Followers

Thursday, March 31, 2011

Ape matlamat hidup korang yew?


Bila kita tengok balik gambar dekat atas..dunia ni kecik sebenarnya...but ramai org meletakkan dunia nieh besar dalam hati dia mcm di bawah


hidup ni sebenarnya kene ada matlamat yang jelas..kalo x ada matlamat hidup yang jelas ibarat mati sebelum ajal...die kiranya mcm org koma..




jadi atas dasar tanggungjawab nk share lah mcm mana nk tetapkan matlamat dalam hidup korg..sbb apa aq rasa tanggungjawab...kita hidup bkn semata2 nk mencari kesukaan kita je..tp kita ada matlamat yang agung...

Ni cara nk menetapkan matlamat dalam hidup anda menggunakan sistem "SMART"

SPECIFIC
Matlamat anda perlulah spesifik, fokus, jelas dan konkrit. Tak boleh mempunyai matlamat yang kabur dan main-main. Stick dengan matlamat anda, contohnya anda mahukan kebebasan kewangan, dan itu jelas bahawa anda inginkan kebebasan kewangan dan bukannya mahukan hutang bertimbun-timbun..

ACHIEVABLE
Matlamat anda mampu dicapai.. Janganlah anda buat matlamat yang bukan² dan merepek misalnya ingin kahwin dengan alien dan seumpamanya. Pastikan matlamat anda itu relevan, boleh dicapai dengan usaha, minda dan masa.

REALISTIC
Matlamat anda perlulah realistik dengan keadaan semasa. Contohnya secara praktikal anda mampu mencapai kebebasan kewangan dengan berpuasa setiap hari di bulan bukan Ramadhan dan jimat duit makan. Tetapi tak perlulah berpuasa sekiranya sakit atau sampai memudaratkan. Kenelah realistik dengan situasi semasa, jangan jadi terlalu idealis untuk jimat duit sehingga tidak kena pada tempatnya. Kenelah fikir dengan bijaksana dalam menentukan strategi yang realistik agar ia dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang.

MEASUREABLE
Matlamat anda boleh diukur. Yakni ia boleh diketahui sejauh mana kesan, result dan implikasinya pada kita. Contohnya anda telah laksanakan bisnes dan mula mengaut untung secara berterusan dan ini memberi kesan kepada aliran tunai positif anda lebih baik dan dapat menampung lebih banyak aliran keluar. Ianya boleh diukur secara statistik matematik. Hatta kemajuan di dalam bisnes semuanya boleh diukur melalui graf dan penyata imbangan duga.

TIME-BOUND
Matlamat anda mempunyai deadline atau tarikh tertentu untuk mencapainya. Katakan anda nak kahwin dengan pasangan sehati sejiwa anda 2 tahun lagi iaitu pada tarikh 2 Februari 2009 maka itulah tarikh deadline anda. Dari segi kewangan, persiapan, kad jemputan tarikh yg betul, tok kadi mesti confirm datang pada waktu itu dan segalanya lancar sebelum mencapai deadline yang ditetapkan. Jika tidak alamat tak kahwin la terpaksa tangguh pula. So Time Bound ini penting utk anda tetapkan matlamat yang realistik dan praktikal. pastikan anda ambil berat tentang masa kerana ia lebih mahal daripada emas...

JADI..apa2 pun kita buat dalam dunia Allah yang kita hanya singgah sementara perlu ada matlamat agar tidak tersimpang dari jalan yang diRedhai Allah SWT..inssyaAllah...

3 comments:

  1. same mcm yg leya dapat mase minggu mas kat sini

    ReplyDelete
  2. leya..sebenarnya ade lg 2 tau..hehe...die akan jadi word 2 smarter..hehe!

    ReplyDelete

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com