Followers

Thursday, April 28, 2011

ujian kehidupan


Kadang kala apa yang kita impikan bukan milik kita untuk terima,
Kandang kala apa yang kita mahukan kita tidak bersedia untuk terima,
Kadang kala apa yang kita hajati bukan bukan masa untuk kita terima,
Dan kadang kala semua inginkan tak dapat, kita akan mengeluh dan berputus dari harapan.

Adakah kita sedar sebenarnya telah terlampau banyak nikmat yang telah Allah swt berikan kepada kita selama kita bernafas di dunia ini.
Kenapa kita masih lagi mengeluh dan berputus harapan dari nikmat yang Allah kurniakan..adakah kita tergolong dalam golongan yang memang tidak tahu erti kesyukuran?
Dimana tahap kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini dalam mencari keredhaan Ilahi?
Dimanakah cinta kita kepada sang Pencipta kita selama ini?
Dimanakah iman kita yang sememangnya telah tertanam dalam hati kini pergi ke mana?

Manusia akhir zaman ini sering kali mengeluh dengan apa yang telah diujikan kepada mereka..bila sesuatu ujian tercampak di hadapan muka…mulalah melatah dan berputus asa..sedarkah kita sesungguh ujian yang Allah berikan kepada hambanya adalah untuk mengukur tahap keimanan kita kepada Ilahi…tapi makin diuji makin ramai yang menjadi kufur…
Kenapa boleh jadi macam tu? Makin diuji makin kita kufur…?
Sepatutnya makin diuji semakin bertambah iman kita bukan bertambah kekufuran kita.

1 comment:

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com