Followers

Saturday, November 21, 2009

Coretan hati..




perasaan nieh sukar bagiku untuk ku luahkan..
sukar bagiku untuk mengatakan..

Ya Allah jika Engkau takdirkan dia bukan milikku..maka kau jauhilah dia dariku..
sesungguhnya aku tidak mahu kemungkaran bakal berlaku disebabkan aku

Ya Allah jika Engkau takdirkan dia bukan milikku..maka kau buanglah perasaan ini jauh2..
sesungguhnya aku tidak mahu perasaan ini dihimpit dek dosa2 yang bakal ku lakukan

Ya Allah jika Engkau takdirkan dia bukan milikku..maka kau sisirkan lah nafsu durjana ini..
sesungguhnya aku tidak mahu nafsuku mengawal diriku yang sememangnya hina ini

Ya Allah jika Enngkau takdirkan dia bukan milik aku..maka kau tanamlah cintamu pada jiwaku
sesungguhnya cintaMu kekal abadi hingga ke akhir hayatku

Ya Allah Ya Tuhanku...Engkaulah yang menguasai langit dan bumi..hanya padaMu aku berserah dan semua yang berlaku atas takdirMu Ya Allah...aku reda' dengan semua ujian yang engkau berikan kepadaku.. sesungguhnya setiap perkara terjadi ada hikmahnya. Aku berdoa kepadaMu Ya Allah..kau suburkan lah kembali hati hambamu ini dengan cintaMu yang hakiki..aku sedar aku lalai semasa aku mengharapkan kasih yang tidak akan kekal selamanya..dan aku lupa bahawa cinta sejati cintaMu Ya Allah...sesungguhnya aku hambamu yang hina Ya Allah..
Aku mohon ampun yaAllah kerna lalai dalam mencari cintamu...sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha mengasihani...


perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)"

No comments:

Post a Comment

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com