Followers

Wednesday, May 4, 2011

Nurkilan Istimewa Hari Kelahiran

salam...
hurm..ana x berapa ingat dari mana ana dapat puisi ni..tapi ana nak berkonsi dengan orang lain...puisi ni memang menusuk kalbu bila dihayati..



Selamat lahir ke dunia ini wahai teman Tariklah nafasmu, Nikmatilah kesegaran semesta Pasanglah telingamu, Hayatilah bunyian merdu mergastua Kemudian bukalah matamu, Kagumilah kebesaran Maha Pencipta Sungguh, tidakkah kau menyedari Lagu ceria alunan seisi semesta Meraikan detik bersejarah kelahiranmu Mungkin kau tertanya-tanya Mengapa salam kelahiran ke dunia Dan bukan selamat ulangtahun kelahiran Namun teman, Usahlah kau dicengkam kepelikan Atau diburu sejuta persoalan Kerna kelahiran baru saja menjemputmu Meski hayat sudah mencecah puluhan tahun Ruh baru usai menempati jasadmu Tatkala langsung kau dakap fitrah insani Lalu serentak itu Kau sirnakan segala belenggu kematian Sedarlah betapa perjalanan hidupmu Hanya bermula saat kau tekadkan ikrar ..Aku benci jahiliyyah.. ..Jahiliyyah bukan cara hidupku.. Justeru kelahiran sebenar adalah bersama islam Hidup tanpa perhiasan iman Dan juga pakaian takwa Bukanlah suatu penghidupan hakiki Sekadar pergerakan jasmani tak bererti Kerna ruh sebenar ialah semangat islami Yang dengannya kau bernafas kini Tanpanya, Manusia itu laksana robot-robot Berjasad tapi tak bernyawa Walau zahirnya lincah ke sana ke sini Usahlah kau bermuram durja Dengan penghidupan serba baru ini Kerna kembaramu sebenarnya masih jauh Masih terlalu panjang Sepanjang usia alam dan seisinya Lantaran hidupmu bersama hakikat iman Walau jasadmu hancur ditelan bumi Namun ruhmu subur disirami semangat islami Selamat lahir ke dunia ini wahai teman Untung sekali, Antara sekian ribuan kau jadi pilihan Hargailah tiap saat kehidupan penuh bermakna ini Jangan sekali-kali kau berpaling dari kebenaran Justeru untuk kembali kepada kebinasaan Kerna kelahiran sebenar adalah bersama islam Sedang kecenderungan pada jahiliyyah Adalah petanda jelas kematian.

No comments:

Post a Comment

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com