Followers

Monday, May 2, 2011

Beruntunglah Kamu Wahai Khalifah..

Assalamualaikum penghulur kata... =)


Balik semula kepada tajuk diatas, ramai yang pelikkan?.  Sebenarnya niat saya ingin bahagikan tajuk ini kepada 2 bahagian iaitu "Beruntunglah kamu.." dan "Wahai Khalifah"..

Kita mulakan dulu dengan "Beruntunglah kamu.." Dalam sub topic ni, ingin saya menghuraikan golongan yang mendapat tarbiah dengan didikan agama yang cukup. Bila kita sentuh prihal tarbiah..pelbagai sumber yang boleh kita petik seperti tarbiah dari keluarga sendiri, rakan-rakan, sekolah dan lain-lain.

Golongan pertama ialah golongan yang mendapat dari kalangan keluarga sendiri.  Bila kita pandang faktor zaman pada masa sekarang, agak sukar ingin menjumpai keluarga yang mampu memberi tarbiah dengan didikan agama yang secukupnya. Tarbiah dari kalangan keluarga sendiri amat penting dalam membentuk jati diri yang berlandaskan syariat islam itu sendiri jika betul-betul diamalkan. Jadi beruntunglah kamu dari golongan berkenaan, sesungguhnya Allah telah mempermudahkan jalan dalam mencari hadayahNya..samaada kita ambil tahu ataupun tidak.  Yang malangnya bagi golongan yang tidak ingin mengambil peluang ini untuk mendekatkan diri denganNya secara tak langsung golongan ini akan dicampakkan di dalam golongan orang-orang yang rugi.


Beruntung juga bagi golongan yang mendapat tarbiah dari rakan sendiri..susah ingin berjumpa rakan yang mampu memberi tarbiah ini dengan baik sekali pada zaman masa kini. Jika anda mempunyai sahabat sebegini..manfaatkan betul-betul..sesungguhnya itulah rakan yang boleh dikatogikan rakan dunia dan akhirat.  Sama juga dapat tarbiah dari sekolah sendiri.  Tidak semua sekolah mampu untuk memberi tarbiah dengan didikan agama ini melaikan sekolah tertentu seperti sekolah aliran agama, asrama dan lain-lain..tapi persoalannya...adakah ia meresap pada hati individu pelajar??  Ini perlu ambil tahu..akan tetapi..hidayah itu milik Allah kan...tidak semua golongan mendapat hidayah dengan cara yang sama.

tapi...yang malangnya bagi golongan yang langsung tidak mendapat tarbiah dari mana-mana golongan...jadi...bila kita lihat situasi ini...tanggungjawab siapa untuk membantu mereka untuk memberi tarbiah di jalan Ilahi? Sebenarnya ini tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini..  Semua orang memainkan peranan yang amat penting wahai khalifah.. jika anda mempunyai sedikit masa...luangkan masa untuk membaca artikal di bawah ini...

--> Khalifah Muka Bumi 

jadi tanggugjawab kita tidak akan selesai selagi ajal tidak menjemput kita..sesungguhnya kita telah terikat dengan kontrak yang Allah tetapkan...Click dI bawah untuk cerita prigal perjanjian roh kita dengan Allah..

--> Perjanjian Roh dengan Allah 


yang baik jadikan tauladan...yang buruk jadikan sepadan..moga kita tidak pernah alpa dengan kesilapan silam..pandang kehadapan...
sekian...

No comments:

Post a Comment

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com