Followers

Sunday, October 30, 2011

Syukurlah Wahai Hamba

Cahaya dhuha kini menerangi segenap pelusuk alam...  kehadirannya membuatkan diri ini merasa kenikmatan kehagatan keberkatan dariNya..  setiap apa yang diberikan pasti hikmahnya telah siap dihidangkan.. yang membezakannya erti kekufuran atau erti beryukur..
Adakalanya kita alpa dengan kemewahan setaip apa yang telah diberinya...kadangkala kita tidak sedar apa yang kita lakukan bukan terbaik untuk kita..  tapi kita tidak pernah ambil tahu kepentingan itu.. kerana kita hilang erti bersyukur..

Angin yang meniu mengembalikan ketenangan jiwa.  Adakalanya membuatkan diri ini terbawa di awangan angkasa... tambahan angin meniup mengikut rentak sanubari.  Kenikmatan yang sering kita lupa akan hikmah kejadian alam semesta.. yang diciptakanNya tanpa erti sia-sia.  Ada di saat kita dalam hayalan mimpi duniawi.. kita alpa dengan setiap apa yang telah dikurniakan bukan hanya untuk dinikmati tapi ia kembali mengingatkan asal kejadian alam itu sendiri.
Setiap detik nadi sentiasa melakukan kerjanya tanpa henti...  membuatkan seseorang it terus menghirup udara yang diberikanNya... walaupun kita dibuai mimpi indah mahupu kita peka dengan tindakan yang kita sedang lakukan.... ia terus bekerja menyambung nyawa untuk berbakti kepadaNya.. tetapi adakah kita pernah mengambil kira kenikmatan itu?
Penuh dibuai maksiat yang bermaharaja lela..mengeloka setiap pelusuk sanubari.... setiap kejadianNya diciptakan sempurna dengan tanggungjawab masing.. termasuk kita sebagai hamba yang mempunyai dua benda yang besar iaitu nafsu dan juga akal...

Langkah demi langkah diatur untuk mencari keredhaanNya... tidak akan datangnya erti hidayah itu jika kita tidak mencarinya... jangan hanya megharap ia datang tanpa usaha.. kerana hidayah itu milik Allah SWT...  bersyukur dengan semua nikmat yang dikurniakan...kerana nikmat itu hanya pinjaman semata-mata... cukup satu masa....kita harup pulangkannya...manfaatkan setiap yang diberikanNya sebaik-baiknya.
Bersyukurlah dalam setiap ruang dan peluang yang diberinya..manfaatkan sebaiknya... pasti kebahagian kelak kita gengami..

No comments:

Post a Comment

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com