Followers

Sunday, October 11, 2009

MAMI 2009 Rapatkan Ukhwah Jejaka iLuvislam.com




Im Koyube
Editor : Im Koyube



Bertempat di Masjid As-Syakirin KLCC, Majlis Aidilfitri Muslimin iLuvislam (MAMI) 2009 telah berjaya dianjurkan dengan jayanya pada 4 Oktober 2009. Saya selaku wakil dari iLuvislam.com mengucapkan jutaan tahniah kepada penganjur dan peserta.










Buat pengetahuan sahabat-sahabat, MAMI 2009 merupakan initiatif ahli forum iLuvislam sendiri dan buat masa ini, ia merupakan aktiviti bukan rasmi 'event team iLuvislam Malaysia.' Namun kami di iLuvislam.com amat berterima kasih dan terharu atas idea dan usaha yang telah dilakukan oleh ahli forum iLuvislam.com yang terlibat.

InsyaAllah akan datang, ia mungkin akan dianjurkan secara rasmi oleh event team iLuvislam Malaysia.

Walaupun ia diadakan khas untuk golongan lelaki (muslimin) dan peserta pula perlu membayar yuran untuk menampung perbelanjaan makanan serta bahan aktiviti, ia mampu menarik minat hampir 20 orang ahli forum lelaki untuk sama-sama memeriahkannya. Malah, ada yang datang dari Sabah, dan tidak ketinggalan, seorang adik tingkatan 4 di Sekolah Teknik Sepang turut menyertai MAMI 2009. Beliau tidak kekok beramah mesra bersama 'abang-abang' yang lain.

Jutaan terima kasih kepada saudara Dini Syarif; individu yang merancang dan menguruskan program ini. Sehari sebelum MAMI 2009, beliau yang merupakan kaunselor iLuvislam.com telah menjadi pengerusi majlis untuk B2b@Raya di Garden Cafe, Karangkraf, Shah Alam. Semangat, inisiatif dan karisma yang ditunjukkan oleh beliau perlu dicontohi oleh anak-anak muda zaman ini. Semoga jasa baik saudara mampu memberi inspirasi kepada kami semua.

Pada asalnya, saya amat keberatan untuk menghadiri MAMI 2009 kerana mempunyai aktiviti lain. Alhamdulillah, saya dapat menyusun semula jadual pada hari tersebut dan sempat melapangkan sedikit masa bagi meraikan peserta kali ini. Walaupun tidak dapat bersama dari awal sehingga ke akhir program, namun saya sempat berta'aruf dan makan bersama-sama mereka.










Setelah saya pulang, pelbagai aktiviti diadakan bagi merapatkan ukhuwah sesama peserta. Antaranya, bermain belon (berukhuwah sampai lebam), tazkirah ukhuwah imaniah, motivasi perpisahan dan menyanyikan lagu tema beramai-ramai.

Saya yakin dan percaya bahawa aktiviti murni seumpama ini mampu merapatkan silaturrahim sesama ahli forum lelaki (muslimin) dan seterusnya mampu memantapkan lagi tahap ukhuwah pengunjung iLuvislam.com.












No comments:

Post a Comment

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com