbankan masa belajarku untuk membantu bondanya mencari daun pisang untuk membalut nasi lemak. Pekerjaan bondanya itulah yang membantunya untuk meraih keputusan yang memberangsangkan dalam SPM walaupun telah berlalu lebih kurang dua tahun. Ini semua atas jasa baik seorang pensyarah yang rapat dengan ibu yang sudi membantuku untuk menyambung belajar. Walaupun sebelum ini aku telah mendapat pelbagai tawaran dari pelbagai universiti dan kolej-kolej, aku terpaksa menolak kerana ketidakstabilan ekonomi ibuku. Tiket bas sudahpun ditempah awal-awal lagi. Rakannya Anis Azira menawarkan untuk mengambilnya di kampung untuk ke ibu kota kerana rakannya itu duduk di ibu kota Kuala Lumpur setelah berpindah ke sana. Zana tidak mahu menyusahkan rakannya dan dia lebih selesa menaiki bas hasil duit pencariannya sendiri daripada mengharapkan orang lain kerana arwah ayahnya selalu berpesan agar jangan selalu memakan budi orang. Perjalanan dari Lumut Perak ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah. Setelahku sampai di Pudu Raya, Anis telahpun terpacak menanti kedatanganku. Disambutnya dengan baik sekali. Aku tidak perlu lagi mencari rumah sewa kerana rumah yang disewa Anis masih kekosongan. Anis lebih selesa duduk berseoranganan daripada duduk dengan keluarga kerana dia lebih selesa hidup yang penih dengan berdikari.


* * * * * *


Matahari memecah suasana hening. Jam menunjukkan pukul sembilan pagi. Kuliahku pada hari itu pada pukul sembilan setengah. “Ah..lambat lagi”,monologku..Aku bergegas menggapai tuala dan terus mandi. Setelah sampai di kolej, aku terus ke dewan kuliah tanpa memikirkan perutku yang kosong kerana tidak diisikan lagi. Setelah tamat sesi kuliah aku bercadang ke cafeteria Mak Jah yang berhampiran kolej ku nutuk mengisi perutku yang tidak henti-henti berbunyi. Dalam perjalanan ke cafeteria itu aku terserempak seorang lelaki. Pertama sekali ku melihat wajahnya, aku teringat akan kenangan yang ku alami 5 tahun yang lepas. Sungguh pun aku tidak mahu lagi mengingatkan lagi sejarah hitamku, kini aku terpaksa menempuhinya kembali. Wajah Ikhwan yang seiras dengan kekasihku yang bernama Iqram itu membuatkan ku rasa seperti kembalinya Iqram disisiku. Aku merupakan pelajar kejuruteraan kimia tahun kedua di Kolej Pertama dan aku merupakan pelajar senior yang belajar disitu. Aku masih tertanya-tanya apakah bidang yang diambil oleh Ikhwan. Sesungguhnya aku tidak mahu mengingatkan kisah silam itu, akan tetapi kenangan silam yang pahit itu juga membuatku ingin mengenalinya dengan lebih mendalam hal dirinya. Anis Azira merupakan kawanku yang paling rapat dari kecil hingga sekarang, faham dengan perasaan ku dan dia merupakan kawan yang mengetahui kisah ku dengan Iqram itu. Anis juga merupakan pelajar kejuruteraan kimia seperti aku. “WOI..!!! Zana kau nak kemana tu? Tunggu lah aku, penat aku kejar kau macam aku kejar anak ayam pula” jerit Anis yang masih tercungap-cungap. Aku hanya tersenyum melihat gelagat Anis yang seakan-akan hilang anak. “Zana kau nampak tak budak junior yang baru tu? Nama dia Ikhwan.. Kau tau tak muka dia macam siapa?” Anis tanya aku seperti aku tidak kenal dengan wajah Ikhwan yang seiras kekasih lama ku Iqram sedangkan aku kenal Iqram lebih lama dari pada dia mengenali Iqram. “Tak tahu, ikut wajah siapa?” aku saja ingin melihat gelagat Anis yang agak kecoh sikit sedangkan aku tahu situasi sebenarnya. “Muka dia macam balak kau yang dulu tu lah, betul aku cakap, serius aku cakap!!” Anis yang bercerita sampai hari yang sememangnya panas terik menjadi hujan renyai akibat air liurnya terpercik kerana kekusyukkan bercerita seperti dia mendapat sebuah banglo diperbuat dari emas serta intan permata. Aku hanya berkata “ Oh ye ker?”. “Kak barang akak terjatuh” seseorang lelaki dari arah belakang bertanya kepada ku sambil tangannya menunjukkan kearah buku nota kecil aku. “Weh budak ni lah yang aku cakapkan tadi” bisik Anis sambil menjeling-jeling dan tersenyum-senyum macam kerang busuk kearah ku. Hatiku berdebar-debar untuk memandang kebelakang. Tetapi tak kan aku nak lari dari situasi yang sememangnya tidak dijangkakan oleh aku akan berlaku. Aku dengan perlahan membongkokkan diriku untuk mencapai buku notaku yang kecil itu. Lelaki itu hanya meninggalkan senyuman labu beredar dari tempat itu. Senyumannya yang membuatku ingin menangis mengingatkan kisah lampauku. Aku hanya mampu tunduk dan seperti ingin mengeluarkan air mata, akan tetapi aku hanya mampu bertahan. “Zana rilex lah, janganlah macam ni. Aku faham sangat dengan perasaan kau, kalau kau nangis aku pun nak nangis jugak” pujuk Anis yang sedih melihat keadaanku yang tidak dapat menerima kehadiran klon Ikhwan itu.
Jarum pendek tepat pada lapan malam.. “Mana Mira ni? Janji pukul berapa, sekarang pukul berapa” mengeluh Anis. “Sabarlah..alah kau macam tak tau pulak perangai Mira tu”pantas ku menjawab. “Weh sister’s!! Sorry late, masalah perempuan” jawab Mira yang selamba. “Banyak lah kau, bukan minggu lepas ke musim ‘The Moon Is Coming’ kau?” Pantas Anis menjawab sambil melihat Mira yang acap kali memberi alasan untuk melepaskan diri dari masalah.
Aku hanya mampu tersenyum melihan gelagat Anis dan Mira. Mira merupakan pelajar IT di sini. Aku mengenalinya ketika sesi pendaftaran dahulu. Masih aku ingat masa sesi pendaftaran dulu, mira memperkenalkan dirinya iaitu Nurul Amira binti Ahmad. Pertama kali aku melihat Mira, aku terus tertarik dengan sikap Mira yang agak peramah. “Oh ye ker? Alamak pecah lubang la nieh.. sorrylah tadi ada hal sikit, aku tak tahu nak pakai baju apa” Jawab Mira seperti ingin menutup kesalahannya lagi. “Kau nak ke mana cantik-cantik macam ni, kita cuma nak pergi pasar malam bukan nak pergi Shopping kat KLCC” Jawab ku tanpa rasa segan untuk bertanya. “Ala kau, macam tak kenal aku.. kot-kot kat pasar malam jumpa lelaki hensome,sebab tulah aku pakai baju macam ni and aku still tutup aurat okey” Mira menjawab dengan tangan-tangannya menghayunkan ke atas bawah yang ingin menunjukkan gelangnya yang besar-besar itu.Aku hanya mampu mengelengkan kepala dan juga tersenyum melihat gelagat Mira yang agak over! Dalam perjalanan ke pasar malam yang terletak tidak jauh dari rumah sewa kami, kami ternampak kemalangan yang agak teruk melibatkan sebuah lori dan kereta Myvi. Hatiku tergerak ingin ke sana dan mengajak Anis serta Mira ke sana. Perasan ini tidak pernahku alami selama ini dan mungkin ini satu petanda bagiku? Soalku terhadap diriku sendiri. Apabila sampai disana, hatiku semakin berdebar-debar. Lori yang melanggar kereta Myvi itu telah melarikan diri. Tidak siapa yang ada disitu melainkan aku dan kawan-kawan ku sahaja kerana kawasan itu memang sunyi dan jarang dilalui kereta kerana jalannya tidak beberapa elok. Aku turun dari keretaku, dan ingin melihat pemandu dan penumpang dalam kereta itu sama ada dalam keadaan baik atau sebalikknya. Aku melihat seperti seorang lelaki yang digerumi darah di hadapan, hanya dia sahaja yang berada dalam kenderaan itu. Hatiku semakin berdebar-debar melihat situasi tersebut. Aku cuba membuka kenderaan itu dan aku berjaya membukanya. Aku meminta pertolongan Anis dan Mira mengangkat lelaki itu keluar dari kenderaan yang belakangnya hampir keseluruhannya remuk akibat dilanggar. Kami membawa lelaki itu dalam keadaan yang berhati-hati ke dalam kereta aku untuk menghantarnya ke hospital yang berhampiran. Mira mengambil kain yang terdapat dalam keretaku mengelap darah yang keluar dari kepalanya. Aku membawa laju dengan harapan agar lelaki yang tidak ku kenali itu selamat. Aku masih tidak mengetahui identiti lelaki tersebut tetapi dengan adanya rasa tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini, aku berusaha untuk menyelamatkan lelaki misteri tersebut. Anis pula tidak dapat duduk diam kerana merisaukan keadaan lelaki itu yang sudah semestinya dalam keadaannya kurang stabil. Mukanya bengkak-bengkak akibat tekanan akibat pelangaran yang berlaku itu. Serpihan kaca juga menyebabkan mukanya bercalar dan berdarah. Apabila sampai di perkarangan hospital, semua jururawat yang bertugas pada malam itu bertungkus lumus menghantar lelaki tersebut ke bilik kecemasan. Keadaan semakin kelam kabut. Mira mengambil keputusan untuk ke pondok polis yang terdapat di hospital itu untuk membuat laporan mengenai kemalangan serta memberitahu keadaan mangsa sekarang. Apabila Mira telah menyelesaikan semua laporan polis, kami mengambil keputusan untuk ke kantin hospital bagi mengalas perut disebabkan kami tidak makan dari petang tadi. Di lubuk perasaanku, aku masih tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki itu tadi. Selepas kami menjamu selera, kami berjumpa dengan doktor yang merawat lelaki itu tersebut. Doktor mengesahkan lelaki itu dalam keadaan stabil dan masih dalam rawatan. Perasaan ku semakin lega apabila mendengar kata-kata doktor tersebut. “Ha baru aku ingat, tadi kau buat laporan polis kau ambil wallet lelaki itu kan?” tanya aku yang ingin mengetahui ideniti lelaki tersebut.“seingat aku namanya Ikhwan Bin Salleh rasanya”,Mira mengaru kepala kerana kurang pasti dengan jawapannya. “Weh korang, lelaki tadi tu Ikhwan yang budak senior tu” jawabku tanpa memikirkan apa-apa. “Ha Ikhwan? Kau biar betul?” Anis seakan-akan tidak percaya tetapi dia sudah mengesyaki bahawa lelaki tersebut seperti Ikhwan akan tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja. “Siapa Ikhwan tu?” tanya Mira yang tidak langsung mengenal lelaki tersebut. Aku menghulurkan wallet Ikhwan itu ke tangan Anis. Anis seakan-akan tidak percaya.“Ikhwan tu pelajar senior kat Kolej Pernama” jawab Anis “Oh ye ker? Hensome jugak” balas Mira yang sedang tersengeh-sengeh tanpa memikirkan keadaan lelaki yang sedang dirawat itu. “Sekarang ni bukan pasal hansome ke tak, yang penting dia selamat” pantas ku menjawab yang masih risau akan keadaan dia. Bila difikirkan balik, apa gunanya aku merisaukan dia sedangkan aku langsung tidak mengenalinya dengan lebih mendalam serta tiada apa-apa hubungan langsung dengan dia. Mungkinkah perasaan ini sama seperti perasaan yang aku rasai ketika bersama Iqram? Ah!! Aku tak mahu fikirkannya lagi, hatiku seperti merindui orang yang tiada lagi di dunia ini..! “Tit..tit…tit..tit… “ bunyi SMS. SMS yang dikirim oleh Iqram. Hai sayang..sayang buat apa tu? Abg sebernya nak bagi tahu something kat Sha..Besok Sha free tak? Tanya dia yang penting. Aku membalas “kenapa? Free rasanya”. “Besok abang nak ajak Sha ke kursus perkahwinan..abg dah daftar dah. Kita dah tunang hampir dua tahun. Kursus tak pergi lagi. “Boleh jugak” jawab ku yang seakan-akan tidak sabar ingin berjumpa dia besok. Jam menunjukkan lapan pagi, batang hidung Iqram masih tidak lagi nampak. Jam menunjukkan pukul lapan setengah, kelibatnya masih tiada lagi dipandangan. Kursus itu bermula pada lapan setengah tetapi kehadirannya masih tiada lagi. Aku makin risau akan dirinya. Pin!! Pin!! Bunyi kenderaan yang berada di belakangku. Rupanya Iqram di belakangku. “Jomlah, napa lambat sangat? Risau Sha tau tak??” Marahku yang memang risau akan keadaannya dan bukan dibuat-buat. “Sorrylah, tadi ada kemalangan kat simpang sana, tulah yang buat jem tu. Semua kenderaan perlahankan kenderaan nak tengok kemalangan tu...” Jarum pendek menunjukkan pukul dua belas tengah hari, kursus tadi berlangsung dengan lancar dan tiada sebaramg masalah pun. Pelbagai maklumat yang aku dan Iqram dapat. Iqram ingin mengajakku ke rumah ibunya untuk makan tengah hari. Aku hanya menerima kerana lama sudah aku tidak datang ke rumah bakal mentuaku. Bakal mentuaku yang bernama Najihin yang lebih mesra dikenali sebagai Mak Ja itu ramah orangnya. Sungguhpun seakan-akan menampakkan dirinya yang agak garang tetapi orangnya baik. “Assalamualaikum mak Ja..Mak Ja sihat? Dah lama tak jumpa Mak Ja” Aku mencium tangan Mak Ja dan memeluknya. “Mak Ja tau kau sebuk, banyak kerja yang nak dilakukan” Mak Ja mengerti dengan situasiku yang memang sibuk dengan kerja luar dan timbunan assignment. “Jemputlah makan, Mak Ja dah masak sedap-sedap sebab Mak Ja tau kau nak datang” Jemput Mak Ja ditambahkan lagi dengan senyuman yang agak manis tambah-tambah lagi Mak Ja sedang memakai baju kurung bewarna oren yang menambahkan keceriaannya. Iqram hanya tersenyum melihat gelagat mak nya yang gembira dan selesa dengan kehadiran ku. “Lauk yang Mak Ja masak memang sedaplah, bolelah Mak Ja ajar saya masak resepi ini ye” tangan ku sambil menyuap nasi ke dalam mulut. “Eh boleh apa salahnya, Mak Ja boleh ajar bila-bila tapi kau tu je yang sebuk” jawab Mak Ja yang juga turut makan bersama kami. “Ha macam mana kursus perkahwinan tu tadi Iqram?” tanya Mak Ja yang beria-ia ingin mengetahui tentang kursus itu tadi. “Ok je ibu, banyak pengetahuan yang kami dapat dari sana” jawab Iqram sambil tersenyum kearahku. Aku pun seperti menyambung senyuman yang dilemparkan Iqram kepada ku. Bila difikir-fikirkan balik memang ada yang betulnya apa yang Iqram katakan. “Okeylah Mak Ja, Zana balik dulu, dah lewat ni” Aku mencapai beg tangan ku yang dibelikan Iqram di atas meja ruang tamu. “Okeylah kalau macam tu, Iqram bawak kereta tu berhati-hati” seru Mak Ja yang sentiasa merisaui anak bujangnya itu. Iqram hanya tersenyum dan mengangguk-angguk tanda mengerti. “Weh Zana wat pe kau termenung lagi, jam dan pukul sebelas setengah..Jom balik” Anis mengajakku pulang. Tersedar aku dari renungan yang mengimbau kisahku dengan Iqram. “Ah..lupakan..yang dah lepas biar berlalu pergi”, monologku. Tetapi kakiku berasa berat untuk tinggalkan hospital ini, aku tidak tahu kenapa kakiku ini begitu berat untuk pulang. Sinar pagi memancar ke dalam bilikku melalui celahan langsir yang berwarna hijau muda. Hari ini hari ahad dan aku bertujuan untuk menjengguk Ikhwan di hospital, akan tetapi perasaan sedih menyelubungiku mungkin kerana bayangan Iqram berlegar-legar di onak fikiranku. “AH!!!! Nak tak nak aku kena tengok dia sebab aku yang membawa dia semalam ke hospital, mungkin dia ingin melihat siapakah yang menyelamatkannya semalam. Jikalau perasaan curiga tidak ada dalam diriku pada malam Jumaat tersebut mungkin Ikhwan sudah ke rahmatullah. “Ish.. apalah yang aku fikirkan ni, asstarfirulahalazim”. “Weh korang nak jenguk tak Ikhwan kat hospital?” soalku kepada Anis dan Mira. “Aku nak ikut!” teriak Mira yang seakan-akan tidak sabar untuk berjumpa dengan Ikhwan sedangkan dia tak mandi-mandi lagi. “Nak pergi cepatlah mandi, jam dah pukul sembilan. “Waktu melawat pukul sepuluh sampai duabelas je” jawabku dengan ringkas sekali. Anis hanya tersenyum melihat gelagat Mira yang sentiasa kelam kabut. “Alamak kena cepat, karang aku tak dapat tengok wajah Ikhwan lama-lama” Mira mencapai tualanya yang berada di berandar. “Assalamualaikum” aku mengetuk bilik wad Ikhwan. “Walaikumusalam” jawab Ikhwan. “Alhamdulillah dia dah sedar” perasaan ku semakin lega mendengar Ikhwan yang menjawab salam ku. Orang yang pertama langkah ke bilik itu ialah Mira. Mira masuk bilik dengan tanpa perasaan segan silu. “Hai Ikhwan” tegur Mira yang seakan budak-budak tadika yang telah lama mengenali diri Ikhwan itu. “Ni dah okey sikit ke?” soal Anis yang juga mempunyai perasaan risau sepertiku tetapi tidak serisau ku. “Panggil saya Wan jer..” Aku hanya mampu berdiam diri serta mengangguk tanda memahami jawapan yang telah diberikan Ikhwan kepada kami. Aku hanya membayangkan Iqram kini berada di sisiku kembali sedangkan Iqram sudah lama meninggalkan ku keseorangan. Aku hanya mampu menangis di dalam hati. “Kelmarinkan awak kemalangan, kami yang…..” penerangan Mira terhenti kerana Ikhwan memotong penerangan yang ingin dijelaskan oleh Mira. “Terima kasih banyak-banyak, anggota polis yang korang laporkan sudah ceritakan kepada saya segala-galanya..terima kasih semua..tanpa korang mungkin saya sudah mati atau tidak di tempat kejadian tu”. “Jangan lah cakap macam tu, dah ditakdirkan kami yang menyelamatkan Wan pada malam tu” jawab Anis yang seakan-akan seperti pensyarah yang sudah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan. Aku dan Mira hanya tersenyum sambil mengangguk-anggukkan apa yang dicakapkan Anis itu sebagai simbol betul. “Siapa nama awak yang pakai baju biru tu?” soal Ikhwan yang keadaannya semakin pulih. Hatiku semakin berdebar-debar untuk menjawab. “Sha..za..na….panggil..Zana” jawabku yang tergagap-gagap. Ikhwan hanya tersenyum. Aku seperti dipanah petir dengan senyuman itu. Ia mengingatkan cintaku yang hangat sewaktuku bersama Iqram. “Awak, awak kena makan ubat tepat pada time tau, jangan lupa makan ubat” tegur Mira yang ingin menunjukkan dirinya mengambil berat terhadap Ikhwan. Akan tetapi Ikhwan tidak menunjukkan sebarang reaksi positif ataupun sebaliknya. Mungkin Mira suka pada Ikhwan, sebab dari awal kejadian tu dia seperti beria-ia pada Ikhwan. Tarikh hari ni 29 April 2008, hari ini hari jadi Ikhwan, dah dua bulan dia dah sembuh dari kejadian kemalangan yang masih menjadi parut terhadap Ikhwan. Dia ada menjemputku untuk ke hari jadinya. “Nak pergi atau tidak” aku kena fikir masak-masak. Jam menunjukkan tepat pukul lapan malam. Parti hari jadi Ikhwan bermula pada pukul lapan setengah. “Ala segannya..dah lah aku sorang je yang pergi, yang Anis dan Mira pergi Gunung Ledang ada perkhemahan” aku masih lagi tidak pasti hendak pergi atau tidak. “Ah..pergi jelah, apa salahnya..lagipun dapat makan free” aku mengambil keputusan untuk pergi ke parti hari jadi Ikhwan. “Hehe.. kalo Mira tau mesti dia jeles punya…” Aku menghantar SMS kepada Ikhwan supaya tunggu di depan rumahnya kerana ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumahnya yang terletak di Seri Hartamas. Jikalau difikirkan balik, Ikhwan ini dari golongan orang yang berada. Maknya berkerja sebagai CEO di salah sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. Bapanya pula berkerja sebagai ketua pensyarah di Universiti Malaya. Akan tetapi, Ikhwan bukan jenis suka menunjuk harta kekayaannya. Banyak juga aku tahu tentang dirinya, ini kerana Mira sering cerita tentang dirinya..Mira agak rapat dengannya semenjak kejadian kemalangan itu berlaku. Perasaan cemburu kepada Mira memang ada, tetapi kenapa aku perlu cemburu sedangkan aku dengan Ikhwan langsung tiada hubungan apa-apa selain kawan biasa. Mungkin kerana wajah Ikhwan yang seiras Iqram membuatkan ku merasa cemburu dan terasa Ikhwan adalah Iqram. “Ah..!! tak payah difikirkan lah, bukan penting sangat” jawab aku yang tidak mahu fikirkan tentang itu lagi. “Besarnya rumah disini, kalau aku dapat sebiji kan best” aku masih tercari-cari rumah Ikhwan. “Eh, tu bukan Ikhwan ke?” soalku kepada lelaki yang melambai-lambai kearahku. “Betullah tu, hensome gak ek dia..” jawabku dengan perasaan lega kerana akhirnya jumpa juga rumah Ikhwan. Banyak kereta yang parking di sekitar rumahnya itu. Mesti ramai di majlis hari jadi ini. “Jemput masuk” jemput Ikhwan kepadaku dengan senyuman serta sopan santunnya. Ikhwan seorang yang sering memberi sedekah dengan senyuman. “Alamak kenapa pulak warna baju aku dengan dia sedondon warna merah…Ah..kebetulan je” aku agak terkejut dengan baju yang dipakaiku serta Ikhwan seperti dirancang-rancangkan serta secara tidak langsung perasaan segan menyelubungi diri ini. Aku menyalami kedua ibu bapa Ikhwan serta rakan-rakannya yang lain. Walaupun aku agak segan, aku terpaksa menebalkan mukaku ini yang tidak seberapa ini. Bila difikirkan balik, segan juga apabila kawan dengan Ikhwan kerana aku dengan dia mempunyai latar belakang keluarga yang agak berbeza ibarat langit dan bumi. Tapi nak buat macam mana, kawan tak kira siapa. Semua boleh kawan. “Perhatian kepada semua” jerit Ikhwan yang seakan-akan ingin memberitahu sesuatu yang penting. “Wanita inilah yang telah menyelamatkan nyawa aku sewaktu kejadian kemalangan dua bulan itu berlaku” jari Ikhwan menunjukan tepat kearahku. Aku tidak percaya yang Ikhwan akan berkata begitu. Mukaku naik merah kerana semua tetamu yang hadir memandangku sambil menepuk tangan tanda rasa kagum. Aku hanya mampu tersenyum dan menundukkan kepalaku kearah lantai yang berkilat-kilat seperti lantai mamar yang baru lapkan. Nampak bayangku yang kini berasa dalam keadaan segan. Hampir semua tetamu pada malam ini mengucapkan tahniah. Ibu bapa Ikhwan juga mengucapkan terima kasih kepadaku kerana menyelamatkan anak tunggalnya itu. Ibu bapa Ikhwan ingin mengenenaliku dengan lebih dalam lagi dengan pelbagai soalan. Ikhwan pula hanya tersenyum melihatku gelagat ibu bapanya. Makanan yang disediakan pada parti ini memang lazat. Jam menunjukkan pukul sepuluh setengah. Aku mengambil keputusan untuk pulang. Aku mengundurkan diri setelah menyalam kedua ibu bapa Ikhwan . “Zana thankz sebab sudi datang parti Wan, kalau Zana tak datang mesti Wan kecewa” jawab Ikhwan yang seakan-akan mengharapkan kedatanganku ke parti hari jadinya yang meriah. “Sedap makanan hari ni” pujiku yang ikhlas dari hati. “Tu semua mummy yang masak, kalau tak sibuk datanglah rumah..boleh rasa makanan my mum yang lebih sedap dari itu” jemput Ikhwan yang mempromot masakan maknya yang ternyata memang sedap. Tidak hairanlah maknya mempunyai restoran yang agak popular di Ibu kota walaupun ibunya berkerja sebagai CEO di sebuah syarikat, hampir kesemua resepi di restoran tersebut datang dari resepi sebenar maknya. Mira pernah menceritakan kepadaku tentang hal ini. Aku hanya mampu mengangguk dan mengucapkan terima kasih atas jemputan Ikhwan ke partinya. “Zana besok awak free tak?” soal Ikhwan. “Free, kenapa?” soalku balik untuk mendapatkan kepastian. “Besok pagi tepat pukul tujuh, Wan datang rumah Zana jemput Zana sebab Wan nak bawa Zana ke tempat wan hilangkan strees.” Jemput Ikhwan. Ikhwan hanya senyum. “Kemanakah Wan akan bawaku pada besok pagi?” soalku di onak fikiranku. Jarum pendek ditanganku menujukkan pukul enam setengah. Selepasku solat subuh, aku bersiap-siap atas jemputan Ikhwan yang ingin membawaku ke sesuatu tempat. Perasaanku semakin berdebar-debar bercampur ingin tahu kemanakah Ikhwan ingin membawaku. “Pin..!! Pin..!!”bunyi hon kereta. Aku menjenguk ke luar dan melihat Ikhwan dengan kereta BMWnya berwarna biru laut. Mungkin itu kereta bapanya atau ibunya. Aku melangkah keluar dengan memakai long skirt berwarna putih serta dipadankan dengan t-shirt lengan panjang berwarna putih. Ikhwan keluar dan membukakan ku pintu keretanya. Aku terharu dengan tindakkannya yang agak romantis itu. Jikalau Mira nampak, habis aku. Ikhwan menghidupkan enjin dan meninggalkan perkarangan rumah.“Awak nak bawa saya kemana?” soalku yang memang ingin mengetahui situasi yang ingin dibawanya. “Adalah, mana boleh bagi tahu, nanti tak lah surprise namanya...” Jawab Ikhwan yang masih lagi berahsia denganku. Aku hanya mampu membalas jawapannya dengan senyumanku. “Mesti tempat ni bestkan?” jawabku yang tidak sabar lagi untuk ke tempat yang ingin dibawa oleh Ikhwan.


* * * * * *



“Sha nilah tempat abang hilangkan tekanan abang semasa belajar” seru Iqram sambil tangannya menunjukkan ke arah tenpat yang di katakan. Tempatnya sunguh indah dengan air terjun serta kicauan burung. “Sungguh nyaman tempat ini bang” jawabku yang terpegun dengan ciptaan Yang Maha Esa. “Jom makan” ajak Iqram yang menjemputku duduk di atas tikar mengkuang yang diamparnya serta makanan yang telah disiapkan olehnya. Mungkin makanan ini dibuat oleh ibunya atau hasil tangannya sendiri. “Umm… sedapnya, siapa yang siapkan sarapan ni?” jawabku seperti terpegun dengan keenakkan bekalan yang dibawa Iqram dan soalku yang ingin mengetahui siapakah yang menghidangkan makanan ini. “Siapa lagi, ibu abang lah..tapi adalah juga air tangan abang” Iqram tergelak seperti sesuatu kelakar yang berlaku. “Kenapa abang gelak-gelak ni? Mesti ada something?” soalku yang pelik dengan reaksi Iqram. “Abang tolong ibu abang sapu planta kat roti, tu je” Iqram menjawab dan terus menyambung gelaknya yang menampakkan lesung pipitnya yang manis di pandang. Aku hanya tersenyum kerana melihat gelagat dan senyumannya, perasaan duka ku seperti terhakis.


* * * * *


“Zana nilah tempat Wan hilangkan tekanan Wan semasa belajar” jawab Ikhwan yang sambil menunjukkan jarinya kearah air terjun itu. “Adakah aku pernah ke sini” soalku yang memang tidak percaya dengan penglihatanku sendiri. “ASTARFIRULAHALAZIM!!” jawabku didalam hati seperti menarik balik apa yang dikataku tadi. Aku pernah kesini dengan Iqram dahulu. Ia seperti mengimbau sejarah silamku dengan Iqram. Tempatnya masih sunyi seperti dahulu. Ramai yang tidak tahu tempatnya yang agak tersorok. Inilah juga tempat pertama aku dan Iqram bertemu janji setelah sebulan kami bercinta. Aku tunduk dan hatiku sebak melihan keindahan sejarah silamku di sini. Air mataku seperti ingin mengalir, akan tetapi aku hanya menahan agar tidak merisaukan Ikhwan. “Zana kenapa mata awak merah? Zana awak menangis” soal Ikhwan yang seperti risau keadaanku yang agak sebak, “Mana ada” aku seperti mengelak dari kebenaran dengan lemparan senyuman yang tidak seindah senyumanku ketika ku gembira. Aku tidak dapat menahan air mataku dari terus mengalir ke pipi. Pantas Ikhwan mengambil sapu tangannya yang berwarna biru muda dan terus mengelap air mataku yang mengalir. “Zana saya minta maaf kalau buat awak sedih” seru Ikhwan yang berasa bersalah denganku. “Ini semua bukan salahWan..Zana minta maaf buat Wan susah hati” jawabku yang ingin menghilangkan perasaan bersalah yang menyelebungi diri Ikhwan. Muka Ikhwan yang tadi seperti orang dijatuhi hukuman berat akibat jenayah yang dilakukannya, kini mukanya seperti orang yang baru keluar penjara dengan harapan yang baru. Aku lega melihat Ikhwan begitu kerana aku tidak mahu masalahku melibatkan orang lain. Biarlah aku yang menanggung masalahku sendiri tanpa pertolongan orang lain walaupun diriku seperti hipokrit terhadap diriku sendiri. Inilah diriku yang sebenar yang suka memendam masalah di dalam lubuk hati walau ia perit untuk diterima. “Terima kasih Wan sebab sudi bawa saya kesini”. “Sama-sama” jawab Ikhwan dengan nada yang perlahan. Setelah satu jam kami menikmati suasana, perutku mula keroncong. “Lepas ni awak nak bawa saya ke mana Wan” soalku. “Lepas ni kita pergi makan tengah hari di KLCC” Ikhwan mengajakku sambil melihat jam tangan Rolexnya yang berkilau-kilau apabila terkena cahaya matahari. “Okeylah kalau macam tu, lagi pun Zana dah lapar sangat ni” perutku yang berbunyi akibat tidak mengambil sarapan pagi tadi. Di dalam perjalanan, aku melihat sepasang warga emas berjalan dengan berpegangan yang mesra. Di dalam hatiku berkata “Adakah aku akan berjumpa sekali lagi cinta sejatiku sehingga ke akhir hayatku? Adakah cintaku sehangat cintaku dengan Iqram? Adakah cintaku kekal seperti warga emas tadi?” pelbagai soalan yang bermain di onak fikiranku yang tidak henti-henti berfikir. “Zana awak ok? Kenapa awak termenung? Awak ada masalah ke? Soal Ikhwan yang seperti memotong apa yang aku fikirkan tadi. “Tak ada apa-apa lah” jawabku yang ingin mengelak dari tekanan perasaan yang aku hadapi ini. “Saya tengok awak ni penuh dengan rahsia..apabila awak termenung je, awak seperti ada masalah yang besar..kalau awak ada masalah kongsilah dengan saya..kot-kot Tuhan mengizinkan saya membantu awak” Ikhwan seperti mengesyaki dengan masalahku hadapi dan cuba untuk menyelesaikannya. “Suatu hari nanti, pasti Wan tahu kebenarannya..percayalah” pantas aku menjawab dengan nada yang hiba tetapi penuh keyakinan. Ikhwan hanya mendiamkan diri sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda dia seolah-olah memahamiku.


* * * *


Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati
Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi….


Lirik yang diberikan Iqram kepadaku masih lagi aku simpan hingga kini di dalam kotak peribadiku. Aku masih ingat lagi, lirik ini diberikannya sehari sebelum dia meninggalkanku buat selama-lamanya. Pilu rasanya apabila membaca lirik ini satu persatu seperti hadirnya semangat Iqram di hadapanku. Walaupun perit rasanya meninggalkan Iqram sebegitu tetapi aku redha dengan ketentuan Ilahi, sesungguhnya Allah menyayanginya lebih daripada aku menyayanginya. Iqram meninggalkanku disebabkan kemalangan jalan raya. Ketika itu Iqram ingin ke Masjid Jamek Ibnu Khaldun untuk menunaikan solat Isyak. Iqram yang hanya menaiki motosikal itu dilanggar oleh sebuah kereta yang memecut laju. Peristiwa ngeri itu sentiasa terpahat di fikiranku. Cuti semesta hampir dekat, aku berniat ingin pulang ke rumah bonda. Sudah lama rasanya tidak merasa masakan bonda. “Kring..Kring..Kring..” tersentap menungannku. “Hello siapa ni?” jawabku dengan selamba. “Ni Wanlah.. Zana Wan nak ajak Zana keluar jalan-jalan, Wan boringlah duduk kat rumah ni, Zana free tak? Kalau free bolehlah teman Wan jalan-jalan kat Times Square. Jangan risau Wan belanja Zana, Zana just ikut je”. “Um…free? Tapi…..” jawabku seakan-akan cuba mengelak. “Takde tapi..tapi.. Zana free right? So Wan akan jemput Zana dalam pukul dua petang di depan Kolej.. jangan lupa tau”. “Aku hanya mendiamkan diri dan berasa musykil kerana kenapa dia mengajakku sahaja? Kenapa dia tidak mengajak perempuan lain?” ini yang menjadi tanda tanya buatku. Panas mentari dan bahang masih terasa di pipiku. Ini mengingatkanku kisah keluarga Yasib yang diseksa oleh kaum Jahiliah atas ketaatan keluarga mereka kepada Allah S.W.T dan taatnya kepada Rasulullah S.A.W. Mereka dibaringkan di padang pasir dan di atas sinaran matahari yang bahang. Bertapa teguhnya iman keluarga itu. Sesungguhnya syurga itu tempat orang yang beriman. Kehadiran Ikhwan masih tidak muncul-muncul lagi sedangkan aku telah menunggunya sudah hampir setengah jam. Jikalau dalam masa lima belas minit ia masih tidak muncul lagu, aku mengambil keputusan untuk pulang. Akan tetapi kalau dia muncul dalam masa lima minit lagi, dia merupakan cinta keduaku selepas Iqram. Aku hanya menanti jawapan dengan hati yang berdebar-debar. Walaupun aku hanya sekadar suka-suka tetapi perasaan berdebar masih menyelubungi diriku. Masa masih berjalan, hatiku hanya menantikan jawapan. “Hai awak, sorry lambat. Tadi saya ada hal dengan kawan saya. Lama awak tunggu?” Tersentapku dengan teguran itu. Pantas aku melihat jam ditanganku. “hurm tak lah lamer sangat.. adalah tiga pulih lima minit… penat tau!” Jam Bonia yang dibelikan Mira dan Anis semperna hari kelahiranku menunjukkan pukul dua tiga puluh lima minit. Lantas hatiku berkata-kata adakah ini cinta keduaku? Adakah dia pengganti Iqram? Lalu aku menepis persoalan itu dengan berkata kepada diriku yang aku hanya sekadar suka-suka. Ketika perjalanan ke Times Square menaiki kereta Ikhwan. Ikhwan banyak menanyakan soalan kepadaku sehinggakan aku letih melayani persoalan yang di lontarkan kepadaku. Setelah sampai di Times Square, Ikhwan mengajakku ke restoran terkemuka di Times Square. Ikhwan seperti memahamiku yang kelaparan kerana perutku sedang berkerongcong.
“Awak selalu ker makan kat sini..?,”. “tak juga… sekali sekala jer.. naper x sedap ke makan kat sini..?,” “tak lah Wan.. sedap.. lagi-lagi orang belanja kan..,” Ikhwan senyum memandangku. “lepas ni awak temankan saya beli hadiah tuk mummy saya yer.. saya tak taulah nak beli aper..,” Aku hanya menggangukkan kepala tanda setuju ngan permintaan Ikhwan. Aku dan Ikhwan beriringan menuju ke kedai yang ada di Times Square. “Ikhwan awak nak beli aper tuk mummy awak..? Baju ke..?” Entahlah Zana.. Saya sebenarnya tak tahu nak beli aper.. awak rasa apa patut saya bagi kat mummy saya sempena hari jadinya…?” “Eh, awak yang nak bagi mummy awak hadiah, awak tanya saya lak…?,”. “tolonglah saya… saya buntu ni..!!,” “apa kata awak beli gelang ker tuk mummy awak.. at least awak dapat tgk mummy awak selalu pakai gelang yang awak beli…,” “ok gak tuh…,” Aku dan Ikhwan mencari kedai menjual gelang-gelang..
Jam menunjukkan 6 petang. Ikhwan menghantar aku pulang. Aku terasa hidupku terasa bersinar kembali sejak kehadiran Ikhwan. Namun kenangan Iqram tetap dihatiku. Tet..tet.. handphoneku berbunyi… “tq yer Zana teman saya beli hadiah tuk mummy sy stu hari nie..,” “sama2 Wan.. X per lagipown awk kan belanja sy mkn.. hehhe…,” Hatiku terasa seolah-olah aku dekat dengan Iqram. “Abang, Sya rindu Abang.., kenapa Abang pergi dulu…??,” detik hatiku. Aku membuka album gambar kenangan aku bersama Iqram. Aku menangis bila mengingati semula. “kenapa wujud Iqram kedua..? Kenapa Ikhwan wujud persis Iqram.. Kenapa..?,” Aku tidur bersama linangan air mata dan kenangan-kenangan lalu sambil memeluk album gambarku.







Burung berkicauan memecah kesunyian pagi. Aku masih lagi baring diatas katilku memikirkan apa yang telah berlaku semenjak aku belajar di Kolej Pernama ini. Jika difikirkan semula, ada kalanya seperti tidak masuk akal dibuatnya. Sudah pun aku harus menerimanya dengan hati yang terbuka dan sesungguhya ini takdir dari Tuhan untukku. Aku harus bersiap sedia untuk menempuh hari yang mendatang kerana secara tidak langsung aku dapat bersiap sedia dari segi zahir dan batinnya. Tahun ini tahun terakhir bagi Ikhwan dalam pembelajarannya. Banyak kenangan pahit manisku bersamanya walaupun ada kalanya sukar untuk ku menerima ketentuan ini. “Tuk..tuk..tuk…,” pintu bilikku diketuk. Lalu ku berjalan menuju ke arah pintu dengan niat untuk membuka pintu itu. Aku terkejut melihat Mira di hadapanku sambil dihulurkan sepucuk surat yang aku sendiri tidak mengetahui isi kandungan surat misteri ini. Aku juga kehairanan apabila aku melihat tangan kirinya membawa satu bagasi yang agak besar seperti mahu berpindah. “Mira kau nak pergi mana dengan beg besar ni?,” lantas ku bertanya untuk memecah kebuntuan serta kehairanan melihat gelagat Mira yang sememangnya seperti memendam sesuatu. Soalan yang ku tanya hanya sia-sia sahaja kerana Mira langsung tidak memberi respon untuk menjawab soalan ku. Aku mengulangi soalan yang sama kepada Mira dan masih tiada respon. Lalu Mira melangkah pusing ke belakang lalu menuju ke pintu keluar rumah sewa itu sambil meninggalkan sepucuk surat misteri kepada ku. Apabila melihat riaksi Mira melangkah keluar dari rumah ini, lantas aku membuka sepucuk surat yang baru di berinya dengan harapan agar persoalan dan kebuntuan akan dapat ku selesaikan.
Salam buat sahabatku,
Tujuan aku menulis surat ini adalah kerana aku ingin memberi tahu kau tentang sesuatu yang kau tidak ketahui selama ini. Aku harap kau dapat memaafkan aku dan aku terpaksa pindah dari rumah sewa ini kerana aku tahu makin lama aku menetap di rumah ini, makin perasaan cemburu menyelubungi jiwaku. Sebenarnya aku cemburu melihat kau dengan Ikhwan. Sesungguhnya aku juga seperti wanita lain menyimpan perasaan suka terhadap Ikhwan. Walau pada mulanya hanya sekadar kawan tetapi perasaan suka kepadanya membuat aku cemburu melihat gelagat kau dan Ikhwan. Aku mengambil keputusan untuk berpindah rumah dan aku akan duduk bersama keluargaku. Jangan risau, aku akan cari perganti untuk menggantikan tempatku di rumah ini. Aku harap kau hormat dengan keputusan aku. Aku buat sebegini bukan kerna diriku sahaja tetapi diri sahabat ku. Aku harap perasaanku akan menghilang dengan pemindahanku dan aku juga berharap agar kau bahagia dengan Ikhwan. Sesungguhnya kaulah wanita yang beruntung dari wanita yang lain memiliki lelaki yang baik sepertinya dan sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Walaupun ada jarak diantara kita, persahabatan yang dijalin tidak akan terputus.
SAHABATMU
NURUL AMIRA

Menitik air mataku apabila selesai membaca surat ini. Kini perasaan ku bercampur baur. Aku hairan dengan sikap Mira yang membuat keputusan tanpa satu perbincangan. Aku tidak menyangka bahawa insan yang ku kenal selama ini menyukai Ikhwan sedangkan aku dan Ikhwan hanya sebagai kawan sahaja tanpa hubungan yang lain. Aku terpaksa akur dengan keputusan Mira sesungguhnya apa yang dilakukannya bersebab dan aku harus menghormati sebab yang diberikan. Setelah aku membaca surat , aku terus menuju ke pintu bilik Anis. Setelah mengetuk pintu bilik Anis dengan beberapa ketukan, Anis telah membuka pintu biliknya sambil mengosok mata serta mengeliat yang menampakkan dirinya yang sememangnya baru bangun dari dibuai mimpi. Tanpa berfikir panjang dan bersuara, aku terus menghulurkan surat yang telah diberikan kepada ku. Anis membaca dengan penuh perasaan yang menunjukkan mimik muka yang berlainan. “Zana? Kau biar betul? Dia dah pergi ke? Mana dia? Asal dia buat macam ni?,”. “Aku tak tahu kenapa dia sanggup melakukan kerja sebegini, tapi kita kena hormat keputusan dia, dan dia sudah pergi tidak sampai setengah jam tadi,” aku hanya mampu memandang kearah lantai sambil perasaan bersalah menyelubungi perasaanku. Anis hanya menggelengkan kepala tanda ketidak setujuan tindakan sahabatnya yang pergi tanpa memberitahuya. Dalam perjalan ke Kolej, niatku ingin berjumpa dengan Mira dengan tujuan memulihkan keadaan yang sedikit tegang. Aku mencari di mana batang hidung Mira ini. Aku melihat seorang wanita yang agak kecoh di café itu, dan gelagatnya seperti Mira. Akan tetapi siapakah gerangan lelaki yang diduk di sebelah Mira itu. Demi mendapatkan kepastian, aku melangkah dengan besar sekali untuk cepat sampai ke café itu dengan harapan bahawa orang yang aku nampak itu ialah Mira dan bukan orang lain. Setelah sampai di café, aku melihat gelagat mesra lelaki dan perempuan itu, lalu aku mengambil keputusan untuk mengenal pasti siapakah gerangannya. Hatiku berdegup kencang dengan membawa harapan. Setelah tepat berada di hapadan pasangan ini, aku melihat dengan mata kasarku bahawa harapan yang aku harapkan telah termakbur. Akan tetapi tidak ku sangka bahawa sebelah Mira itu ialah Ikhwan. Mira dan Ikhwan sama-sama mendongak ke atas untuk melihatku. Aku hanya tengamam tanpa bersuara. Mira hanya membuat muka yang langsung tidak menyimpan perasaan atau rasa bersalah. Ikhwan yang agak kelam kabut seperti ingin membetulkan keadaan. Tanpa berfikir panjang aku mengambil keputusan untuk meninggalkan café itu tanpa melaksanakan niat sebenarku. Perasaan ku kini bercampur dengan emosi kemarahan aku melihatkan gelagat pasangan yang langsung tidak disangkakan. Aku juga tidak percaya bahawa sahabatku yang telah ku kenal memakan diriku sendiri dengan sikapnya yang langsung tidak memikirkan perasaan orang lain. Hanya air mata dapat menemani diri ku ini. Aku teruskan perjalanan tanpa mematah balik ke belakang. Akan tetapi ada suara memanggil namaku di belakang. Aku dapat merasakan bahawa Ikhwan yang memanggil namaku. Aku mencepatkan langkahku agar aku dapat mengelakkan diri dari berjumpa dengan Ikhwan. Akan tetapi langkah Ikhwan lebih pantas dariku. “Zana, sebentar.. saya nak terangkan hal sebenar…” Ikhwan seperti ingin menutup kesalahan yang telah di lakukan. “CUKUP!!,, cukup dengan apa yang telah saya nampak, saya tidak sangka awak sebegini rupa...,” jawabku dengan nada yang marah dan kecewa disebabkan perangai Ikhwan. “Sebentar Zana, sebenarnya Mira yang ajak saya ke café tu, dia cakap ada hal mustahak..dan saya fikir apa yang Mira cakap itu betul jadi saya terus la berjumpa dengan dia..tapi bila saya datang sebaliknya berlaku..harap awak paham,” Ikhwan bersungguh-sungguh menerangkan posisinya yang sebenar. Aku hanya mendiamkan diri lalu terus beredar dari situ tanpa sebarang reaksi. Ikhwan kelihatan kecewa dengan sikap ku yang ego. Kuliah pada hari ini tamat awal dan aku mengambil keputusan terus pulang ke rumah. Apabila sampainya di rumah, , aku terus masuk ke dalam bilik dan mengunci bilik itu dengan harapan tiada siapa yang akan ganggu. Anis yang berada di rumah kerana tiada kuliah pada hari ini hairan dengan perangaiku pada hari ini yang selalunya tidak sebegini. Anis mengambil keputusan untuk berjumpa dengan ku. Beberapa kali Anis telah mengetuk pintu akan tetapi tiada reaksi bagi ku. Anis mengulangi benda yang sama disebabkan perasaan risaunya kini telah timbul. “DIAM!!...,” jeritku yang tidak dapat mengawal emosi. Selepas sahaja aku menjerit, tiada lagi reaksi dari Anis. Aku menatap gambar Iqram yang berada di atas katilku. “Ya Allah, Engkau telah mengtakdirkan Iqram pergi dahulu dari ku, maka aku reda dengan kententuanMu…Yang Maha Pengasih…Jika ditakdirkan Ikhwan milikku, maka kau jadilah dia milikku Ya Allah dan jauhilah dia dari sebarang musibah dan ancaman..dan jika dia bukan milikku maka kau jadikanlah dia milik orang yang baik sebaik orangnya…Sesungguhnya jodoh pertemuan, ajal dan maut ditanganMu Ya Allah,” air mata yang mengalir membasahi pipi tidak dapat menahan lagi. Setelah selesai menunaikan solat duha, aku melihat ke arah jam yang tergantung di dinding yang menunjukkan pukul sepuluh pagi. Kuliahku pada hari ini bermula pada pukul sepuluh sentengah. Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan kuliah pada hari ini memandangkan badanku kurang sihat. Aku lihat Anis sudah bersiap sedia untuk ke kolej. Aku masih berasa bersalah atas kesalahanku semalam. “Anis,.. Zana nak minta maaf pasal semalam, Zana tak ada niat nak tengking Anis semalam,” perasaan bersalah masih lagi menyelubungi seluruh hatiku. “ Anis faham, semalam Ikhwan call saya dan dia menceritakan semuanya pada saya..pada mulanya dia nak call Zana tapi kamu off telefon bimbit kamu dan dia juga minta maaf sangat-sangat dekat awak pasal semalam, mungkin juga salah dia….”. Aku cuma menganggukkan kepala tanda faham. “Zana jangan la amik hati sangat, setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmahnya..bersabarlah…ni? kenapa tak siap pergi kolej..? da pukul berapa dah..? nampak macam tak sihat je?,” tangannya merasa pada dahiku untuk pastikan demam atau tidak. Ternyata badanku panas. “Ni jangan lupa pergi klinik, kau demam ni..kalau malas nak pergi klinik…kat atas almari sebelah tingkap ada bekas ubat, cari dalam tu..jangan lupa makan ubat…, jaga diri kau baik-baik…., aku pergi dulu, dah terlambat ni…,” Anis melambai tangan kepadaku tanda yang dia akan beransur walaupun dia kelihatan tergesa-gesa mengejar waktu. Aku mencapai handfone ku yang terletak di sebelah meja makan lalu aku buka, ternyata bahawa semalam Ikhwan telah cuba untuk call aku dengan tinggalnya miss call sebanyak 12 kali. Aku mengambil keputusan untuk menghantar SMS tanda maaf bagiku.. salam…Ikhwan saya nk minta maaf pasal semalam, saya beremosi sedikit..sepatutnya sy x patut buat awak sebegitu..sy nk mintak maaf sekali lagi dekat awk pasal semalam… Seminit kemudian SMS baru masuk. “Waalaikumusalam, awak x bersalah dan sy yg bersalah, saya yang patut minta maaf kat awak pasal semalam.. sy harap awk dapat maafkan sy…sy sudah tahu hal sebenar mengenai Mira…sy x sangka dia sebegitu dan dah lama syak something pada Mira…jadi sebagai menebus kesalahan sy, sy belanja awak makan dekat restoran nelayan dekat tasik titiwangsa…nak x?.”. Aku tersenyum melihat SMS yang dikirimkan Ikhwan kepada ku. Aku membalas.. “Kalau macam tu sy on je but satu syarat awak kena bwak sekali Anis sebab dia dah tolong kita berbaik semula…”. Pantas dia membalas “ okey selepas solat isyak sy jemput awk dengan anis naik kereta saya esok malam…jumpa awak esok..”. Perasaan malu mula menyelubungiku..aku tidak dapat memikirkan bagaimana aku pada esok hari untuk berhadapan dengannya. Apa yang perlu dikesahkan sedangkan Anis mengikutku bersama dan secara tidak langsung malu aku terhadap Ikhwan berkurangan. Setelah menunaikan solat subuh, seperti rutin biasa, aku akan membasuh segala baju yang dipakai dan mengemas bilikku. Kuliahku pada hari khamis dengan Puan Mazlina ialah pada pukul 11 pagi dan aku mempunyai lebih kurang 3 jam lagi kelas untuk bermula. Perjalanan ke kolej mengambil masa lebih kurang setengah jam dari rumah sewa ini, ini bermakna aku mempunyai 2 jam setengah yang dapat aku isikan dengan benda yang bermanfaat. Bila difikir-fikirkan lebih baik aku memikirkan dan menyiapkan pakaian untuk di pakai ketika makan malamku pada hari ini. Apabila almari bajuku dibuka, kepalaku semakin rungsing kerana aku menjadi buntu untuk memilih pakaian untuk dipakai malam ini. Aku mencari jalan lain dengan memanggil Anis untuk mendengar pendapat Anis. Setelah mengambil masa dalam setengah jam, aku telah membuat keputusan dengan sokongan dan pendapat Anis untuk pakaian yang harus dipakai ketika makan malam pada hari ini. Anis berpendapat bahawa aku lebih sesuai memakai baju yang berwarna biru atau hijau. Aku bercadang untuk memakai baju kebaya berwarna biru tua dan ditambahi dengan tudung berwarna biru muda dan perhiasan tambahan. Kasut yang bakal ku pakai ialah kasut tumit 4 inci bewarna hitam yang secara tidak langsung dapat menambahkan seri pemakai tersebut. Tidak sabar untuk menantikan saat pertemuanku dengan Ikhwan dalam keadaan malu. Aku harap dengan izin-Nya, perjumpaan malam ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sinar sang suria terpacak di atas kepala. Kuliah pada hari ini ditamat awal disebabkan hal-hal tertentu dan sepatutnya kuliah pada hari ini akan tamat pada pukul 2 setengah petang. Aku bercadang untuk mengajak Anis ke KLCC untuk membeli hadiah tanda maaf bagiku atas kesalahan kepada Ikhwan. Trafik pada kala ini begitu sesak kerana pekerja-pekerja pejabat berpusu-pusu keluar untuk makan tengah hari. Aku melihatkan pelbagai gelagat warga kota zaman sekarang. Kuala Lumpur memang tidak pernah asing dengan kesesakan dan kesibukan warga kota dalam mengusahan kerjayanya. Setelah tiba di KLCC, aku dan Anis mengambil keputusan untuk makan tengah hari dahulu kerana perut kami telah berkeroncong menandakan loceng kelaparan telah berbunyi. Selepas perut ini telah diisikan, kami bergegas ke salah sebuah kedai cenderamata. Setibanya aku dan Anis disana, fikiran ku bercelaru untuk memilih hadiah maaf untuk Ikhwan. Apabila aku telah memusing melihat barang yang dijual di dalam kedai itu beberapa kali, aku melihat dan berkenan dengan sesuatu benda ini. Apabila aku menunjukkan kepada Anis, tanpa Anis berkata apa-apa dia hanya mengangguk tanda sokong dengan pendapatku untuk memberi hadiah itu kepada Ikhwan tanda maaf.bagiku. Walaupun harganya tidak mececah ratusan ringgit, bagiku keikhlasan itu lebih penting dari nilai wang ringgit itu sendiri. Ini kerana dengan keihlasan kita terhadap orang lain. Kita dapat merapatkan hubungan antara manusia yang lain. Setelah hadiah ini dibalut pekerja itu, lantas aku menghubungi Ikhwan tanda peringatan tentang makan malam pada hari ini. Setelahku solat isyak, dengan pantas aku mengambil baju yang harus dipakai. Selepas setengah jam selepas solat isyak, hon kereta seakan memanggil tuan rumahnya, aku mengintai dari tingkapku, lihatnya Ikhwan yang berada dalam kereta itu. Aku dan Anis sudahpun siap sepenuhnya. Ketika dalam perjalanan, Ikhwan hanya diam seribu bahasa dan aku juga buntu untuk berkata-kata. Aku hanya menantikan kata-kata yang bakal dikeluarkan dari bibir Ikhwan itu sendiri. Anis hanya pelik melihat reaksi aku dan Ikhwan yang selalunya apabila berjumpa seperti sudah lama kenal, akan tetapi sebaliknya berlaku. “Kenapa diam nieh? Tak best la keluar dengan orang-orang bisu..hantar Anis balik sekaranglah”, Anis berkata-kata memecah kesunyian malam. “Tah kenapa diam tah, orang just tunggu je korang ckp..”, Ikhwan berkata-kata seperti mahu mengelakkan diri dari kesalahan. “yerla, semua bercakap..senang citer…pasal bercakap pun mau berkecoh…”, lantasku berkata. Aku, Anis dan Ikhwan sama-sama gelak sambil melihat reaksi masing-masing. Tempat yang ditujui telah pun sampai. Setelah selesai membuat pembayaran masuk, kami mencari tempat yang sesuai untuk menjamu selera. “Tempat ni sesuai rasanya ,” Ikhwan melihat kawasan sekeliling mungkin dia mencari tempat yang lebih sesuai dari tempat yang telah dipilihnya. Melihat riak wajahnya seperti punah harapan, mungkin tempat yang dipilihnya sesuai dari tempat-tempat yang lain. Suasana di Restoran Nelayan ini begitu meriah disebabkan adanya beberapa persembahan yang diadakan oleh pihak restoran itu sendiri. Tidak hairanlah restoran ini begitu terkenal di lembah kelang dengan keunikan yang ditonjolkan melalui tradisi melayu. Pelbagai makanan dan minuman terdapat disini. Aku dan Anis buntu untuk memilih makanan yang ada kerana pelbagai pilihan yang boleh dibuat. Aku seperti ingin merasa semua makanan yang ada disini. Aku melihat Ikhwan memilih makanan dengan mudah sekali, mungkin dia sudah biasa dengan restoran ini dan mungkin juga dia mempunyai makanan kegemaran disini. Setelah selesai memilih makanan, aku dan Anis menuju ke meja yang telah dipilih kami. Kamu menjamu selera dengan selesa sekali diceriakan suasana dengan persembahan-persembahan yang mungkin telah dirangcang pihak restoran pada malam itu. “Macam mana makan dekat sini? Okey x?”, Ikhwan beria-ia ingin mengetahui pendapat dari kami berdua. Lantas Anis berkata “Best lah kat sini, makanan yang dihidangkan memang sedap, lain kali bolehlah Ikhwan belanja kitaorang dekat sini lagi ye”. Aku hanya mengangguk-angguk menandakan aku sependapat dengan Anis. Ikhwan hanya tersenyum melihat gelagat kami. “Sebelum Zana terlupa, Zana nak bagi something kat Ikhwan sebagai tanda maaf dari Zana pasal hari itu”. Tangan ku mengulurkan sekotak hadiah berwarna biru kepada Ikhwan. Lantas Ikhwan berkata “ Saya pun ada juga hadiah tanda maaf dari saya untuk Zana”. Kami bertukar hadiah. Dalam perjalanan pulang, fikiranku asyik melayang memikirkan apa isi kandungan dalam kotak itu. Aku melihat Ikhwan begitu gembira pada malam ini yang jelas diwajahnya. Apabila melihat mukanya, aku akan terbayang wajah arwah Iqram. Sesungguhnya aku tidak akan melupakan mu wahai Iqram. “Terima kasih banyak Ikhwan sebab belanja kami makan and terima kasih jugak pasal hadiah ini, jumpa lagi ye..”, sambil menunjukkan hadiah yang telah diberi kepadaku. “Sama-sama and terima kasih juga atas hadiah misteri ini”, senyum Ikhwan kepadaku sambil menggongcangkan kotak hadiah yang bewarna biru itu. Aku gembira apabila melihat Ikhwan gembira. Berita Mira langsung tidakku dengari semenjak kejadian tempoh hari. Aku juga kadang kalanya risaukan keadaan Mira. “Bila difikirkan balik, haruskah aku mengambil berat tentang seorang yang telah menghapuskan kerpercayaanku sendiri?”, soalku didalam hati. Pemberian Ikhwan pada hari itu masihku pakai di pergelangan tanganku. Adakalanya bila terkena cahaya pada gelang berwarna biru itu, pantulan cahaya dari Kristal biru itu menerangi suasana. Bila difikirkan balik, pemberianku dan dia memang jauh beza. Aku hanya memberikannya sebuah anak patung beruang yang nilainya mungkin sangat berbeza dengan pemberian gelang Kristal tulin ini. Aku hanya tersenyum sambil melihat gelang itu memancarkan sinarnya di segenap bilikku. Keesokkan harinya aku mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Mira untuk menyelesaikan permasalahan ini. Aku tidak mahu menanggung dosa akibat memutuskan sillaturahim antara sesama insan. Ikhwan telah mengubungi Mira untuk perjumpaan kali ini. Ikhwan juga turut terlibat untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku ini. Kehadiran Mira telah ku kenal pasti dengan lagak gayanya ketika berjalan. Kami bercadang ke salah sebuah restoran terkemuka demi menyelesaikan masalah dan kerumitan yang telah di ada-adakannya. Aku melihat sedalam-dalam mata Mira dan di dalam hatiku, tertulisnya kekecewaan yang mendalam kerana kawan yang selama ini telah menghancurkan kepercayaan seorang sahabat itu sendiri. Kekecewaan ini seperti memaksaku mengeluarkan air mata kerana kecewanya aku kerana sikap dan perubahannya. “Sekarang Ikhwan nak Zana and Mira selesaikan baik masalah yang telah berlaku, mungkin Mira tidak puas hati dengan Zana dan Zana pun mungkin tidak puas hati dengan Mira, sama-sama kita luahkan dan kalau boleh biarlah masalah ini selesai disini sahaja dan tidak dibawa keluar”, Ikhwan mengharapkan keadaan akan pulih seperti sedia kala tanpa pertelingkahan. Aku hanya mendiamkan diri kerana ingin memberi laluan kepada Mira untuk berkata-kata. “Aku tahu aku salah dan aku tidak sepatutnya melakukan perkara sebegitu. Aku juga tahu yang kau suka pada Ikhwan dan aku juga tahu yang Ikhwan suka pada kau Zana..tapi… perasaan aku membuatkan aku seperti manusia yang langsung tidak mempunyai hati perut.. .terus terang di depan korang yang aku jatuh hati dengan Ikhwan… “, Mira hanya menundukkan diri sambil mengesatkan air matanya dengan sapu tangannya bewarna kuning. Apabila aku melihat sapu tangannya bewarna kuning itu seperti pemberianku ketika pertama kali aku bersua dengannya. Ikhwan hanya menundukan diri dan mungkin dia berasa bersalah akibat dia, pergaduhan ini berlaku. “Aku paham dengan perasaan kau, akan tetapi perihal suka atau tidak bukan terletak pada tangan ku atau tangan Ikhwan tetapi pada tangan Yang Maha Esa wahai Mira.. kita tidak boleh memaksa orang kalau orang itu sendiri tidak suka pada kita lagipun kita hanya insan biasa. Selainnya tugas Yang Maha Esa.”



Dendam masih lagi terpahat di dada Mira. Cintanya terhadap Ikhwan tidak akan hilang selagi dendam yang tersemat masih lagi berbuku di hati. Akad nikah pasangan itu akan berlangsung tidak lama lagi iaitu setelah tamat pengajian Ikhwan dan ketika itu tempoh pembelajaran Zana hanya beberapa bulan lagi dan ia tidak akan menganggu soal pembelajaran Zana itu sendiri. Kad perkahwinan mereka telah pun diedarkan kepada jemputan-jemputan yang juga bakal hadir serta berlangsung pada tarikh yang sama semasa akad nikah dijalankan. Mira mencari jalan agar majlis itu tidak akan berlangsung dan tidak akan terpahat kenangan manis pasangan itu. Pelbagai cara yang telah difikirkan Mira untuk melaksanakan tugasnya agar apa yang dirancangkan akan berjalan dengan cukup sempurna tanpa pengetahuan sesiapa. Apabila emosi kian menguasai diri, pelbagai benda yang bakal dilakukan oleh orang yang tidak dapat mengawal emosinya itu sendiri. Hatinya kian hitam kerana dipenuhi titik-titik hitam kebencian dan kehinaan. Mira tidak kisah akan semua itu, yang penting apa yang bakal dilakukan untuk rancangan itu. Zana kini kian sibuk untuk menguruskan akad nikah dan perkahwinan yang bakal berlagsung tidak lama lagi. Zana sudahpun mengenali keluarga Ikhwan dengan rapat dan Ikhwan juga telah mengenali semua ahli keluarga Zana. Walaupun ada jurang darjat keluarga antara Zana dan Ikhwan, cinta meraka tidak kenal semua itu. Cinta bagi mereka ialah menyatukan sekeping hati yang suci. Mira mengambil jalan untuk mengunakan khidmat bomoh. Itu salah satu cara yang mudah untuk memisahkan sekeping jiwa yang bakal disatukan. Walaupun Mira terpaksa mengabiskan ratusan ringgit. Demi dendam yang telah terpahat dia akan tetap membalasnya walau sebesah zarah sekalipun. Satu malam yang hening, Zana kian sakit. Hati zana kian meronta-ronta menahan kesakitan yang dialami. Perubahan pada zana amat ketara kerana perubahan selera makannya kian merosot. Makin hari makin menyembunyikan diri dalam bilik. Kelas langsung tidak dihadirkan diri dan adakalanya sehinggakan pensyarah menghubungi kawannya Anis menanyakan khabar berita Zana. Ikhwan juga risau melihat keadaan bakal isterinya yang kian teruk dengan penyakit misteri. Telah diusahakan dengan pelbagai jenis perubatan dari tradisional hingga ke moden. Akan tetapi penyakitnya tetap tidak dapat disembuhkan. Kawan Ikwan juga telah mencadangkan agar Zana dibawanya kerumah kawannya Yusuff untuk berubat kerana bapanya pengamal perubatan tradisional berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah. Kedegilan Zana makin terselah hari demi hari. Dia kini lebih gemar bersendirian di biliknya. Ikhwan buntu dengan masalah yang dihadapi. Persiapan pernikahan sudah pun selesai dan majlis yang bersejarah itu akan berlangsung lagi beberapa hari lagi. Melihatkan keadaan Zana, kadang kala dia seperti berputus asa melihat keadaannaya yang kian diuji dalam melangkah hari bersejarah itu. Ikhwan bercadang agar bapa kepada Yusuff iaitu Ustaz Yaakub untuk ke rumah sewa Zana dan Anis bagi merawat penyakit misteri yang telah dialami semenjak beberapa hari itu sendiri. Mira telah mendengar cerita yang telah dialami Zana semenjak penyakit misteri itu datang. Heboh satu kolej tentang penyakit yang dialami. Ketika mendengar berita tentang kesakitanan yang dialami oleh Zana, hati Mira seakan melonjak-lonjak kegembiraan ibaratkan seperti mendapat sebuah rumah banglo tiga tingkat bersertakan kolam renang serta sebuah kereta BMW secara percuma. Dendamnya kini terbalas dan Mira akan pastikan bahawa pernikahan yang bakal berlangsung akan gagal untuk laksanakan. Itulah janjinya yang telah terpahat dalam jiwanya yang kotor itu. Mira acap kali menanyakan khabar Zana tentang apa yang dialaminya. Niatnya adalah untuk memastikan Zana terus tersiksa dengan penyakitnya dan pernikahan mereka akan hancur lebur dek angan-angan mahligai impian itu. Ikhwan semakin risau kerana lantaran kad jemputan perkahwinan telahpun diedarkan. Bagaimana pula kata saudara mara serta jemputan-jemputan yang lain jika majlis itu tidak dapat dilangsungkan. Sudah pasti keluarga Puan Siti Zubaidah yang merupakan ibu kesayangan Zana dan keluarga Dato Dr. Salleh mendapat malu lantaran pembatalan perkahwinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. “Ustaz, tolong saya ustaz.. saya risau sangat dengan bakal isteri saya ini..perkahwinan kami akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi”, rayuan Ikhwan yang sangat tulus sambil mengeluarkan air matanya yang jarang sekali dikeluarkan kerana sikap ego memang telah terpahat dalam sanubari seseorang yang bergelar lelaki. Puan Siti Zubaidah pun risau melihat anaknya yang amat disayangi. Ini kerana Zana merupakan anak tunggal dalam keluarga dan dia merupakan harapan keluarga. Dia juga merupakan salah satunya anak yang bakal menyambung keturunan keluarganya. Sebelum Ikhwan menitiskan air matanya yang mungkin kali pertama baginya, ibu Zana telah pun menangis kerana melihat anak kesayangan terkena buatan orang. “Ustaz hanya menolong untuk mengubati penyakit ini, yang selebihnya tugas Allah S.W.T untuk menyihatkannya atau sebaliknya dan sebaiknya kita perlu berdoa kepadaNya kerana Allah S.W.T sebaik-baik menolong kita, dia yang membuat kita sakit dan dialah yang menyebuhkannya”, Ustaz seperti ingin melegakan hati Ikhwan dan terutamanya ibu Zana yang dari tadi ulang alik memikirkan masalah yang dialami anak kesayangannya itu. Telah terbukti kasihnya Puan Zubaidah terhapadap anaknya. Setelah setengah jam berlalu, rawatan yang disaksikan Ikhwan, Puan Zubaidah, Anis dan Yusuff kini berakhir. Muntah darah yang telah dimuntahkan oleh Zana begitu meloyakan tekak kepada sesiapa yang melihatnya. Badan Zana tampak lemah selepas rawatan dilaksanakan. Rawatan yang hanya menggunakan ayat al-Quran tadi telah pun memulihkan Zana daripada buatan syirik orang. Ikhwan sememangnya ingin mencari siapa yang melakukan perkara keji ini. Pada awalnya banyak persoalan yang terlintas dek fikiran Ikhwan tentang perbuatan ini. “Daddy, alhamdulillah Zana dah pulih dari buatan orang..”, mengkhabarkan berita gembira kepada ayahnya Dato Dr Salleh. Ayahnya yang tidak dapat mengunjungi bakal menantu itu adalah kerana dengan alasan yang kukuh. Ayahnya kini berada di Sabah bersama bonda yang tercinta atas urusan pejabat. Berita pulihnya Zana dari penyakit misteri itu telah pun sampai ke telinga Mira. Mira tidak duduk diam mendengarkanya. Mira kini seperti seseorang yang kehilangan akal. Hajatnya kian terkubur untuk melihat pasangan itu tidak menjadi berkahwin. Perasaan dendam kian membara. Zana kian pulih dan kini kembali aktif. Perkahwinannya bakal berlangsung lusa membuatkan pasangan yang bakal diijab kabul agak sibuk untuk menguruskan saki baki persiapan perkahwinannya itu. Hari yang dinantikan kini menjelang. Perkahwinan yang dilakukan serba mewah itu di meriahkan dengan jemputan-jemputan VIP. Wartawan dari pihat TV3 untuk program Nona juga turut diundang bagi memeriahkan majlis yang bersejarah itu. Perkahwinan yang diadakan di hotel Nikko yang bertaraf lima bintang itu bertemakan warna merah jambu dan merah. Zana yang memakai gaun berwarna merah jambu yang disaluti berlian dan permata berwarna merah itu tamsspak anggun walaupun masih bertudung. Ikhwan juga yang memakai baju berwarna merah jambu disertakan sampin songket dan tengkolok berwarna merah juga nampak kacak seperti model yang mempergayakan baju pegantin. Mereka nampak serasi bagai pinang dibelah dua itu melalui karpet merah yang diperhatikan oleh beribu-ribu mata yang menyaksikan majlis yang gilang gemilang itu. Ibu Zana, keluarga Dato Dr. Salleh serta para VIP jemputan duduk berhadapan dengan jinjang perlamin yang terhias indah dek lilin-lilin dan bunga mawar yang bertaburan di atas lantai. Ramai yang mengambil peluang untuk menangkap gambar pengantin yang baru selesai di ijab kabulkan pagi tadi. Majlis perkahwinan yang dikawal oleh pegawai keselamatan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kini tiba masanya untuk majlis pemotongan kek 7 tingkat yang juga berwarna merah jambu itu dilaksanakan. Para jemputan dijamukan dengan pelbagai makanan tradisi melayu. Persembahan dari kumpulan nasyid terkemuka juga memeriahkan suasana majlis perkahwinan itu. Adakalanya mata Zana menilau mencari rakannya yang diharapkan datang iaitu Mira. Niatnya adalah untuk membaiki hubungan yang telah retak selama ini. Semenjak tadi, kehadirannya hanyalah satu penantian bagi Zana. Anis yang juga menjadi pengepit kepada Zana turut mencari bekas rakan serumahnya ketika itu. Pencariannya hanya tamat disitu. “Kini aku dan Ikhwan telah terikat sebagai sepasang suami isteri dan aku mempunyai tanggung jawab aku sendiri..pelajaranku hampir tamat..tidak sabar rasanya untuk tamat pengajian”,monolog Zana ketika mencium tangan suaminya yang kini bekerja di bawah bapanya untuk sementara menunggu peluang menyambung belajar. Ikhwan meninggalkannya dengan ciuman yang manis di dahi isteri yang tersayang. Zana sudahpun bersiap sedia untuk ke kolej dengan menaiki kereta baru yang dihadiahkan bapa mentuanya baru-baru ini. Sebelum dia ke kolej dia diminta menjemput Anis di rumah yang disewanya dahulu. Biliknya telahpun diduduki orang. Zana risau akan sahabatnya duduk berseorangan di rumah itu dan Zana harap agar Anis selesa dengan teman rumahnya yang baru itu. Dari jauh lagi Zana telah nampak kelibat Anis yang berdiri tegak memandang kiri dan kanan jalan. Mungkin mencari-cari keretaku. Zana menghon keretanya dan melambai-lambaikan tangan kepada Anis dan menyuruhkannya menaiki untuk menuju ke kolej. “Wah..kereta baru nampak? Cantiknya..”, Anis yang seakan-akan pertama kali melihat kereta itu tidak henti-henti memuji sehinggakan Zana membuka suara radio lebih kuat daripada biasa. Pertanyaan ketika perkahwinannya yang lepas masih lagi dalam ingatan. Ketidak hadiran Mira menjadi tanda tanya bagiku. “Mungkin dia tidak suka melihat aku bersama dengan Ikhwan ataupun dia masih marah lagi dengan peristiwa hitam yang berlaku lalu?”, monolog zana. Zana harus cari jalan untuk mendapatkan jawapannya. Zana mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Mira terus dan bak kata orang putih, face to face. Itu mungkin salah satu cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Zana telah menghantar SMS kepada Mira untuk bertemu janji di cafeteria Mak Jah yang terletak di seberang jalan kolej mereka. Anis juga turut menemani sahabatnya itu kerana ingin menjumpai sahabatnya yang kini telah berpindah kolej tanpa pemberitahuan serta sebab kepada mereka. Zana dan Anis telah ada di cafeteria lebih awal kerana kuliah mereka pada hari ini di tamatkan awal kerana adanya mesyuarat tergempar untuk para pensyarah di kolej itu. Dua puluh minit telah berlalu, bayangan Mira masih lagi tidak kelihatan. Zana dan Anis sabar menunggu kelibat rakannya itu. Mereka telah mengabis beberapa gelas air seketika menunggu sahabatnya. Dari jauh kelihatan seorang wanita dengan seluar fit hitam bersertakan mini skirt, bert-shirst tanpa lengan dan memakai cermin mata hitam yang seboleh-bolehnya sebesar alam itu menuju ke cafeteria Mak Jah. Jalannya seperti peragawati itu membuatkan lelaki cair melihatkannya tambahan dengan melihat pakaian yang seksi. Dia seperti menuju kearahku dan Anis. Anis juga perasan dengan wanita tersebut dan Anis cukup menyampah melihat wanita yang langsung tidak menjaga keaiban seseorang yang bergelar mulimah. “Kalau diikutkan orang macam ini layak dicampakkan ke lombong, buat malu kaum wanita sahaja”, monolog Anis yang geram dan meluat melihat aksi gedik wanita tersebut. Wanita tersebut terus menuju kearah mereka dan terus menghentakkan handbegnya sekuat-kuatnya di meja yang diduduki Zana dan Anis. Zana dan Anis terkejut dengan wanita misteri itu. “Kau nak apa yang beria-ia jumpa dengan aku ha?..tak serik-serik ke yang kau tu dah kena penyakit gila”, wanita tersebut bercakap sambil membuka cermin mata hitamnya ke kepala sambil tangan kanannya yang tidak memegang apa-apa menghuyung hayang ke kiri ke kanan. Anis terus bangun seperti ingin menampar wanita yang langsung tidak beradab yang secara tidak langsung menjatuhkan maruah muslimah itu sendiri. Akan tetapi tangan Anis ditarik tanda Zana menyuruhnya bersabar seketika sebelum melakukan tindakkan. Zana selalu berpesan kepada sahabatnya agar berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakkan. Zana dan Anis terkejut yang wanita itu adalah Mira. Mereka tidak sangka kerana selama ini Mira yang mereka kenali adalah wanita yang bersopan santun serta bertudung, akan tetapi kini berubah sekelip mata. “Mira kenapa kau jadi macam ni?..kau ada masalah ke?..kenapa kau berubah sebegini?..apa dah jadi?”. Pelbagai soalan yang diajukan Zana terus menerus kerana ketidak percayaan Zana melihat rakanya itu berubah begitu ketara lagi. Anis hanya mendiamkan diri kerana terkejut melihat perubahan rakannya dan hanya mengangguk-angguk persoalan yang dihujahkan oleh Zana. “Engkau siapa nak tegur aku ha?!! Aku datang sini bukan nak dengar kau punya bebelan orang gila!!”, bentak Mira yang makin menyampah melihat kedua wanita yang dihadapan matanya itu. Sekali lagi hasrat Anis ingin melepaskan geram pada Mira atas kurang ajarnya ditepiskan oleh Zana dengan menarik tangannya. Zana lantas bangun dan berkata kepada Mira. Kemarahan Zana kepada Mira hanya disimpan di dalam hatinya sahaja dan terus berdoa agar sahabatnya itu kembali ke jalan yang benar. “Zana ke sini bukan untuk merumitkan keadaan bahkan bukan untuk bertikam lidah, Zana cuma ingin menyelesaikan pertelingkahan antara kita..Zana tak suka melihat hubungan kita jadi macam ni and Zana mahu hubungan kita bahagia macam dahulu semenjak kita jumpa ketika pendaftaran ke kolej..”. Zana hanya mampu tunduk tanpa memandang Mira tanda sedih dengan sikap sahabat yang merupakan teman rapat ketika dahulu. Lantas Anis bangun dan terus berkata “Kami bukan nak kamu jadi begini, kami cuma nak perhubungan yang erat seperti dulu.. walaupun Zana kini bergelar isteri, cinta seorang sahabat tidak pernah dia lupa… dan perjumpaan ini bukan Anis yang cadangkan tapi Zana yang cadangkan..dia risau tengok Mira yang telah lama menghilang..sewaktu pertukaran kolej pon bukan Mira nak bagitahu kami..diam-diam sahaja keluar kolej ini..”. Tidak sempat Anis menghabiskan percakapan berunsurkan kesedaran untuk diri Mira, Mira berkata “Eh, lantak aku lah nak bagi tau ke tak..korang siapa? Tolong la..aku tak menagih kasih lah dekat korang..sikit pon tak..and I want you know that I change because of you Zana”. Jari telunjuk Mira tepat pada depan batang hidung Zana. Zana menepiskannya dengan perlahan sekali kerana tidak mahu melukakan hati rakannya itu. Pantas tangan Mira kembali kepada asal selepas disentuh sedikit oleh Zana untuk menepisnya. Zana makin sedih kerana perubahannya adalah kerananya dan zana terus terduduk dan kepalanya memandang kearah lantai. “Why me?”, Zana memandang ke anak mata Mira sambil mengeluarkan air matanya kerana telah lama dia menahan sebak di hati melihat perubahan rakannya dan tambahan lagi perubahannya adalah kerana dia. Walaupun Zana tidak tahu apa salahnya, dia tahu bahawa Mira ada menyembunyikan sesuatu. “Engkau telah merampas kebahagian aku..engkau memang tak tahu malu..perempuan jalang..sesuka hati kau sahaja ambil kekasih aku..”. Ayatnya yang tidak habis lagi telah dipotong oleh Anis lantas kemarahan Anis dengan bahasanya yang sememangnya melampau. “Engkau memang perempuan tidak tahu malu.. dan tidak tahu bersyukur..selama ini kau dalam kesusahan siapa yang engkau mengadu? Kau cakap..”. Ayatnya juga dipotong oleh Mira dan Mira berkata “Hey perempuan kau boleh diam tak, aku tak cakap dengan kau tapi perempuan ini”. Jarinya yang menunjukkan kearah Zana yang masih terduduk dan diam seribu bahasa. “Anis biar dia habiskan apa yang dia nak cakapkan. Anis terus duduk apabila diminta begitu kerana rasa hormatnya pada rakannya itu. “Aku sayang pada Ikhwan dan selama ini aku hanya seperti menagih sisa-sisa kasihnya dari engkau dan dia..Kenapa dia pilih kau dan kenapa tidak aku, aku ni jahat sangat ke ha?”. Persoalannya terhenti dan dia terus rebahkan dirinya ke kerusi dan terus menangis. Zana hanya terdiam mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dia tidak menyangka bahawa rakannya itu mempunyai perasaan pada suaminya itu. “Dan kau harus tahu bahawa yang penyakit buatan orang itu aku yang lakukan”. “Kenapa kau lakukan benda syirik itu kepada aku”. “Aku tidak tahan melihat kebahagian yang bakal korang kecapi. Aku tak mahu melihat kebahagian kau dan Ikhwan..Aku cemburu melihat kau dan dia..”. Mira menangis keesak-esakkan mengenang nasibnya. “Ini semua ketentuan Ilahi Mira..kita kena redha…Jodoh pertemuan semua terletak padaNya.. Kita hanya mampu berdoa..and Zana yakin Mira akan jumpa lelaki yang jauh lebih baik dari Ikhwan..percayalah..”. Zana mematikan kata nasihatnya sampai disitu. “Kembalilah kepada jalan yang benar Mira..”. Lantas Anis berkata seperti memahami dan menjiwai perasaan Mira itu. “Mira tidak patut buat Zana macam tu, Mira hanya menyusahkan Zana sahaja..Mira memang tak berguna.. Baik Mira mati sahaja..”. “Mira buat mengucap..ini semua ujian dariNya..Kita harus tempuh dengan belakalan iman dalam diri kita.. Zana maafkan Mira..”. Katanya terhenti apabila Mira bangun dan terus memeluk Zana sambil menangis dan berkata “Zana Mira minta maaf..maafkan Mira…Mira menyesal dengan perbuatan Mira selama ini..Mira minta maaf..Mira bertaubat dengan perkara yang telah Mira lakukan..Mira minta maaf..”. Keesakkan pasangan itu makin menjadi-jadi. Anis turut menangis melihat peristiwa yang menyayat hati di hadapan mereka. Ramai juga yang pandang kearah mereka.. Zana hanya mengusap kepala Mira tanda pujuknya.



Hari demi hari kian berlalu. “Kenangan lalu tidak dapatku lupakan..”, Monolog Zana.
Zana kini telah pun mempunyai anak hasil perkahwinan dia dengan Ikhwan. Anaknya yang sulung bernama Shazliana Syafiqah dan anak kedua dan ketiga adalah kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Lelakinya bernama Ikhmal Shazli dan yang perempuannya bernama Shazliana Atiqah. Kini mereka menetap di London kerana Ikhwan menyambung belajar di University of Liverpool. Anis pula telah berkahwin dengan seorang yang berbangsa cina. Kini mereka telah mempunyai sepasang kembar yang miripnya lebih kepada bapanya. Akan tetapi kehilangan Mira terus menjadi tanda tanya selepas mereka berjumpa di cafeteria Mak Jah. Zana telah cuba menghubungi keluarganya akan tetapi keluarganya turut tidak mengetahui kehilangan anaknya itu. Keluarganya telahpun melaporkan kes ini kepada pihak polis dan sehingga kini bayangannya hanya bayangan. Dua hari selepas kejadian di cafeteria itu berlaku. Mira telahpun mengirimkan sepucuk surat untu Zana.

Salam sayang salam ukhwah..
Terutama sekali Mira ucapkan terima kasih banyak2 atas nasihat tempoh hari.. Mira nak ucap sekali lagi maaf untuk Zana dan Ikhwan serta keluarga Zana dan Ikhwan..Mira mengaku Mira telah menyusahkan kamu semua.. Mira minta maaf.. Mira harap perjumpaan kita pada tempoh hari bukan perjumpaan kita terakhir. Mungkin kita tidak jumpa di dunia lagi dan inssyaAllah kita akan jumpa di syurga…
Mira sayang Zana and Mira sayang Anis…Mira harap Zana and Anis dapat menjaga diri masing-masing disamping suami tercinta..yang Anis cepat2 lah kahwin..jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang pula..jangan lupakan Mira…
Kenangku dalam doamu,
Nurul Amira Binti Ahmad


HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun kecuali dengan mendapat kebenaran berulis dari pihak penulis.

3 comments:

  1. salam singgah n ukhuwah..
    omg.
    u having a nice talent.
    keep it keyh.
    wish u all the best.
    ;)

    ReplyDelete
  2. ok la...tambah pengetahuan lagi tuk create cerita yang lebih menarik...cute

    ReplyDelete

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com