Followers

Thursday, February 24, 2011

mulakan suatu yang baru

Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan aku buat masa sekarang. Aku dah mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di OGAWA...sebab aku jumpa peluang yang lebih baik dari tu. Moga Allah permudahkan apa yang aku lakukan..

hari ni aku cuti. aku cadang nk keluar dgn harith sbb nk beli barang sikit.. =)

pe2 pown kita hanya merancang... Allah yg tentukan disebaliknya..selagi ada usaha dan niat yg betul..inssyaAllah Allah akan bantu kita....

Tuesday, February 22, 2011

Bila Allah Menduga Kita


"Bila Allah Menduga Kita" petikan buku keluaran mustread snd bhd karya Syed Alwi Alatas banyak mengajarku erti dugaan dalam hidup..

buku nieh aku beli dengan akak aku di MPH bukit bintang..beli last2 minit sebelum kedai nk tutup..akak tanya..kau nk buku mana..cepat ambil..tanpa membuangkan masa aku terus capai buku ini bawa ke kaunter..

dalam aku cuba menghabiskan masa untuk membaca buku ni..aku banyak belajar...dan boleh dikatogerikan aku ni hamba yang x bersyukur secara tidak sedar dengan nikmatnya kerana kita ni bila ditimpa dugaan atau musibah..pasti akan merungut..

sesungguhnya itu salah satu erti berputus asa..

buku ni membuatkan aq lebih positive..

mungkin Allah ingin menyedarkan aku kembali dengan membaca buku ini..

Saturday, February 19, 2011

pelik betul..

Hari jumaat lepas....aku kerja pagi..and then balik pukul 7..waktu break..dapat msg dari harith (ketua AJK Surau)..kemuskilan aku bertambah..die cakap nak jumpa..huhu~~
pelik..tetibe je nak jumpe...mesti ade pe2..

hurm..aq pown dah bincang2 ngn dia..mlm 2 jgak aq naek KTM ke sungai buluh..semata2 nk jumpe harith di kota damansara..huhu...die ckp ade program..ceramah..but aq still x tau ceramah ape sampai aq dalam dewan aq still x tau ceramah pe nieh...

akhirnya..aku baru tahu..die ajak aq pergi ceramah..hhuhu~~ ingatkan pe lah tadi..rupa2nya bende nieh..dengarlah...



bagus sebenarnya program nieh..boleh bantu org laen disamping tambah duit poket..huhu...walaupun aq pergi hanya ceramah yang dikatakan "muqadimah" saja..but aq brsyukur r...sbb tau rezeki Allah nieh luas..mcm2 cara die boleh bagi rezeki pada makluknya..cuma kita berusaha atau x..

Wednesday, February 9, 2011

kita bukan untuk dia tapi Dia untuk dia



setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan masing2 terhadap diri seseorang...kita akan berasa senang duduk bila dipuji dan kita akan rungsing gelisah gulana bila ada yang mengkeji dan memberi lontaran negetif kepada kita...betul tak..?

kita bukan untuk dia bg wan bermasud kita dalam setiap perkara perlu sederhana dan jangan berlebihan dan berkurangan...adalah lebih baik kita berada ditengah2 emosi itu..

ini kerana jika kita terkurang..mungkin si dia akan merasa hairan..dan jika kita yang berlebihan kita dalam bahaya di masa akan datang..

maksud si dia ini adalah sahabat yang kita ada..

teringat hadis dari riwayat Bukhari

"...dan sentiasalah bersikap pertengahan,sederhana, hasil akan diperolehi dengannya, kamu akan mencapai sasaranmu(syurga)".

ini mengajar perasaan kita agar sentiasa berhati2...

sebagai contoh kita memiliki sahabat yang sangat akrab dengan kita...akan tetapi pada satu hari...sahabat itu melukakan hati kamu..sudah pasti kamu akan berasa sedih atas tindakan..
jika dahulunya kamu hanya sekadar berkawan tidak berlebihan memberi cinta(kasih sayang) kepadanya....sudah pasti kamu bersiap sedia menunggu sebarang kemungkinan yang akan berlaku dihadapan mu kelak...

jadi berilah cinta pada yang sebenarnya sebelum memberi cinta kepada penagih cinta yang lain...sesungguhnya cinta kita ada batasnya tapi cinta Allah tidak terbatas...

Tuesday, February 1, 2011

erti persahabatan


kini aku sedar apa itu persahabatan..

selalunya orang akan cakap sahabat yang sejati akan berada disisi kita bila kita memerlukan dan bila kita senang kita akan kongsi kegembiraan bersama..tapi tidak semua yang kita harapkan akan terjadi...

ada tu sahabat yang kita rapat tapi diam2 dia tidak suka dengan kita..ada juga kawan yang kita tidak suka akan membantu kita bila kita kesusahan kelak..semua itu kuasa Allah..kita hanya berusaha untuk mendapatkan yang terbaik..

Alhamdulillah Allah bagi aku kelebihan so that aq dapat kenal siapa yang ikhlas berkawan dengan aku dan siapa hanya menjadi udang disebalik batu..aq bukan jenis suka memilih kawan..aku kawan dengan semua tapi pada masa yang sama aku tau yang mana mengerti erti persahabatan

bagi aku persahabatan ini sahabat yang akan membantu aku dalam kesusahan dan bila aku dan dia senang akan kami berkongsi rasa yang sama dan dalam pada masa yang sama saling mengingati satu sama lain agar perhubungan akan diredhai Ilahi bukan hanya dengan persahabatan yang penuh dengan dosa noda dan hawa nafsu yang tidak pernah berhenti menyerang manusia yang hauskan keinginan duniawi semata2...

apa2 pun aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang mempunyai pelbagai perwatakan..dekat sini aku dapat belajar erti kehidupan dalam persahabatan...

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com