Followers

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha...



Assalamualaikum..

Sempena hari yang Mulia ini ...sy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada sesiapa yang mengeneli diri ini...dan terutamanya kepada rakan2 sepejuangan...Moga kita mendapat tempat di Syurga Firdausi...inssyaAllah...


pada 28 November 2009/ 11 zulhijjah 1430,
tempat wan melaksanakan ibadah kurban...2 ekor lembu di sembelih..
dan ini gambar2nya....





Wednesday, November 25, 2009

2012...mmg mengarut





Assalamualaikum pembuka kata..
hurm...ana baru lepas tengok cerita nieh...ngn sahabat ana..iman and ikram..
pendapat ana tentang cerita ni??

1.cite nieh kalo yang dok percaya and taksub sgt tgok cite nieh...beware..akidah korg dikikis oleh citer nieh...
2.mmg merepek..ade ke patut hari kiamat yang dieorg wat...still ada lagi yang bernyawa?? and diadaptasi oleh cerita Nabi Nuh dengan pembikinan Bahtera untuk menyelamatkan org.
3.Kiamat x boleh diramal bila dan kejadian kiamat itu berlaku...x terbayang dek akal... jadi jangan le percaya ye..nieh cume bayangan yang membuat cerita nieh

korang kalau nak tengok cite nieh...jangan lah akidah korg lemah..kalo x..x payah lah tengok...boleh merosakkan akidah seseorang..

grafik cerita nieh mmg mantop...sbb 2 la...boleh merosakkan akidah umat Islam yang lemah akidahnya...jadi fikirlah 2 kali ye sebelom nk tengok....

and kepada sesiapa yang dah tengok..boleh le share pendapat korg pasal citer nieh..

Sunday, November 22, 2009

sahabatku..

Assalamualaikum pd sudi yang dok singgah ke teratak ananieh..

jap2 nk gune ana2 lah..sopan skit....hurm...baru pas habes solat subuh(alhamdulillah tunai 1 kewajipan ana utk hari nieh..ade lagi 4 lagi)

ana baru habes bace blog sahabat baik ana punya blog...dear diary...hurm..haha!! tetibe je dierk rajen nk wat pasal kawan die nieh yang dah makin reggang ngn dierk..(walau den yang suroh)hehe

this is my turn 2 luahkan ape perasaan@filling aq pasal korg...and perubahan yang ana nk pada diri korg yang sememangnya ana mengharapkan...x kan la perubahan yang Allah beri nieh pada ana korg x mo rase kemanisan iman?? manis towh..kalah madu tau x??Alhamdulillah...secara jujur boleh ana katakan ana banyak berubah..ana dulu lain dan ana sekarang mmg totaly laen sgt..yang laen 2 mesti nk tau kan ape yang laen..


nurkilan nieh ana karang khas buat sahabat ana...mungkin korg x ley time perubahan pada diri ana..ingat semua nieh kuasaNya...kita x mampu nk ubahnya...dan Alhamdulillah..ana suka pd diri ana..


Aku dulu dan Kini....
aku dulu..tidak mengenal erti cinta sebenar
aku kini..merasa indah mempunyai cinta sebenar

aku dulu..sebuk mencari cinta duniawi
aku kini..sebuk mencari cinta hakiki

aku dulu..tidak mengerti halal dan haram
aku kini..ingin cuba membeza halal dan haram
aku dulu..hina dan keji
aku kini..mencari penyuci hati
aku dulu..pahala dosa apa mengerti
aku kini..memilih yang hakiki..
aku dulu..mempunyai hati yang gelap

aku kini..disuluh cahaya keimanan pada yang gelap
aku dulu..aku dahulu
aku kini..aku kini
dengan izinNya..aku begini

dengan izinNya..aku dahulu
Hidupku berubah bukan kerna iluvislamku
Hidupku berubah bukan kerna sekolah baruku
tapi..
Hidupku berubah kerana dengan IzinNya bukan aku..
Aku bersyukur kerana dengan IzinNya aku berubah..
dan aku berharap kamu gembira dengan perubahanku
kerana ini terbaik untukku..dan terbaik untukmu..

nurkilan dariku..untuk dirimu....


ana nk mulakan dengan Mira..

-mira ana mengaku ye..dulu antilah yang rapat ngn ana..and ade pe2 masalah ana bgtau anti and anti bg tau ana...huhu..mmg rpt r..but 2 semua dulu...skrg dah laen dah....huuhuu...

-wan nk sgt anti istiqamah dalam permakaian tudung..huhu..jawapan yang selalu diberi "x ready lagi"(dah basi lah mira oi)
-buat pe la nk ikowt org..be your self..islam is our!! jangan kerna nila setitik rosak susu sebelanga..

-dosa wanita akan ditanggung ibu bapanya selagi tanggungjawab ibu bapa x d lepaskan pada suami kamu..huhu..anti baru 16 and nk masuk 17..kahwin..lame lagi bhai!!
-fikirlah sume 2..korg pakai tudung dgn cara betul...orang yang beriman kat luar sane pandang korg tinggi tau x?disisi Allah??? fikirlah sendiri...
-sayang mak ayah?? laksanakan tugas anda...

-i will wait perubahan yang anti akan kecapi..ana akan sokong anti di belakang..!! ramai lagi sahabat laen nk tgok perubahan ana...
-perubahan ni bkn utk ana..but dunia akhirat anti...fikirkan masa panjang..jangan fikir skrg..syaitang mengaburi minda kita...



ana nk cite pasal hafeez plak..

-macam mira ana mmg baik ngn enta..ana syg ukhuwah yang terjalin antara kita dahulu..but tu semua dulu...ana masih anggap enta sahabat ana...and birthday anta nk dekatkan..biar ana jd org pertama wish kat enta..."selamat hari lahir yang ke 17...moga Allah SWT merahmati kamu dunia dan akhirat"

-ana skrg dah x rapat ngn enta..dulu ana slalu berkepit je ngn enta..ke mana je x sah x nampak hidong 2 nieh...but skrg dah de org take over my part..yeah..thankz hariz..-hariz anta jage la hafeez nieh baik2 yerk...
-hafeez...ana tau mybe anta x berapa bekenan ngn perubahan ana..but enta kene
terima kalau enta rasa ana nieh kawan enta... just..jgn lalai sgt dgn kemewahan dunia nieh...syaitan always want we go to their sweet home "neraka" jadi..mantapkan lah iman anda....
-pergaulan lelaki perempuan kita dah belajarkan..ana tau enta tau...jadi jage la pergaulan enta..sesungguhnya syaitan 2 x pernah berhenti menjemput bagi kad undangan ke neraka mereka..

-laki nasihat die sng skit..perempuan nieh susah..hurm..ana bkn ustaz pown nk berkelayakan berceramah...but itu tanggungjawab ana utk laksanakan amar makruf nahi mungkar..


- 2 je lah ana rasa nk membebelkan pagieh2 nieh..ana doakan perubahan kamu sekalian..and ana x mo manisnya iman ini ana sorg je yang rasa...biar kalian dapat merasakan indahnya diri dgn iman di hati..inssyaAllah..






IKHLAS DARI ANA...MUHAMMAD SYAZWAN SUHAIMI







Saturday, November 21, 2009

Coretan hati..




perasaan nieh sukar bagiku untuk ku luahkan..
sukar bagiku untuk mengatakan..

Ya Allah jika Engkau takdirkan dia bukan milikku..maka kau jauhilah dia dariku..
sesungguhnya aku tidak mahu kemungkaran bakal berlaku disebabkan aku

Ya Allah jika Engkau takdirkan dia bukan milikku..maka kau buanglah perasaan ini jauh2..
sesungguhnya aku tidak mahu perasaan ini dihimpit dek dosa2 yang bakal ku lakukan

Ya Allah jika Engkau takdirkan dia bukan milikku..maka kau sisirkan lah nafsu durjana ini..
sesungguhnya aku tidak mahu nafsuku mengawal diriku yang sememangnya hina ini

Ya Allah jika Enngkau takdirkan dia bukan milik aku..maka kau tanamlah cintamu pada jiwaku
sesungguhnya cintaMu kekal abadi hingga ke akhir hayatku

Ya Allah Ya Tuhanku...Engkaulah yang menguasai langit dan bumi..hanya padaMu aku berserah dan semua yang berlaku atas takdirMu Ya Allah...aku reda' dengan semua ujian yang engkau berikan kepadaku.. sesungguhnya setiap perkara terjadi ada hikmahnya. Aku berdoa kepadaMu Ya Allah..kau suburkan lah kembali hati hambamu ini dengan cintaMu yang hakiki..aku sedar aku lalai semasa aku mengharapkan kasih yang tidak akan kekal selamanya..dan aku lupa bahawa cinta sejati cintaMu Ya Allah...sesungguhnya aku hambamu yang hina Ya Allah..
Aku mohon ampun yaAllah kerna lalai dalam mencari cintamu...sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha mengasihani...


perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)"

Monday, November 16, 2009

[cerpen] Sujud Cinta




Perjalananku masih jauh. Tetapi pelbagai benda yang telah ku tempuh selama nyawa yang Tuhan kurniakan masih lagi berfungsi. Aku kini berseorangan. Aku tidak tahu asal usul dan keturunanku. Aku dibesarkan di rumah anak yatim. Aku tidak tahu kenapa aku berada di situ dan aku tidak tahu siapa yang menghantar aku ke situ. Niat di hati ingin menanyakan siapa diriku sebenar? Mana ibu bapa ku? Adik beradik ku? semua keluargaku? Akan tetapi ia hanya suara di batinku sahaja. Ketika itu umurku baru tujuh tahun dan aku mula mencari identiti diriku yang sebenar. Walaupun umurku masih setahun jangung, perasaan ingin tahu kian menguasai onak fikiranku.

ketika umurku mencecah 16 tahun, perasaan ingin memberontak kian menguasai diri lantaran persoalan yang tidak berhenti-henti bermain di onak fikiran sejak sekian lama. Aku bertekat untuk keluar dari rumah yayasan anak yatim itu tanpa pengetahuan penjagaku. Batinku tidak dapat menahan dan menerima yang keluargaku sudah meninggal akibat kemalangan teruk. Aku yakin aku punyai keluarga yang lain walaupun keluargaku telah menghadap Ilahi. Satu perkara yang tidak dapat aku terima, aku dapat tahu bahawa abangku masih hidup akan tetapi dia menghilangkan diri semenjak kejadian kemalangan yang berlaku bertahun-tahun yang lepas. Kenapa dia sanggup tinggalkan aku..sedangkan ketika itu aku masih kecil lagi. Kenapa dia lari? kenapa? kenapa?!!

Air mataku kian berlinangan melihat sepasang suami isteri memegang tangan anaknya. Aku tidak dapat kecapi kebahagian sebegitu. Aku cemburu. Hari ini hari ke dua aku merempat di luar. Aku telah mendapatkan satu dokumen file prihal keluargaku sebelum ni. Duit yang aku terima semenangnya aku simpan lagi kerana aku tahu perkara ini akan berlaku. Bakinya masih banyak. Dalam file tu menunjukkan rumahku yang tidak tahu siapa yang menghuninya ataupun telah menjadi rumah tinggalan berada di Teluk Intan Perak. Tiket bas ke Teluk Intan telahpun di beli. Hanya menunggu masa untuk bertolak sahaja.

Dalam bas. Tidak putus-putus aku berdoa agar impianku bertemu dengan abang kandungku dan saudara terdekat akan tercapai. Bas berhenti kerana pemandu yang berbangsa india itu memberi peluang kepada para penumpang muslim untuk bersolat subuh.. ketika sujud..hanya ini sahaja yang aku pohonkan semenjak umurku 8 tahun..dan itulah yang di didik di yayasan itu Ya Allah Ya Tuhanku, aku berserah kepadamu sepenuh jiwa dan ragaku..aku mohon kepadamu Ya Allah, kau tempatkanlah ibuku,ayahku,kakakku bersama orang-orang beriman. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku ketika kecil.. Aku tidak dapat merasakan adanya keluarga seperti orang lain dan aku bersyukur kerana kau lebih menyayangi mereka dari aku. ...air mataku kian berlinangan...

Perjalanan diteruskan.. Setelah 2 jam setengah telah berlalu..Lokasiku kian hampir.. Teksi kini menjadi pilihanku untuk meneruskan misi utamaku.. Aku menunjukkan alamat yang tertera di file tersebut kepada pemandu teksi tersebut. Nama pemandu tersebut Hassan..dan orang yang mengenalinya menggelarkannya Pak Hassan.. Ramah orangnya. Pak Hassan menceritakan bahawa pada satu ketika dahulu, ada seorang lelaki telah membunuh diri akibat tekanan yang dihadapi kerana kematian keluarganya dalam satu kemalangan. Sehingga kini punca kemalangan masih lagi tidak di ketahui dan ada yang menyatakan dalam kemalangan ada lagi anaknya yang masih hidup selain abangnya. Ketika ku mendengar apa yang Pak Hassan ceritakan..hatiku tersentap. Lidahku kelu untuk menggeluarkan sebarang kata. Airmataku kian berlinangan. Aku berdoa kepadaMu Ya Allah agar apa yang diceritakan Pak Hassan bukan kejadian yang menimpa diriku. Jika betul ini berlaku, aku kini sebatang kera.

Destinasi yangku tuju telah pun sampai. Aku kena berjalan selama 10 minit untuk ke alamat yang tertera di file tersebut. Dalam perjalanan tersebut, aku hanya mampu beristifar sahaja. Langkahku kian laju kerana perasaan ingin tahuku kian menguasai diri.. Aku dapat merasakan bahawa rumah di selekoh jalan itulah rumah yang tertulis di file ini. Aku mencepatkan langkahku menuju rumah itu. Akan tetapi rumah itu usang. Tiada siapa yang menjaganya. Perasaanku kian tidak sedap. Aku melihat sekitar kawasan rumah tersebut. "Assalamualaikum dik..apa yang kamu carikan di sekitar rumah ni?" sapaan seorang lelaki tua yang umurnya mungkin mencecah 65 tahun. "Tidak ada apa-apa pakcik....pakcik tahu ini rumah siapa?"soalku..

"Ini rumah keluarga Pak Hariss..tetapi keluarganya semua dah meninggal disebabkan kemalangan yang terok tak silap pak cik..dan ada yang masih hidup dalam kemalangan tersebut. Abangnya dan adiknya...tapi.......abangnya dah meninggal sebab bunuh diri. Orang kampung cakap dia bunuh diri sebab tertekan kerana keluarganya sudah tiada dan lagipun semenjak kemalangan tu..abangnya kurang siuman...adiknya pula dengar cita dihanyar ke rmuah yayasan anak yatim..pakcik pon tak beberapa pastilah..dan keluarga terdekat dia pon pakcik tak tahu hilang tah kemana kerana dulu ketika kemalangan itu terjadi..rajin juga mereka jengok-jengok rumah ni..tapi semenjak kematian abangnya itu..batang hidung pon tak nampak".

Hati aku ibarat dipanah petir...air mataku kian berlinangan...aku tidak dapat menahan perasaanku... aku berlutut di tanah yang gersang itu dan terus menangis. Lelaki tua itu mendapatkan aku..dan bertanyakan kepadaku kenapa ni..."Pakcik sebenarnya sayalah anak lelaki yang masih hidup..kenapa abang sanggup tinggalkan saya..??kenapa?"esakkanku kian kuat..hanya Allah SWT sahaja tahu perasaanku ketika itu,"Sabarlah nak..ni semua dugaan Ilahi..yang hidup pasti akan mati...itulah fitrah makluk Allah..tidak akan lari dari kitaran tu wahai anak. Pakcik akan panggilkan orang kampung untuk baiki rumah ni,bersihkan rumah ni..agar kamu dapat duduk di sini..dan menjaga harta pusaka tinggalan keluarga kamu"..

"Terima kasih pakcik"...
"sekarang kamu duduk dengan pakcik dulu ya.."pelawa pakcik..

setelah tiga hari aku duduk bersama pakcik.. Rumah tinggalan keluarga telahpun siap dibaiki untuk didiami..Aku mengambil keputusan untuk duduk di situ terus. Azan Isyak telahpun berkumandang. Aku mengambil keputusan untuk menyegerakan solatku.......ketikaku sujud kepadamu Ya Allah....


BERITA TERKINI..
seorang remaja telah meninggal dunia akibat rumah yang di diaminya telah dilanggar oleh sebuah traller dengan muatan yang berisi logam. Rumah yang terletak di selekoh iti telah dirempuh dengan teruk sekali. Remaja yang meninggal itu meninggal dalam keadaan badannya masih bersujud. Pemandu treller ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.



-THE END-


karya,

syazeone

Saturday, November 14, 2009

[Cerpen] Insan bernama Kasih

Awan mendung masih menutupi bumi ciptaan Ilahi. Mataku masih lagi menghadap jendela melihat kebesaran Ilahi. Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus tudungku. Fikiranku mula melayang mengenang kisah dahulu walaupun kini ku berada di Jordan.

Nama aku Intan Nur Kasih. Arwah ibu yang bagi nama itu sebelum sempat aku mencecah umur satu tahun. Ibu meninggal sebab ibu mempunyai komplikasi buah pinggang yang kritikal. Aku duduk dengan ayah dan kakak ku selama ibu meninggalkan kami. Ayah berkerja sebagai C.E.O dalam sebuah syarikat terkemuka. Walaupun kedudukan kewangan keluarga kami stabil, cinta ayah pada ibu masih tidak lekang lagi walaupun ibu telah meninggalkan kami 5 tahun yang lalu. Sebab itulah ayah tidak ingin mencari wanita lain. Aku kagum melihat ketabahan ayah menyara aku dan kakak serta mendidik kami dengan didikan agama yang mantap sekali...





Setelah mendapat keputusan UPSR dan UPSRA, alhamdulillah dengan izinNya aku mendapat keputusan yang melayakkan diriku tergolng dalam pelajar bijak pandai. Ketiga-tiga tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Agama yakni sekolah Maahad. Ayahku menghantarku ke Sekolah Maahad kerana ayahku ingin melihat aku berada dalam keadaan orang yang mempunyai agama. Aku rela dengan keputusan ayah. Ibu mesti suka kalau dia tahu keputusan cemerlangku dalam UPSR dan UPSRA. Ayah juga ingin melihatku menjadi insan yang berjaya di dunia serta akhirat. Kakak pula merupakan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa. Akak kini mengamil kursus Bachelor in Islamic Revealed Knowledge. Aku ingin menjadi seperti akak dan aku tak mahu menghampakan harapan akak dan ayah terhadap ku. Ibu adik akan tunjukkan kebolehan adik pada ibu. Adik sayang dan rindu sangat dekat ibu. Aku berkata bersendirian sambil tanganku meraba-raba pusara ibuku untuk mencabut rumput2 yang liar yang tidak berputus asa sentiasa tumbuh. Air mataku mengalir sambil tanganku memengang batu nisan di pusara ibu. Cintaku pada ibu masih bernyala di sanubariku walau aku tidak pernah menatap wajahmu wahai ibu. Aku juga rela dengan ketentuan Ilahi keran Dia lebih menyanyagimu.





Kini aku sudahpun berada di Universiti of Jordan. Aku mengambil bahagian syariah di sana. Pelbagai liku-liku hidupku di sini. Setiap pagi rutin harianku selepas solat subuh. Akan ku sedekahi ibuku dengan surah Yassin. Setiap kali aku membacanya air mataku pasti berlinangan. Aku bersyukur kerana dengan izinNya aku masih lagi berbakti untuk ibuku dengan sedekahku yang tidak seberapa ini. Ayah makin tua dan kini ayah di duduk dengan kakak. Kakak pula kini menjadi pensyarah di salah sebuah universiti terkemuka di tanah air bagi mencurahkan ilmu yang diberikan Ilahi pada orang lain. Mulianya kakakku ini.

Wasiat ibu masih ku pegang di tanganku. Dan aku sudahpun menghafal isi kandungannya kerana aku kerap kali membacanya apabila merinduinya.
Ibu sayang ayah,Ibu sayang kakak dan ibu sayang Kasih. Ibu minta maaf sebab ibu tak dapat menjaga Kasih. Ibu sayang kasih dan ibu juga teringin nak melihat anak ibu membesar dengan kasih sayang seorang ibu. Ibu harap kakak dan kasih jaga ayah elok-elok.. jangan melawan kata ayah, jangan tinggal solat, puasa pun sama. yang penting jaga hubungan Allah dan sesama manusia. Ibu teringin nak melihat anak2 ibu menjadi orang yang menegakkan agama Allah. Peliharalah maruah mu, peliharalah auratmu, peliharalah tingkah lakumu, peliharalah tutur katamu wahai anak2ku....Ibu berdoa agar anak2 ibu dipanjangkan umur dan bertemu dengan lelaki yang soleh untuk mendidik kamu berdua menjadi isteri yang solehah..........

Doa ibu telah termakbul untuk kakak.. Kakak di panjangkan jodoh dengan seorang ustaz yang mengajar di sekolah memenagah agama dan merupakan pengetua sekolah tersebut. Orangnya yang warak serta lembut budi perkertinya. Kakak tertarik kepadanya kerana wajahnya yang mempunyai nur yang luar biasa dan ustaz tersebut yang merupakan abang ipar aku merupakan anak yatim piatu sejak kecil lagi.


Aku masih mencari2 jodohku.. Tiap2 malam selepas solat isyak..aku melakukan solat sunat hajat agar permintaan ibuku terlaksana..akan tetapi..bayangan lelaki tersebut masih lagi belum ditemui... Tiada dalam diriku erti berputus asa...
setelah tamat pengajian.. Aku bergegas pulang ke Malaysia kerana aku mendapat berita bahawa ayah dalam keadaan koma selepas pembedahan jantung dijalankan. Dalam perjalanan ku ke Hospital. Aku mendapat panggilan dari kakakku...

Assalamualaikum Kasih...cepat ayah tengah nazak nieh....dia asyik sebut nama kasih je...cepat datang!!pangilan terus dimatikan dan air mataku kian membasahi pipi....Aku memberitahu pemandu teksi tersebut agar pandu dengan laju agar sempat aku temui ayahku. Dalam hatiku tidak berputus-putus memohon doa agar aku sempat bertemu dengan ayah yang mungkin untuk kali terakhir. Aku beristir kerana berfikiran sebegitu..dan terus aku berdoa dan berdoa...

Setelah sampai di hospital..aku terus melangkah keluar dari teksi menuju ke destinasiku.. Aku telah letakkan duit RM50.00 di belakang tempat duduk. Aku tahu bahawa tambang hanya RM42 ringgit..dan yang selebihnya niatku sedekah untuk pakcik tersebut. Setelah aku sampai di bilik ayahku.. Alhamdulillah Allah SWT masih memanjangkan umurnya untuk aku bersua dengannya.. Ayah membisikan aku sesuatu..."ayah....ti.....galkan...su.......rat...untuk ka...sih......di la...ci......bi...lik a....yah...aku tidak putus-putus membisikan mengucap di telinga ayah sambil mendengar kata-katanya.. Dan itulah kali terakhir aku mendengar suara insan yang bergelar ayah yang selama ini telah banyak berjasa kepada kakak dan juga kepada aku. Aku bersyukur kerana diberi ayah yang mengajarku dan menyuruhku mementingkan didikan yang berunsurkan agama Allah.. Air mataku tidak dapat di tanggung.. Kakakku memeluk ku sambil aku memeluk tubuh kaku ayahku yang tidak bernyawa lagi dengan tagisan kepiluan..Tidak terkira aku mengucup pipi dan dahi ayahku buat kali terakhir.


Setelah selesai pengubumian ayahku.. Aku teringat tentang surat yang ditinggalkan ayah dibilik ayah di rumah kakak. Aku terus bergegas ke rumah melihat surat yang ditinggalkan arwah ayah..
Kasih...ayah tahu kamu sebuk menimba ilmu untuk berbakti di jalan Allah..Ayah rindu kat kamu kasih..surat-surat yang dikirimkan masih lagi ayah simpan dalam almari baju ayah...itu sahaja cara ayah melepaskan rindu ayah dengan menulis surat kembali kepadamu....ayah ada satu benda yang ingin sampaikan....ingat tak wasiat yang ibu.......bertemu dengan lelaki yang soleh untuk mendidik kamu berdua menjadi isteri yang solehah......ayah dah temui insan ini untuk kamu...ayah rasa sesuai sangat dengan kamu....dia merupakan ustaz di sekolah rendah sahaja...dia bukan dalam golongan kaya....dan dia juga merupakan imam di masjid di kampungnya...orangnya baik..dan ilmu agamanya juga tinggi..dia menunggu kamu wahai Kasih....dia pernah berjumpa dengan ayah dan menceritakan hajatnya untuk menikahi kamu....dia kenal kamu dari ibunya yang mengajar kamu di Maahad dahulu...guru kegemaran kamu wahai Kasih yakni Puan Aisyah Humairah yang mengajar kamu bahasa Arab tinggi dahulu...ketika dia berjumpa dengan ayah untuk menyampaikan hajatnya itu...kamu masih lagi di Jordan...dan itu juga merupakan hajat ibunya untuk mengahwinkan kamu dengan anaknya.. Kini Puan Aisyah Humairah telah dijemput Ilahi akibat kemalangan...jadi ayah harap kamu akan tunaikan impian...bonda kamu,ayah serta bonda Syahir.....


aku memang rapat dengan Puan Aisyah Humairah kerana dia ibarat seperti ibuku walaupun aku tidak pernah merasa mempunyai ibu... Air mataku melimpahi pipiku kembali kerana aku berasa berterima kasih kerana dia sudi menjadi ibuku angkatku sepanjang aku di Maahad dahulu.....Alamat lelaki tersebut telah pun ayah tulis dalam surat tersebut..Keesokkan harinya..aku bergegas dengan ditemani kakak dan abang ipar aku untuk bertemu dengan lelaki yang bernama Syahir tersebut.... Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perak mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah...

Destinasi yang dituju telahpun sampai...."Assalamualaikum.....ada orang tak?", suara yang lantang dihulurkan oleh Jamil yakni suami kakak ku kepada tuan rumah alamat...
"Walaikumusalam...."...Muncullah seorang jejaka yang memakai kopiah serta berjubah hitam....kulitnya kuning langsat..wajahnya mempunyai nur yang tersendiri..Mataku bertembung dengan matanya....Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan dan banyak-banyak beristifar...."inikah orangnya",monolog hatiku.. Pakaian yang aku pakai juga jubah berwarna hitam...dan kini hatiku semakin berdebar-debar..... Kian berdebar hatiku..makin banyaklah istifarku kepada Ilahi.... "ini Syahir ke?" soal Jamil dengan ramah sekali...Syahir yang menghampiri suami kakak menyambut salam sambil berpelukan..."ya saya Jamil..." dengan senyuman yang manis dilemparkan kepada suami kakak...

"Betullah inilah orangnya..." Jamil berkata kepada isterinya.. dan kakak hanya mengangguk sahaja..."Macam ni..kami datang nak menikahkan kamu dengan adik ipar saya ni...Intan Nur Kasih namanya...".. Syahir hanya melemparkan senyuman tanda setuju...


Akhirnya..impan 3 orang yakni bonda...ayahnda..dan bonda syahir terlaksana dengan izinNya...kini aku merupakan pensyarah seperti kakak ku...aku mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan dengan suami tercinta yakni Syahir... Hidupku kian berseri lagi dengan tercurahnya cinta kepada Ilahi....aku masih mengamalkan rutin harian..menyedekahkan yassin tiap-tiap hari kepada kedua ibu bapaku dan ibu dan ayah mentuaku....

karya,

syazeone

Friday, November 13, 2009

selamat tinggal 2009..

assalamualaikum pembuka kata...

haha!! akhirnya...penantian membuahkan hasil...pereksa sudah habis..cuti panjang pown datang kembali...


mcm2 perkare yang dah berlaku kat dalam hidup aq selama aq pindah kat sek baru aq nieh..rase mcm baru jerk masok sek nieh..pew2 pown i really miss all my great friends..walau pown korg kadang2 mmg menyakitkan hatikuh nieh..haha!!

firstly aq nk ucapkan time kasih kat kawan2 aq yang sudi kawan ngn insan yang lemah nieh..ngheee!!walau pown kekadang perangai korg bapak r pelik....

to faiz zakaria....you r only one my best friend at smt sepang...best kenal ngn ko...ko memahami aq la...susah cari kawan mcm ko...walaupown ko nieh slalu lengah2kan masa..haha!! da r suke fly..hhaha!! and best giler dok sebelah ko sbb...ko asyik kene marah jerk ngn ckgu..lagi2 ngn ckgu sejarah....kene attack tido..haaha!!!

to syafiq sabiran.....ko the best leader!! hah!!ustaz yang mmg selalu menegakkan agama Allah...dan sentiasa mentarbiahkan org dgn ilmu2 agama..yang mmg kiterorg nieh agak jahil...mcm2 aq tau dari ko...and the best word yang ko cakap and x pernah seumur hidup aq ketua kelas cakap ialah "semua kemas"..hahha!! org semua bangun..hhaha!! and walaupown muke ko 2 selalu je ketat...sentiasa la wat senaman muke..dapat la senyum mcm aq..haha!!

to ruzaini....haha ko la kawan aq yang jowo deh..haah!!wak ruzaini....haha...wak ko mmg hebat ngn tomoi..hah!!menggelabah jerk...pe2 pown aq kagum ngn add math ko..haha!! power!! aq x tau la org jawe makan pe sampai add math 2 aq tgok ko wat senang jerk...yang aq nieh terkial2...hebat2....tanpa ko x dek r barang wakaf..haha!!

to zul hafiz...haha...ko mmg selalu minta makanan..hhahah..bdk kacuk pakistan..rambut perang and tinggi..haha!! ko plak menggelabah jerk tiap2 hari eh..haha!! pe2 pown aq suke ko punyer seluar mikel jekson 2..haha!!igat ko ingat mikel jekson!! hahaha

to naim mok2..haha!! aq sakit hati gilerk ngn ko....ape masalah ko pown x tau..always x puas hati ngn aq..haha!! kalo la aq besar lagi pada ko..abes aq buli ko..haha!! slamat ko lg besar...haha!!hurm...nasihat aq kat ko..jage hubungan sesama manusia 2 pown penting jgak slain jaga hubungan ngn Allah....nieh dok sakitkan hati org sepanjang maserk jer..haha!! x elowk ma!!

to hilmi....aq terus terang kekandang aq mmg sakit hati ngn ko..ngeee!! yerla aq wat aderk je yang salah...huhuuu..pe2 pown aq nk ucap time kasih ko slalu bg aq nasihat...walau nasihat ko bg 2 makan dalam jerk ayatnyerkk...so whatt..hahahha..

to arif paan...ko x yah la nk dok bergosip2 ngn teacher 2...ish3...and kalo dah suke kat minah 2 suke jelah..hang p rebowt ngn faiz 2 wat pe..haha!! ish..guro2..pe2 pown best kawan ngn ko..walau pe pown kekuarengan ko..aq time ko seadenyerk!!hahaa

to salam...haha...ko kene banyak bersabor..walau org kutok ko ke buli ko ke...aq still back up ko nyerk..downt worry..haha!! walaupown ko kuat senyom..hehe..and i proud of 2..coz physic ko la!! kagom aq!! ye..Kalau ko usaha..Allah akan bagi..downt worry yeah!!

to bot a.k.a hakim...hurgh!!! aq panas hati ngn ko..sehari x sakit kan hati org x sah..dan sehari x wat org gelak x sah..haha!! aq maafkan ko walaupown hati nieh ko cincang2 ngn parang..haha..jage skit hati org 2..okeyh!!

kepada kawan2 yang aq x sebowt lagi..haha!! nanti2 jerk la eh aq sambong...daaaa!!
assalamualaikum,..

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com