Followers

Wednesday, October 12, 2011

Tersesat di Titian Sirat Dunia



Seperti yang kita sedia maklum....di akhirat kelak..setiap orang muslim akan melalui titian siratulmustakim melintasi neraka menuju ke syurga dan itu sahaja jalan untuk ke syurga.  Yang membezakan kita cara kita melintasi, cepat atau lambat atau selamat dan sebaliknya.  Semuanya berbalik kepada amalan kita di dunia ini.
Akan tetapi sebelum kita mengupas prihal titian sirat di akhirat kelak..kita kene fikir titian sirat kita di dunia ini.  Titian sirat adalah jalan ataupun garisan lurus.  Titian sirat dunia merupakan agama islam.  Agama yang menuntut pengikutnya mengikut jalan yang lurus dibimbing Rasulullah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Antara sebab yang boleh saya kupas bagaimana kita boleh tersesat di titian sirat dunia ialah dengan:
1)Membunuh
-membunuh merupakan salah satu dosa besar.  Secara tidak langsung azab yang dikenakan kepada pembunuh juga besar.  Walaupun sepanjang hidupnya dipenuhi amal kebaikan, sekali sahaja dia membunuh sesama Mukmin tanpa alasan yang benar, dosa perbuatannya itu lebih besar daripada segala amalannya yang dilakukan di dunia bila ditimbang di neraca al-Mizan kelak.  Lebih-lebih lagi apabila manusia itu sengaja membunuh dirinya sendiri.  Mereka ini akan dimasukan kedalam neraka dengan menjatuhkan semasa melintasi titian sirat kelak.
2)Berzina
-Dosa berzina juga hamper sama dengan membunuh.  Bila sebutkan prihal zina, pakar agama berpendapat bahawa zina ini banyak, antarnyanya zina hati, zina tangan, zina mata dan zina mulut dan lain-lain.  Lihat kembali ayat Allah dalam surah al-Israk “janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan jalan yang jahat”.  Allah melarang manusia mendekati zina, apatah lagi orang yang melakukan zina itu sendiri, sudah pasti dosanya jauh lebih besar dari mendekati zina.
3)Mengfitnah
-fitnah merupakan salah satu penyakit jiwa yang amat ketara.  Ini kerana dengan fitnah mampu menghancurkan lawan tanpa melalui fizikal mereka sedikit pun.  Kesannya amat ketara yang bukan sahaja melibatkan pihak diri lawan tapi mungkin juga melibatkan kaum kerabat juga serta keturunannya juga.  Sebab itulah Allah telah menyatakan bahawa perbuatan mengfitnah ini jauh lebih bahaya dari membunuh kerana membunuh selesai apabila lawanya mati.  Akan tetapi fitnah terus memberi kesan walaupun lawannya itu telah meninggalnyua, kesannya masih terasa bagi kaum kerabat dan keturunannya.
4)sombong, riak dan bongkak.
-sombong adalah sikap yang merasakan dirinya lebih tinggi daripada orang lain ataupun merendahkan orang lain.  Bagi riak pula adalah keinginan mahu dipuji orang dan bongkak ialah berasa dirinya itu hebat serta terpuji.  Golongan ini jauh dari lindungan Allah.  Allah memberi jaminan bahawa golongan ini tidak masuk syurga dan tempatnya adalah neraka.
5) tamak,serakah,iri hati dan dengki
-sikap-sikap ini berpengaruh kepada dirinya sendiri.  Bagi tamak dan serakah merupakan satu sikap ingin memiliki sesuatu dengan cara berlebihan.  Bagi iri hati pula merupakan rasa ingin memliki sesuatu sebagimana orang lain memilikinya.  Dan bagi dengki pula lebih berbahaya daripada semua sifat buruk.  Ini kerana dengki merupakan perasaan iri hati yang disertakan dengan kebencian.

Perkara yang boleh kita rumuskan dalam hal ini ialah, jauhilah kelima-lima perkara ini jika kita mahu selamat di titian sirat dunia.  inssyaAllah jika kita hinder perkara-perkara negative ini, titian sirat di akhirat kelak kita akan selamat dari tergelincir ke dalam neraka itu sendiri.
“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku bermohon kepadaMu ya Allah, kau jauhilah lima perkara ini dariku.  Engkau selamatkanlah perjalanan ku di dunia ini, Engkau bimbinglah aku melintasi titian sirat dunia ini tanpa Engkau pesokannya.. sesunggunya dari Mu aku diciptakan dan kepadaMu aku dikembalikan.” Amin.

No comments:

Post a Comment

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com