Followers

Monday, November 14, 2011

Restoran Saudi Denda Pelanggan Membazir



Bagi anda yang suka bergaya seperti 'orang kaya' yang sering makan di restoran dan tidak menghabiskan makanan, maklumat berikut cukup untuk membuat anda sedar dan lebih mengambil perhatian.
Dalam solidariti dengan kaum miskin di dunia, sebuah restoran di bahagian timur Damam Arab Saudi mengenakan denda kepada para pelanggan mereka yang tidak menghabiskan semua makanan di piring mereka.
Denda, yang akan disalurkan untuk amal, dibuat sangat berpatutan, kerana pelanggan sendiri yang diminta untuk memutuskan berapa banyak mereka harus membayar denda atas makanan yang tidak habis mereka makan.
"Selama denda tersebut untuk amal, saya merasa tiada masalah dengan gagasan itu," kata seorang pemuda setelah mengunjungi restoran, menambah, "Saya berharap semua restoran di daerah ini mengikutinya."
Pelanggan lain berkata, "Saya terkejut bahawa saya didenda, tapi sejujurnya, ini adalah langkah yang baik untuk mendorong melakukan perbuatan baik."
Pelanggan lainnya telah menyuarakan keperihatinan mereka, dan pada peringkat global. Seorang pemuda Saudi mengatakan, "Ada negara-negara lain yang menderita kelaparan seperti Somalia, dan saya menemui idea baru ini untuk membantu mendorong kesedaran ekonomi dan sosial, dan untuk mengajar orang ramai agar mengkonsumsi jumlah makanan yang tepat. "
Menurut sebuah laporan pemimpin barat, sebanyak 30 peratus makanan di seluruh dunia kemungkinan besar akan hilang atau terbuang, sementara perkiraan lain telah menempatkan angka di sekitar 50 peratus. (fq/aby)

No comments:

Post a Comment

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com