Followers

Thursday, December 17, 2009

Kenapa Engkau Malas Sembahyang?


Kenapakah engkau malas sembahyang,
Allah beri engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukankah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Kenapakah engkau malas sembahyang,
Kerja sudah beres,keluarga pun sudah senang,
Negara pun telah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu enkau tidak boleh luang?

Kenapakah engkau malas sembahyang,
Allah beri otak supaya engkau tidak bangang,
Allah beri ilmu supaya boleh fikir susah senang,
Allah beri nikmat kenapa engkau tidak kenang?

Kenapakah engkau malas sembahyang,
Main bola sampai ke petang,
Beli tiket konsert engkau sangup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang?

Kenapakah engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat,petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena pukul sorang-sorang.

Kenapakah engkau terlalu malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada siapa boleh halang!

Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W:"Perjanjian antara kita dengan Allah adalah solat,barang siapa yang meninggalkannnya bererti ia telah betul-betul kafir.Barang siapa sengaja meninggalkan solat lima waktu maka tiada baginya cahaya pelita di dalam kuburnya."

Dari kerana itu marilah umat Islam seluruhnya kita kembali menunaikan segala arahan Allah SWT mengikut panduan yang ditunjukkan oleh Baginda Rasul Muhammad SAW agar kita mendapat segala kenikmatan yang telah Allah janjikan kepada mereka yang menurut dan melakukan segala arahan Allah. Mereka akan tinggalkan selama-lamanya dalam syurga seluas mata memandang yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang airnya adalah susu,madu dan arak yang boleh diminum. MasyaAllah!


Oleh: Ismail Hashim.
*SUMBER:Dari buku yang bertajuk "Penawar Untuk Semua".

No comments:

Post a Comment

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com