Followers

Monday, November 28, 2011

Erti sebuah hijrah

Kini 1432 Hijrah telah melaburkan tirainya...dan kini 1433 Hijrah bersua muka.

Bila dilihatkan kembali, pasti banyak lagi azam kita pada tahun hijrah yang lepas masih lagi tidak disempurnakan.
Macam biasa..setiap tahun baru, pasti yang bersemangat untuk memulakan azam yang baru bagi memperbaiki dan mendapatkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.. betul kan??

Tapi adakah kita sendiri tahu apa sebenarnya erti hijrah itu sendiri???

saya mengambil artikal dari http://www.sinarharian.com.my/

Hijrah berasal daripada peristiwa perpindahan atau penghijrahan Nabi SAW dan sahabatnya dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Apabila kita halusi peristiwa ini, ia adalah proses meninggalkan negara yang penuh dengan kerosakan dan kejahatan kepada negara yang lebih damai. Malah, meninggalkan aqidah yang rosak lagi fasad dan amalan serta muamalat yang merosakkan nilai murni seorang manusia.

Rasulullah SAW pernah menceritakan kisah seorang lelaki yang banyak melakukan dosa. Lelaki tersebut telah membunuh 99 nyawa. Dia ingin bertaubat, tetapi oleh kerana dia tersalah memilih guru, maka sekali lagi dia membunuh dan mangsanya adalah guru tersebut. Sampailah pada suatu ketika dia bertemu dengan seorang guru dan menyatakan dia ingin bertaubat, tetapi dengan dosanya yang banyak, apakah taubatnya diterima ALLAH? Guru itu menyatakan ya dan memintanya untuk berhijrah ke negeri yang memiliki penduduk beribadah kepada ALLAH dan tinggalkan negeri diduduki orang yang rosak pegangannya.

Lalu dia pun keluar berhijrah. Sampai di pertengahan jalan dia meninggal dunia. Ketika itu datanglah malaikat azab dan malaikat rahmat. Masing-masing saling bergaduh perihal status mayat ini, apakah mahu dirahmati dan diazab? Lalu turun malaikat lain dan menyatakan ukur mana jarak lebih dekat, adakah negeri yang baik lebih dekat atau negeri kejahatan? Lalu mereka mengukur dan ternyata negeri kebaikan lebih dekat justeru malaikat rahmat mengambilnya.

Daripada peristiwa tersebut amat jelas untuk difahami hakikat hijrah dengan firman ALLAH ini, “Barang siapa berhijrah di jalan ALLAH, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada ALLAH dan Rasul-NYA, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi ALLAH. ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.” (Surah an-Nisaa ayat 100)

Dari aspek lain, erti hijrah ditafsirkan dengan pertanyaan seorang lelaki kepada Nabi SAW, “Manakah hijrah yang paling afdal (utama)? Jawab Nabi SAW, “Engkau meninggalkan apa sahaja yang menimbulkan kemarahan TUHAN-MU AZZAWAJALLA.” (HR an-Nasaie dan Ahmad). Hijrah juga membawa maksud bertaubat dengan meninggalkan kesyirikan, maksiat dan bidaah. Ketahuilah kasih sayang ALLAH ke atas hambanya amat luas. Buktinya selagi kita masih bernafas dan nadi masih berdenyut, pintu taubat masih terus terbuka sehinggalah matahari terpancar dari barat.




Jadi bila kita amati kembali erti penghijrahan ini, marilah sama-sama kita bermuasabah diri kita..apa yang kita telah lakukan sebelum ini..dan apa yang akan kita lakukan selepas ini... jadi apa yang buruk untuk kita menerima..kita buang jauh-jauh dan yang baik untuk kita..kita amalkannya...


semoga setiap penghijrahan yang kita lakukan adalah kerana Allah Taala..dan kembalilah kita kepada syahadah yang kita pegang...inssyaAllah moga hidup kita sentiasa dirahmatiNya...Amin.. =)

No comments:

Post a Comment

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com