Followers

Saturday, October 17, 2009

[Cerpen]Kasih Seorang Isteri

Matahari kian menampakkan wajahnya di ufuk timur. Bumi masih lagi lebat dek hujan renyai yang telah beransur meninggalkan kesannya. Seperti biasa aku akan mencari rezeki untuk menampung keperluan hidupku yang tidak seberapa ini. Isteriku turut membantu dalam mencari rezeki kerana jika aku bertungkus lumus pun masih tidak dapat memberi pembelanjaan persekolahan anak-anak. Aku berkerja di salah sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Akan tetapi kesemua kerja yang aku lakukan ada udang di sebalik batu. Isteriku tidak mengetahui perkara ini dan telah lama aku simpankan agar rahsia ini terus terkubur dek pandangan isteriku.

Aku merupakan seorang yang suka melakukan hubungan seks bebas dengan seorang wanita di luar sana tanpa memikirkan sedikit pun dosa. Isteriku yang sentasa menunggu kepulanganku sehinggakan tertidur di atas sofa ruang tamu menanti kepulangan ku. Ada satu ketika aku pulang pada pukul 3.30 pagi dan isteriku tertidur di hapadan pintu rumah. Akan tetapi perasaan sebersalah atau kesian langsung tidak terlintas di hatiku. Wang yang aku miliki sentiasa habis kerana aku laburkan kepada wanita wanita itu luar sana. Rahsia ini masih dalam keadaan tersimpan rapi kerana aku sentiasa berhati-hati agar orang sekeliling tidak tahu akan prihal ini.

Aku masih lagi dengan sikap dulu tanpa memikirkan dosa dalam hidup aku. Yang aku tahu adalah kegembiraan yang sementara yang aku kejar-kejarkan tanpa memikirkan langsung siapa Penciptaku Yang Maha Esa dan orang yang sentiasa menyayangiku. Hidupku ibarat layang-layang kerana tidak langsung mempunyai hala tuju yang sebenar dan diredhaiNya. Setiap pagi sebelum aku berkerja, isteriku bertungkus lumus menyiapkan sarapan untuk aku terutamanya dan anak-anak. Tetapi aku langsung tidak menyentuh sedikit pun makanan yang telah dihidangkan dan hanya meminum sedeguk air kopi yang telah dibancuhnya hanya kerana ingin menjaga hatinya. Isteriku langsung tidak kesah kerana dia memahami situasi aku yang sentiasa sibuk. Dia hanya melemparkan senyuman yang mesra agar aku bersemangat untuk berkerja. Dari awal pagi lagi dia telah pun bangun untuk strikar baju aku, sidai baju aku dan anak-anak dan seterusnya sebelum dia pergi ke melakukan perkerjaan sendiri iaitu menerima tempahan jahitan baju kurung dan melayu demi menampung kos barang dapur kerana jika diharapkan gaji aku, sudah tentu rumah itu akan disita dek hutang-hutang yang masih lagi tidak dilangsaikan.

Isteriku masih lagi tidak mengetahui perkara terkutuk yang aku lakukan. Anak-anakku sudah tentu tidak akan memahami kerana mereka masih lagi di bawah umur. Sehinggakan pada suatu petang yang tenang, rumahku diketuk dengan bertalu-talu secara tidak langsung memecah suasana hening pada petang itu. Ketika itu aku masih baring di atas sofa sambil menonton tv sedangkan isteriku masih lagi duduk di atas kerusi meja jahit untuk menyiapkan baju-baju yang harus disiapkan tempahannya. Pintu itu masih lagi diketuk bertalu-talu. Aku langsung tidak mengendahkan lagi menguatkan suara di tv itu sendiri. Isteriku yang sebuk dek urusannya meninggalakn sementara kerjanya itu. Isteriku yang sibuk dengan urusannya itu ke hadapan ruang tamu untuk membuka pintu. Ketika membuka pintu, aku hanya menjeling-jelingkan mata melihat siapa yang membuat kecoh pada hari minggu itu. Dilihatnya perempuan yang kian saran mengandung sedang teresak-esak menangis sambil memegang perutnya yang menunggu masa untuk melahirkan anaknya itu. Isteriku cepat mendakap wanita misteri itu masuk ke rumah. Ketika wanita itu melangkah masuk, aku terkejut melihat kehadirannya itu. Jantungku masih berdegup kencang melihat wanita itu. Wanita itu hanya memandang sinis kearah aku sambil air matanya tidak terhenti-henti mencurah-curah ke pipi.

Isteriku yang membawa segelas air kosong kepadanya menasihati wanita itu bersabar seketika dan isteriku dalam keadaan curiga apabila wanita itu datang. Akan tetapi dia tidak langsung bersangka buruk terhadap wanita itu. Sejurus isteriku datang membawa air. Aku melangkah masuk ke dalam bilik. Akhirnya segala rahsiaku kini terbongkar. Wanita itu telah mengandungkan anak aku. Isteriku terkejut apabila mendengar ceritanya. Wanita yang telah bertaubat itu meminta izin dan meminta kepada isteriku agar dia dikahwini suaminya dan berharap agar isteriku boleh menerima bakal madunya itu. Isteriku tergamam apabila mendengar kata-kata wanita itu. Demi menjaga maruah wanita itu dan terutama aku. Isteriku merelakan dirinya dimadukan. Perkahwinan dengan wanita itu pada mulanya dipersoalkan segelintir pihak kini tiada siapa yang ingin mengambil tahu. Aku telahpun bertaubat dengan segala yang telah aku lakukan ketika diriku dalam keadaan jahil ketika dahulu. Kini aku telahpun mempunyai dua isteri. Isteri yang pertamaku menerima aku berkahwin lagi atas kerelaan dan kasihnya terhadapku. Kini perniagaan jahitan yang diusahakan oleh isteri pertama ku dibantu oleh isteri kedua ku secara tidak langsung dapat mengstabilkan ekonomi keluargaku.

Kini aku tidak mengamalkan perkara-perkara yang hina itu lagi. Aku kian menghabiskan masa aku di rumah dengan anak-anak setelah habis berkerja. Bila dikenagkan kembali aku berasa menyesal yang teramat kerana tidak langsung memikirkan kasih seorang isteri terhadapku selama ini. Kini sudah tiba masanya untuk aku membalas balik kasih yang dicurahkan kepadaku walaupun kini aku beristeri dua dan aku harus adil dalam soal kasih ini terhadap kedua-dua isteriku. Aku akan tetap mengenang kasihmu ketika ku jahil dan kini sudah masanya aku mencurahkan kasih terhadapmu wahai isteriku...


Pengajaran:
kita seharusnya sentiasa bersyukur atas kasih sayang yang telah dilempakan oleh Allah S.W.T kepada kita dan perlulah kita menghargai kasih yang telah dicurahkan kepada kita..dan seharusnya kita perlu menjaga hati seseorang agar kita sentiasa disenangi..inssyaAllah..
sekian...
Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
ambillah iktibar dari cerita ini agar kita sentiasa dirahmatiNya..inssyaAllah..
karya saya,

syazeone

No comments:

Post a Comment

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com