Followers

Friday, December 10, 2010

Perkara Ringan Yang Mendatangkan Kesusahan

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2.. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

wallahualam.. jika ada yang salah sila perbetulkan..

Wednesday, December 8, 2010

BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM ISLAM


Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :
1. Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)

2. Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.

Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah :

"Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada), lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya." ( Surah al-Baqarah : 28 )

Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.

Pengisytiharan Kota Mekah Sebagai Tanah Haram

Dalam waktu ibadah haji pada tahun tersebut, suatu ketetapan telah diistiharkan kepada masyarakat Arab Mekah ketika itu mengenai perhubungan diplomatik antara orang-orang Islam dengan yang bukan Islam telah dimatrikan dan dikuatkuasakan. Kota Mekah telah diistiharkan dengan rasminya sebagai tanah haram, tidak lagi dibenarkan kepada orang musyirikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitil Allah Al-Haram.

Serentak dengan ketetapan ini Kota Mekkah dan disekelilingnya telah dibersihkan dari perkara-perkara syirik dan kekufuran dan kalimah tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Kaabah dengan suatu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Kegelapan kota Mekkah selama ini dengan kebiadaban dan peradaban liar telah diganti dengan sinar yang gemerlapan dengan kesusilaan dan peradaban yang penuh hidayah dan bersopan. Undang-undang dan peraturan yang disukai oleh fikiran dan nafsu manusia telah ditukar ganti dengan undang-undang dan peraturan syariat Allah s.w.t.

Kota Mekkah diberi gelaran kota suci yang telah bersih dari sebarang bentuk syirik dan kufur, yang selama ini membanjiri kota Mekkah dan sekeliling kaabah.

Laungan "Allah Akba " dan talbiah " لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْك " berkumandang disegenap penjuru kota itu, dari rumah-rumah besar yang tersegam indah hingga ke rumah-rumah buruk di tepi bukit dan gunung. Kesedaran dan kedaulatan Islam dengan risalah Allah mendapat tempat di hati manusia yang kufur pada mulanya. Mereka diberi hidayah dengan Nur Ilahi .

Maksudnya : "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubah." ( Surah al-Nasr : 1-3 )

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri

Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari tersebut. Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :

"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.

"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.

Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.

Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :

"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman d idalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.

Pengorbanan Sepanjang Zaman

Sejarah pengorbanan teragung itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sejarah sahaja, malah ianya telah dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi ini. Pengorbanan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan yang amat agong. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tatapi mereka telah mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agong dan utama daripada pergorbanan nyawa dan darah.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka. Begitulah sepanjang zaman sehingga kini telah ramai yang mati syahid kerana agama Allah, ini tidak kira sama ada di timur ataa barat. Sebenarnya pergorbanan mereka ini tidak ternilai harganya di sisi manusia hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya.

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al- Shaf : 10 - 11)

Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda :

Ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : "Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah s.a.w. orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri. Mereka berkata : Siapa kemudian? Sabda Rasulullah s.a.w. orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan ". (Hadis Riwayat Bukhari)

Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga. Ulama menyatakan :

"Siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong."

Pengorbanan - Mengorbankan Apa Sahaja Yang Berharga

Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Memang tidak dapat digambarkan bagaimana kehebatan manusia sanggup mengorbankan nyawa dan darah mereka demi Allah s.w.t, tatapi inilah hakikat yang berlaku. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Dalam Islam bukan sahaja pergorbanan jiwa raga dan darah tatapi juga adalah pergorbanan harta benda dan apa sahaja yang berharga.

Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada beliau :

"Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu?"

Jawab Abu Bakar : "Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya."

Islam mengajar kita supaya menjadikan pergorbanan sesuatu yang berharga sebagai penyaksian dan pembuktian kepada aqidah kita demi untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t. :

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu, daripadamu, demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur amalanmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi." (Surah Az-Zumar : 65)

Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan,sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah. Pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku. Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.

"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )

Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan pergorbanan dan juga yang akan kita dapat pada hari raya Aidil Adha ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.

- Khutbah Khas Hari Raya Aidil Adha 1427 Hijrah, JAKIM.

Friday, September 17, 2010

Ujian & musibah satu anugerah??





Salam 1 Ummah!!

wah detik bagi pelajar SPM kian hampir...hari ni dah tinggal 65 hari..2 belum tolak cuti,makan,minum,tidur...tah lagi berapa hari tah lagi.. saat-saat ini lah ditambahkan lagi beberapa kesulitan yang kadang kala membuatkan kita hampir jatuh dan tidak mahu bangkit mengejar sesuatu kenikmaatan dihadapan mata kita sendiri.. Setiap manusia Allah S.W.T memberi ujian yang berbeza..samaada kita mampu menghadapinya atau lari daripadanya...terpulang pada iman masing-masing...

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

Ayat ini menunjukkan jelaslah bahawa ujian dan musibah yg Allah S.W.T kurniakan pada kita mampu memberi kekuatan yang baru pada kita untuk menempuh hari yang bakal mendatang...ini merupakan satu anugerah dari Ilahi kepada kita untuk menguji level iman kita dalam diri kita sendiri.

Ujian kita tidak lah sehebat ujian yang Allah S.W.T kurniakan kepada Para Nabi..

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"




Secara umumnya, Allah s.w.t. menimpakan bala dan musibah kepada seseorang kerana tiga sebab, sesuai dengan jenis orang yang ditimpa musibah tersebut.



Pertama: Andainya Allah s.w.t. menimpakan musibah dan bala kepada golongan musuh Allah s.w.t., dan golongan yang bersikap sombong dengan Allah s.w.t., dari kalangan orang-orang kafir dan golongan fasiq, maka ia merupakan suatu bentuk azab dan siksaan dari Allah s.w.t. yang dikenakan kepada mereka di dunia lagi.



Kedua: Andainya Allah s.w.t. menurunkan musibah kepada orang-orang mu'min yang kurang beradab di hadapan Allah s.w.t., dengan melakukan pelbagai maksiat, maka ia merupakan peringatan buat mereka supaya mereka kembali kepada Allah s.w.t., dan kembali beradab di hadrat Ilahi s.w.t. dengan mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ia merupakan suatu kenikmatan dalam kesulitan.



Ketiga: Andainya Allah s.w.t. memberi musibah kepada golongan khawas (orang-orang soleh) atau golongan khawasul-khawas di kalangan hamba-Nya, yang sentiasa menjaga adab dengan Allah s.w.t., maka musibah tersebut merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjat mereka di sisi Allah s.w.t., dengan kesabaran mereka.


konklusinya kita dapat lihat bahawa tidak seorang pun yang tidak akan dikecualikan dengan ujian-ujian yang ditetapkan Ilahi walau apa cara sekalipun...ia merupakan anugerah yang terbaik bagi Iman kita...jadi...kuatkanlah azam, kuatkanlah semangat, kuatkanlah usaha dalam menempuh segala onak duri ujian dari Ilahi sesungguhnya iman kita sedang diuji untuk mendapat tempat yang terbaik di akhirat kelak..inssyaAllah..




.

Tuesday, September 14, 2010

Red Onion (reunion)







Alhamdulillah..jumpa juga korg ya..dah lama dah x jumpe...walaupun ni reunion SKPTD BATCH TAHUN 2004 nieh x semua yang hadir..tapi yang dah lama x jumpa, jumpa semula..ramai dah berbubah dah..moga2 perubahan 2 kearah kebaikan..ameen!!

(gambar bawah sekali)
Dari atas, kiri ; faisal, syazwan, sharmiza, khalilah, syahirah, jazmi, haikal, zaidi
Dari bawah, kiri ; nadia, aimi, husna, haslina, syamimi

faisal: no wonder la..aq x heran sgt..sbb kau sek aq,,hhaha
sharmiza : no comment hehe
khalilah : wah still mcm dulu..
syahirah : did you remember me?? x pelah kalo x ingat aq..but aq ingat ko tau!!
jazmi : wah pak ustaz !! mahaad kelantan beb..ustaz otai!!hehe
haikal : ko dulu skrg mcm x dek beze je...bertambah gengster kowt..hee!!
zaidi : hehe..i still remember "PISANG" ko ttp kecik mcm dulu..x besar2
nadia : no comment hehe!
aimi : hehe..still mengada2
husna : you become more crazy !!
haslina : still mcm dulu..bdk kecik
syamimi : hurm..nampak diam je..x sangke ko kawan ngn kawan sek aq

not in picture
hanis adlan: still suke menyakat org..
syazaliana : still cemerlang mcm dulu
farahana : you look same!!

Sunday, September 12, 2010

Nurkilan Pagi Raya




Alhamdulillah…hari yang mungkin dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam telah bersua muka dengan kita. Dipagi yang hening ini..perasaan kian bercampur baur..memikirkan saudara seIslam yang menderita akibat peperangan, kebuluran, kesakitan yang menyambut aidilfitri. Di sini tidak hairanlah kita bersuka ria berjumpa sanak saudara…tapi bagi yang sebatang kera? Adakah ia makin bermakna tanpa di sisi keluarga? Kita disini menjamu pelbagai juadah yang membuatkan kita tidak ringan tangan memilih juadah yang dihidangkan di depan mata…tapi bagaimana pula yang daif? Mengharapkan ehsan dari orang lain? Cuma hanya sekadar bantuan zakat menambahkan kecerian bagi mereka.. kita disini menyambut aidilfitri dengan penuh keamanan tanpa kacau bilau…tapi bagi yang mengalami peperangan? Menyambut aidilfitri dengan disulubungi perasaan takut dan sedih….kerana insan yang tidak berdosa disamping mereka pergi dahulu dijemput Ilahi.. Kita disini ada juga masih yang tidak reti bersyukur…. Dikurniakan segala nikmat…tapi tidak pernah memikirkannya… dulu kita didukung dengan kasih sayang dibelai dengan kemanjaan..dan kini kita pernah memikirkannya…ada yang sanggup menghantar ibu dan ayah ke rumah jagaan orang tua dan ada juga terus melepaskan tangan..dasar anak yang tak sedar dek untung..anak yatim sedih meratap pemergian mereka…kita gembira dengan kenikmatan hawa nafsu sehingga mengabaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini… ingatlah wahai manusia..selagi nyawa dikandung badan..anamah sebagai khalifah masih lagi tegenggam di hati…jadi bersyukur dengan nikmat yang telah diberi Ilahi..agak kita mendapat manfaat dari syurga dan akhirat…
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin… 10/9/2010 7.33 a.m.

Tuesday, September 7, 2010










salam mujahadah pendahulu kata... bulan Ramadhan telah sampai di penghujungnya...adakah amalan kita sepanjang bulan Ramadhan telah cukup mantap untuk kita jadi insan yang lebih baik dari semalam?? moga amalan kita sebelum ini diterima...inssyaAllah...

dikesempatan ini saya ingin memohon maaf atas kekhilafan selama yang membabitkan diri dalam blog ini...saya juga ingin mengucapkan syukran kepada "followers" saya walaupun x seberapa..moga hidangan yang tidak seberapa ini memberi impak postive walaupun secebis dalam diri...

saya juga ingin memohon maaf pada pihak iLuvislam.com jika selama ini saya diantaranya yang mungkin kuat memberi kritikan sehingga kini..walaupun secara jujurnya...saya lebih gemar dengan iLuvislam yang dahulu...yakni forum di hadapan muka iLuvislam itu sendiri...ia memudahkan para pengguna untuk memasuki mana2 ruangan forum yang berkaitan....saya tahu...cara ini menyusahkan para moderator untuk mengunci, memblock dan lain2 lagi diatas penguna2 yang tidak langsung memikirkan bahawa moderator tersebut membuat kerja yang sama sahaja tiap2 hari...
mungkin ada hikmah di atas setiap perubahan yang berlaku..semua ini dengan izinNya...dan semenjak forom bertukar wajah baru ia memudahkan lagi moderator untuk mengendalinya...dan kitaran forum itu semakin mudah untuk diuruskan berbanding dulu...

akan tetapi..ada kalanya sesuatu yang baharu tidak semestinya memberi keselesaan berbanding yang dahulu kala....saya cuma merindui suasana ukhuwah bersama krew2 lain dalam forum dahulu...gelak ketawa dalam berkongsi ilmu..sehinggakan ada juga yang berkontroversi membuat ruangan chat itu ruangan berchating bersama mereka...sungguh menggamit memori..........dengan forum dulu jugalah saya mengenali lebih ramai krew2 iLuvislam dan sehinggakan pernah bersua muka bersama mereka..itulah jalinan ukhuwah yang telah kami semua bina di forum dahulu...

saya juga turut berbangga kini iLuvislam telah mengorak langkah maju kehadapan dengan kehadirian baby baru yakni forum baru berwajah moden...tahniah saya ucapkan...
ingat ada kalanya usaha dakwah kita dahulu lebih susah dari hari ini...ini kerana setiap ujian yang Allah turunkan kepada kita adalah satu nikmat di masa akan datang..lebih susah kita diuji lebih besar ganjaran nikmat yang dihulurkan..moga apa yang diperkatakan diamati dengan lubuk hati yang mendalam..


apa pun..saya syazeone ingin memohon maaf atas apa yang telah diperkatakan dan selama ukhuwah islamiah dan jalinan sillaturahim antara kita yakni krew2 dan user2 serta org2 atasan...saya melakukan kesalahan secara langsung mahupun tidak...moga usaha dakwah dalam diri tidak pernah luntur di hati para pejuang...selamat bermujahadah...


sebelum terlupa kepada followers saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menjadi followers saya...dan mohon maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan kepada anda semua....

tidak lupa kepada rakan2 yang lain...wan nk juga mohon maaf atas segala yang negetif telah wan lakukan selama ini....dan para pejuang SPM pada tahun ini...selamat hari raya...jangan dok melantak je tau!! hehe..ramai2 melantak buku... =)

sekian..

Saturday, July 10, 2010

La Tahzan ya Syabab!!



Ya Allah jika ini ujianmu kepadaku....aku terima seadanya asalkan aku dapat mengecapi keredhaan dari Mu wahai Penakluk Langit dan Bumi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku tidak mahu kegagalan yang lepas menyelubungi diriku ini lagi. Kau kembalikanlah semangat jihad fisabilillah kepadaku kembali agar aku dapat memperjuangkan agamaku. Ya Allah...sesungguhnya aku ini hambamu yang hina dan kerdil..kau berikanlah secebis semangat dan kekuatan agar aku dapat bangun dari terjatuh, agar aku dapat sedar dari dibuai mimpi yang indah. Jadikanlah aku insan yang berguna kepada Agama dan negara. Kau janganlah membuatku dibuai mimpi-mimpi durjana ini lagi..sedarkan lah aku dari lena ini Ya Allah. Kau pulihkanlah semangatku..sesungguhnya aku mengerti bahawa tiada manusia dicipta didunia ini dengan sia-sia. Kau kuatkanlah keimanan ku agar aku tidak tersungkur lagi. Janganlah Engkau sesekali pesongkan imanku..sesungguhnya aku dahagakan cintamu Ya Allah. Jadikanlah aku antara yang terpilih disisiMu Ya Rabb. Aku memohon keampunan atas dosaku yang lampau. Kini aku kembali dengan semangat yang baru bagi membuktikan yang aku mampu melakukannya dengan sebaik mungkin..InssyaAllah aku boleh!!

Thursday, June 17, 2010

Bertudung? Kau Sudah Bertudung?

www.iluvislam.com
Oleh : Miss Diba
Editor : doraemong13


Sudah hampir setahun aku memakai tudung. Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:

“Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?”.
“Apa mimpi kau bertudung?”
“Baguslah kau dah insaf, macam poyo!”.
“Macam baik sangat pakai tudung.”.
“Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung”.
“Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?”

Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
“Baru MASUK ISLAM ke kak?”.

Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.


Peristiwa Pertama

Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap, memandang ke luar. Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit. Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye? Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?

Hampir sejam aku memikirkan jawapannya. Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku. Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.



"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar."
(Ali -Imran:173-174)



Peristiwa Kedua

Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda, yang lebih muda dariku, meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati). Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur, pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.


Peristiwa Ketiga

Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya. Aku melihat, ibubapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak. Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?

Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah. Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini. Diriku tidak sempurna mana, kerana aku insan biasa, yang punya kelemahan, yang punya kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri. Dekatkanlah diri dengan penciptamu, kerana di situ ketenanganmu. Peganglah pada tali yang satu, tali agamamu, kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.

Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung. Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.


*Sumber: Dipetik Daripada Blog Penulis

Sunday, June 13, 2010

Ayuh bangun!!

kadang kala...kita ibarat merelakan kemungkaran yang berlaku di hadapan mata.. tanpa sebarang tindakkan untuk mencegahnya. Akan tetapi ada kalanya perasaan sebersalah tetap menghinggap di sanubari.. Iman menteriak kesakitan melihat kemungkaran di hadapan mata sendiri. Akan tetapi mulut bisu membekukan diri tanpa sebarang kata. Adakah iman kita tidak teguh lagi..? membiarkan kemungkaran menguasai penjara dunia ini? sampai bila? sampai bila..?

Ada kalanya perasaan menjadi tonggak utama dalam menyekat kebenaran yang ingin diluahkan.. perasaan sebersalah yang dibisikkan syaitan menusuk di jiwa sanubari seorang mukmin. Akan tetapi sebesar manalah perasaan sebersalah itu dibandingkan perasaan sebersalah kita pada Yang Maha Pencipta? adakah sudah hilang dilam kamus diri perasaan gentar dan takut pada Yang Maha Berkuasa? Bangkitlah wahai muslimin dan muslimat sekalian.. Jangan biarkan bumi yang suci ini dihujani najis kemaksiatan. Tanggungjawab kita sebagai khalifah di atas muka bumi tidak pernah akan selesai sehingga kita melepasi titian as-sirrat kelak.

Jangan hanya kerana ini, kita terjatuh ke lembah neraka yang hina itu. Bangkit lah wahai muslimin dan muslimatek sekalian.. Tidakkah engkau mengerti dengan ujian yang telah Allah SWT turunkan kepada kaum terdahulu.. ataupun perasaan takut telah lesap dek sanubari durjana itu? tidak perlu kita melihat kaum terdahulu..sudah cukup kita melihat ujian yang telah diberikan kepada kita pada alaf ini. Tsunami di acheh, padang di endonesia, pertelagahan di thailand, rusuhan di kahmir, dan lebih teruk penindasan keatas bumi Gaza di palestine...

bangunlah dari igauan mimpi indah..bangkitlah wahai muslimin muslimat..jangan hanya perkara yang mudah bala Allah SWT datang tanpa diundang..

luahan hati ikhlas:
Syazeone
p/s: utk rnungan bersama

Saturday, May 29, 2010

menanti minggu cuti sekolah

Salam penghulur kata,..

wah bahang peperiksaan pertengahan tahun masih hangat membara. Soalan dari jabatan pelajaran Selangor jadi santapan selama 3 minggu. lagi satu minggu untuk menhabiskan lagi santapan bakiannya.. sedar tak sedar...masa berlalu begitu pantas.. cuba kita renung kembali apa yang telah kita lakukan terutamanya dalam diri kita, keluarga, guru2, rakan2 dan tak kisahlah rakan sekeliling..apa yang telah kita lakukan..baik atau buruk jadi penanda aras untuk maju kehadapan. Manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan.. Adakah kita akan leka dengan masa yang selalu mencemburui kita. Bakul persediaan ke akhirat kelak telah ke kita isi dengan amal soleh ataupun..kita membocorkan lagi bakul yang tersedia ada dengan perkara2 mungkar?

Renung kembali..jadi apa persiapan anda untuk musim cuti sekolah ini rakan2?? dah buat preparation ataupun..buat dont no je.. jangan biarkan masa mencuri masa dengan begitu sahaja..manfaatkanlah bakal cuti anda dengan sebaik mungkin..ajal maut tak siapa yang tahu.. masa inilah untuk rapakanlah sillaturahim antara keluarga... lagi2 buat pelajar asrama macam saya.. masa ini kene hargai sebaik mungkin dalam pada masa yang sama tanggungjawab sebagai pelajar jangan diabaikan..bukan untuk menasihat anda semua sahaja.. diri ini banyak kekurangan...nasihat ini terutama untuk diri yang hina ini..yang banyak kekurangan..

jangan biarkan minggu cuti anda penuh dengan gelombang2 maksiat..jauhilah ia dengan iman di dada..

pe2 pun yang masih periksa..gudluck..buat betul2..yang penting niat..dan yang bakal cuti..manfaatkanlah cuti anda dengan memantapkan lahiriah dan rohaniah agar sentiasa seimbang dunia akhirat..inssyaAllah..

akhir kata,
Dunia ini sentiasa berputar..renung2kan lah kata2 ini..

Saturday, April 3, 2010

thinkin about me...

When I Flashback my life..seriously..many thing change in briefly..wow!! I thought not change the appearance of such a short time... This all has been fixed since revealed to me..I just can only accept all changes or not...I do not have any power to change it ..

Did I am eligible to be friends with friends that have tarbiah with a strong religious upbringing??
while I have many weaknesses? or I just need to take it all just an award to me from Allah..? yes..I must take it as a gift to me that not all people have the opportunity to get it.

Alhamdulillah...although I have little sense of shame for the lack of self-...this life must go on..and I know all these tests given to me from my own ability...in other words I will Reda'...
I personally have many friends with different temperament and behavior which is the benchmark for me to evaluate my own self in what condition..This think make me thinking that I just ordinary people which often to make mistakes and The humble servant that only need to be viceroys in the earth that not to succumb me to the evil cauldron that sin contributed indirectly contributed me to the hell...
I pray that I hope avoided punishment of the grave and hell ...

I hope blessed with a good family ... and friends eternity...inssyaAllah..

Friday, March 19, 2010

aku dulu dan kini



Aku dulu dan Kini....
aku dulu..tidak mengenal erti cinta sebenar
aku kini..merasa indah mempunyai cinta sebenar
aku dulu..sebuk mencari cinta duniawi
aku kini..sebuk mencari cinta hakiki
aku dulu..tidak mengerti halal dan haram
aku kini..ingin cuba membeza halal dan haram
aku dulu..hina dan keji
aku kini..mencari penyuci hati
aku dulu..pahala dosa apa mengerti
aku kini..memilih yang hakiki..
aku dulu..mempunyai hati yang gelap
aku kini..disuluh cahaya keimanan pada yang gelap
aku dulu..aku dahulu
aku kini..aku kini
dengan izinNya..aku begini
dengan izinNya..aku dahulu
Hidupku berubah kerana dengan IzinNya bukan aku..
Aku bersyukur kerana dengan IzinNya aku berubah..
dan aku berharap kamu gembira dengan perubahanku
kerana ini terbaik untukku..dan terbaik untukmu..
nurkilan dariku..untuk dirimu....





Air mataku mengalir bila membaca nukilan ini semula..Sungguh Allah SWT Maha Berkuasa..

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[Al Baqarah:117]



Hidayah yang dikurniakan kepadaku amat bernilai sungguh pun dikumpulkan seribu orang kaya...nescaya tidak mampu untu membeli hidayah..kerana hidayah ini milik Allah untuk hambaNya yang bertuah. Aku tidak sangka seawal umurku hidayah ini telah hinggap ke segenap hidupku..


--------------------------------------------------------------





"Weh Jamal..jom keluar..boring la duduk rumah je...bukan buat pe pun...". Shah mengajakku keluar..mungkin dia ingin mengajakku menonton wayang...

"Jomlah..aku pun boring terperap kat rumah je..mak ayah aku tu..tak habis-habis suruh aku belajar..dah aku tak nak menghadap buku..yang nak di paksa pehal..geram je aku seh...".

Satu jam setengah aku dan Jamal serta kawan-kawan yang lain duduk menghadap skrin besar di dalam wayang tu..

Waktu zohor sudah hampir melabuhkan tirainya.. "malas aku nak solat zohor...tonggang tonggeng pon..bukan dapat pe pun..buat penat je...kawan-kawan aku pun bukan solat pun..okey je...". aku monolog berseorangan..

Maghrib telah melabuhkan tirainya...aku kepenatan bersuka ria bersama teman-teman.. Itulah salah satu caraku untuk menghilangkan strees belajar..

Jam menunjukkan pukul 8 setengah malam...aku baru pulang.. "Mal!!! kau pergi mana?!! dah la keluar tak bagi tau..lepas tu balik malam-malam...apa kau nak jadi ha!!??", tengking ayahku.. Disebabkan keletihan yang teramat..aku buat tidak dengar sahaja apa yang ditegurkan..dan terus masuk ke bilik dan melabuhkan diri atas katil yang empuk.

"titt...tit...titt..tit....", nada SMS berbunyi..

lantas aku mengambil telifon bimbitku dan membaca sms yang dikirimkan...di skirn hp ku terpapar nama "sygku"..

U!!! U pergi mana ha?? u keluar x ajak i pun!! ada org ckp u keluar ngn gurl lain..betul ke? U ni syg i ke x??


setelah usai membaca msg itu..aku terus mencampakkan hpku ke atas katil...aku malas nak layan dia..banyak lagi perempuan yang boleh aku layan..bukan dia seorang je..




-----------------------------------------------------

Hidupku ibarat tidak mengenal agamaku sendiri..hanya terpapar di I/C ku Islam..kehidupanku jahil..walaupun ibu ayahku bukanlah seorang yang buta tentang agama..dan aku rasa telah puas mereka mendidik ku dengan didikan agama..tetapi......


------------------------------------------------------



PMR hampir tiba...aku seperti seorang yang tidak bersedia apa-apa untuk berperang dalam menjawab soalan.. "lantak r..tawakal jelah..apa gunanya aku ulang alik ke kelas tiap-tiap hari?!!" monolog hatiku..
Aku melihat segelintir para pelajar....bertungkus lumus di saat-saat akhir dalam menghadapi PMR..boleh dikatakan dalam tiga minggu sebelum PMR...perpustakaan sekolah hampir penuh tiap-tiap hari. Terdetik dihati untuk menyertai bersama...tetapi...

"La Mal..kalau kau belajar di last-last minit nieh bukan masuk pun..caya la cakap aku...". Kata-kata Shah bermain di mindaku... Aku melangkah kaki terus keluar dari sekolah dan terus ke Cafe Cyber seperti biasa..

Kebiasaannya..apabila balik sekolah..aku akan singgah ke Cafr Cyber untuk bermain permainan video di sana...dan selepas asar aku baru menampakkan diri di rumah..dan selepas maghrib aku akan lepak di luar bersama kawan-kawanku..



------------------------------------------------------



Hari ini aku bangun awal daripada hari-hari lain....mungkin kerana fikiranku asyik duduk berfikir tetang keputusan yang bakal aku perolehi..
Hatiku kian berdebar-debar apabila melangkah kaki ke sekolah..
"Jamal..cikgu dah banyak kali berpesan dekat kamu..ubah diri kamu tuh...tengok apa yang dah jadi??cikgu ingat lagi ketika kamu di tingkatan satu...keputusan peperiksaan akhir kamu sungguh cemerlang..dan kamu telah memecah rekod sekolah untuk pelajar tingkatan satu kerana kamu dapat street A dalam semua subject tapi sekarang ni....." Cikgu Khairi menambah lagi kegusaran di lubuk hatiku..
Slip keputusan peperiksaan diberikan kepadaku.

aku hanya mendapat street B....perasaan kecewaku telah hinggap di sanu bariku...

dengan result ni...aku cuba untuk melayakkan diri aku untuk pindah ke sekolah lain..yakni sekolah menengah teknik...tapi malangnya dengan membawa result street B...seperti tidak melayakkan diri untuk masuk ke sekolah itu...aku tidak putus asa...aku membuat rayuan untuk mohon di sekolah yang sama....


alhamdulilah...Allah mengizinkanku untuk menempatkkan diri di sekolah sana.
Perasanku ingin memajukan diri dan mengubah diri semakin membara..sebelum ini bila direnungkan semula...aku hanya mementingkan duniawi tanpa memikirkan ukhrowi...

pernah aku mendengar ceramah dari penceramah terkemuka..berkata bahawa "Hidup kita ibarat menaiki kenderaan...cermin depan kereta itu ukhrowi kita dan cermin kiri dan kanan kita duniawi kita..kita sekarang ni menuji ukhrowi dan tidak lupa untuk melihat cermin kanan serta kiri untuk keselamatan kita yakni duniawi..kiranya duniawi perlulah seimbang dengan ukhrowi..."

aku yakin dengan pemindahak ke sekolah baru ini..aku akan berubah..



Aku gembira duduk di sekolah ini..walau sekolah ni bukan sekolah agama...tetapi tarbiah yang diajari di sini...cukup sempura bagi seorang yang berfikir..sebelum ni aku tidak pernah mendampingi pelajar-pelajar sekolah agama..tidak pernah aku mendampingi pelajar yang lebih mengerti tentang islam..dan sekolah ini telah menguatkan ukhuwah islamiah antara aku dan sahabat-sahabat lain..

akan tetapi...satu masalah yang harus aku tangani..
rakan-rakanku di sekolah yang lama..masih lagi yang hanyut dek lautan duniawi..
hidayah yang Allah berikan kepadaku...adalah lebih baik jika kawan-kawanku dapat merasa apa yang aku rasa..yakni keindahan dalam beragama..jika mereka tahu menilainya dan sedar dari lamunan duniawi ini...pasti mereka akan bahagia..inssyaAllah..


teringat kembali kepadaku satu ayat yang pernah diterangkan kepadaku oleh rakanku dalam tuntutan berdakwah...

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (Q.S. An-Nahl: 125).


Dakwah adalah sesuatu yang melekat pada diri Muslim sehingga tidak ada alasan sedikit pun bagi seseorang, bahkan hanya memiliki sedikit pengetahuan yang benar dan bermanfaat, untuk menghindari dari tugas-tugas dakwah sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

“ Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” (H.R Bukhari).


besarnya tanggungjawab seorang untuk berdakwah..aku berharap..tugas berdakwahku tidak akan lenyap selagi nyawa dikandung badan...moga Allah mempermudahkan urusan dakwahku..

"duhai sahabat..kembalilah ke jalan yang diredai Ilahi..moga kamu terselamat dari azab kubur dan azab api neraka" ameen...


karya, syazeone

Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin


Pengenalan Ringkas Khulafah Ar-Rasyidin

Khalifah ialah orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam Tempoh pemerintahan Khulafah Ar-Rasyidin ialah lebih kurang 29 tahun(11-41 hijrah). Khulafah Ar-Rasyidin terdiri daripada:

i) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
ii) Khalifah Umar bin al-Khattab
iii) Khalifah Uthman bin Affan
iv) Khalifah Ali bin Abu Talib

Khalifah Abu Bakar

Nama: Abdullah bin Abi Qahafah
Keturunan: Bani Tamim
Gelaran: ‘As-Siddiq’ -mengakui kebenaran Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Israk Mikraj Peribadi: Merupakan orang yang pertama memeluk islam Seorang yang jujur, pekerti baik, amanah Meninggal dunia: 23 Jamadilakhir tahun 23 Hijrah dan dimakamkan di Madinah berhampiran dengan makam Rasulullah S.A.W
Pelantikan: Rasulullah S.A.W tidak menetapkan seseorang sebagai pegganti selepas kewafatan baginda. Abu Bakar mencadangkan Umar Al-Khattab atau Ubaidah sebagai pengganti beliau selepasnya. Kedua-dua membantah lalu mereka berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus memberi bai’ah melantik Abu Bakar sebagai khalifah.
Sumbangan:
i)Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Rasulullah.
ii)Mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar, iaitu kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur(Byzantine) di sebelah barat.

Khalifah Umar bin Al-Khattab

Nama: Umar bin al-Khattab bin Naufal
Tarikh lahir: 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W
Keturunan: Bani A’dy
Gelaran: ‘Al-Faruk’ pemisah antara hak dan batil. Memeluk islam pada tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
Meninggal dunia: Akhir bulan zulhijjah tahun 23 hijrah berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun.
Pelantikan: Melalui wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar bagi menggalakkan perpecahan umat. Wasiat ditulis oleh Usman bin Affan. Dipersetujui oleh seluruh umat Islam
Sumbangan:
i)Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Pencukaian dan Jabatan Perbendaharaan
ii)Mengembangkan pengajatan al-Quran
iii)Telah menyusun sistem ketenteraan
iv)Telah membina terusan dan tali air
v)Memperkenalkan pelbagai jenis cukai

Khalifah Uthman bin Affan

Nama: Uthman bin Affan
Tarikh lahir: 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah
Keturunan: Bani Umaiyah
Peribadi: Dari kecil lagi terkenal dengan sifat mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan, dan memiliki semangat jihad yang tinggi
Gelaran: ‘Zunnurain’ kerana mengahwini dua puteri Rasulullah S.A.W
Meninggal dunia: 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh pemberontak
Pelantikan: Semasa Khalifah Umar sakit, beliau mencadangkan 6 orang sebagai pergganti beliau iaitu Usman, Ali bi Abi Talib, Talha bin Ubaidiah, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf Tahlah, Zubair, Saad dan Abdul Rahman menarik diri daripada jawatan khalifah. Berdasarkan pendapat para sahabat dan orang ramai, Abdul Rahman bin Auf megisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah.
Sumbangan:
i)Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarland, Cyprus dan Tripoli ii)Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam
iii)Telah mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali dengan musyaf uthmani
iv)Telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat
v)Memperkukuhkan peranan baitumal

Khalifah Ali bin Abi Talib

Nama: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim

Tarikh lahir: 10 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
Peribadi: Bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu yang mendalam.Kanak-kanak yang pertama memeluk islam
Meninggal dunia: 40 hijrah setelah memerintah selama 5 tahun
Pelantikan: Menerima jawatan Khalifah atas desakan orang ramai bagi mententeramkan pergolakan akibat pembunuhan Usman bin Affan.
Sumbangan:
i)Banyak membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan masyarakat dan undang-undang Islam
ii)Berusaha mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara
iii)Membina markas tentera di Parsi dan sempadan Syria
iv)Mengembangkan sistem ekonomi negara

Kronologi Khulafa al-Rasyidin

632 M - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang Bani Tamim dan Musailimah.
633 M - Pengumpulan Al Quran bermula.
634 M - Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.
635 M - Penawanan Madain.
636 M - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637 M - Mesir ditawan.
638 M - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
640 M - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644 M - Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645 M - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646 M - Kempen menentang Byzantine.
647 M - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
648 M - Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656 M - Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657 M - Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659 M - Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661 M - Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.




penulis : Assalamualaikum buat para pembaca..terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mebaca artikal2 di blog ini.. Kembali kepada tajuk asal..kita dapat lihat usaha para sahabat dalam mengembang dan memperkukuhkan lagi kedudukan islam di pentas dunia. Banyak kejayaan telah dikecapi semasa era pemerintahan para sahabat. Jadi kita umat akhir zaman.. bilakah kita ingin bangkit semula dalam menggapai cita-cita untuk menakluk dunia seperti zaman-zaman kegemilangan islam terdahulu?? saya tinggalkan anda semua dengan potongan hadis dari Rasululullah S.A.W

Riwayat daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:

"Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia tetapi berhati syaitan. Mereka diibaratkan sebagai serigala buas. Hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan.""Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu. Kalau engkau menjauhi mereka, maka mereka akan mengumpat engkau.""Apakah mereka melihatmu?"Jawab Nabi saw:"Tidak."Para sahabat bertanya:"Apakah turun wahyu kepada mereka?"Jawab Nabi saw:"Tidak."Para sahabat bertanya lagi:"Bagaimana keadaan mereka?"Nabi saw menjawab:"Seperti ulat dalam cuka."Para sahabat bertanya lagi:"Ya Rasulullah saw, bagaimana mereka menjaga agama mereka?

"Jawab Nabi saw:"Seperti bara api di tangan. Kalau diletak ia akan padam dan kalau diambil dengan tangan ia akan terbakar."


RENUNG2KANLAH WAHAI PEMUDA PEMUDI

Sunday, March 14, 2010

Kepada Lepasan SPM...


Nak jadi Aircraft Maintenance Engineering MAS??


1. Tunggu iklan tawaran iklan Malaysia Airlines pada bulan 4-5
2. Interview akan dijalankan pada bulan 6
3. Daftar akan dilakukan pada bulan 7
4. Keputusan SPM paling minima B dalam English, Mathematics and Physics


Butir-butir lain:
-pembelajaran akan berlangsung selama 5 tahun yakni 3 tahun untuk teknikal dan 2 tahun untuk job training.

-selepas tamat pengajian. Jangan bimbang anda akan terus berkerja..tidak perlu bersusah payah untuk mencari kerja..Malaysia Airlines akan memberi kontrak kepada anda selama 10 tahun dan selepas tamat kontrak, terpulang kepada individu untuk terus bersama Malaysia Airlines atau ke Airlines lain.

-jika anda mulakan pengajian anda pada umur 18 tahun. anda akan terus bekerja pada umur 24 tahun..

-Diingatkan bahawa anda bukan mengambil diploma atau degree.. kerana anda sedang mengambil lesen antarabangsa yang mengiktirafkan anda boleh membaiki pesawat.

-Anda juga boleh mengambil degree or diploma jika ingin, tetapi anda harus mengambilnya di miat under uniKL. Miat tidak mempunyai mana2 kontrak dengan siapa2..jadi selepas tamat pengajian..anda bolehlah mencari kerja sediri.

-Graduat pertama gaji minima RM2500 belum ditambah dengan alaun yang menimbun...jadi totalnya RM5000 above

-Jika anda dapat tajaan daripada Malaysia Airlines..anda akan dapat alaun dari Malaysia Airlines dalam tempoh belajar dan juga ketika anda bekerja.

Saturday, February 13, 2010

Alhamdulillah... dengan izinNya..masih diberikan keringat untuk meng'updatekan blog wan..

hurm.. seperti kebiasaan sekolah wan..warden akan tukar pelajar dorm 2009 dengan pelajar dorm yang lain pada 2010...

sebelum merceloteh panjang...nk kenalkan kalian semua dengan sahabat2 wan yang baru..

dari kiri atas :Nuri, Hanis, Topek, Syed, Wan, Shekal
dari kiri bawah : Alif, Syuk, Hafiz, Ariff(ketua dorm), Zaid, Khai dgn Azim
tambahan: sherol x ada dlm gmbar..sbb dia masuk hospital...

alhamdulillah...Hanis, Syekal dan Sherol budak dorm yang lama....so..kiranya x kekok la sangat dengan dak2 laen sbb ada kawan dorm lama... Bila d pkkan balik...x semua budak asrama kita kenal..lagi2 kita hanya duduk 2 tahun sahaja..di tingkatan 4 dan 5...
ada juga yang dah kenal but x rapat...

kini alhamdulillah..ikatan ukhuwah sesama ahli dorm makin erat...sudah kenal antara satu sama lain..hilang rasa kekok....

moga ikatan persahabatan ini dapat dikekalkan...inssyaAllah..


Friday, January 29, 2010

Ulang tahun kelahiranku..

Alhamdulillah di sekolah...pada 28/01/2010... sekolahku smt sepang meraikan sambutan ulang tahun hari lahir untuk semua pelajar tingkatan 4 yang baru masuk dan juga pelajar senior yang dilahirkan pada bulan Januari. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini di handle bawah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Sambutanku pada tahun ini agar lain sedikit..tidak seperti sambutan yang biasa kita raikan bersama rakan-rakan @ keluarga dengan tiupan lilin kek. Akan tetapi sambutan kali ini lebih bermakna dari itu semua... 28/01/2010 jatuh pada malam jumaat. Sebelum majlis itu dilaksanakan di Dewan Makan Asrama, seperti biasa rutin kami di asrama pada malam jumaat.. bacaan yassin beralun merdu di segenap pelusuk surau. Setelah habis bacaan yassin dan solat isyak.. pelajar semua ke Dewan Makan Asrama bagi meraikan semua pelajar asrama yang lahir pada bulan 1 yakni bulan januari.

ketika namaku dipanggil oleh AJK yang handle pada malam itu.. aku tidak mungkin akan lupa dengan laungan "sir..!! sir shah!!!"...ape kene mengene dgn aq?? haha!! sebenarnya..budak-budak sekolahku gelar sir shah sebab mukaku seiras dengan ketua warden tahun ini..dan ketua warden tu pun dah tau...waktu ingin bersalam dengan pengetua ketika namaku di panggil... aku melalui hadapan sir dan aku hanya mampu tersenyum sambil tunduk tanda hormat...dan dia pun hanya melemparkan senyuman dengan diiringi jeritan "sir...!!! sir shah....!!..."

Majlis pada malam itu agak lain sedikit..kebiasaan orang yang menyambut kelahiran diiringi lagu "Happy birhday to you......selamat hari lahir........Allah selamatkan kamu...." tetapi ketika sambutan ini dilaksanakan...irigan selawat mengenang Baginda di alunkan di segenap dewan makan tersebut... makin bertambah bermakna apabila sentiasa mendekatkan diri degan selawat keatas Rasul junjungan...

pada 29/01/2010..pada pagi jumaat..aku menghiasa lagi hari kelahiranku dengan membaca maksud ayat al-Quran selepas solat subuh..ketika disekolah...kami semua seperti biasa membaca mad-thaurat.....bertamah bermakna dan berseri lagi....ketika di kelas.,,ramai juga yang mengucap selamat hari lahir, happy birthday...hanya senyuman sahaja yang dapat dilemparkan... ketika waktu pelajaran sivik...guru dapat tahu bahawa hari ini birthday aku...dia bertanya kepadaku..."Umur bertambah ke pendek?" soalan yang agak pelik...aku jawab bertambah...ckgu cakap "bertambah dari segi angka.........." dan dia juga bertanya solat 5 waktu cukup??? alhamdulillah...Allah mengizinkan ku mencukupikan kesemua 5 solat yang merupakan tiang agama itu....

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com