Followers

Thursday, March 31, 2011

Ape matlamat hidup korang yew?


Bila kita tengok balik gambar dekat atas..dunia ni kecik sebenarnya...but ramai org meletakkan dunia nieh besar dalam hati dia mcm di bawah


hidup ni sebenarnya kene ada matlamat yang jelas..kalo x ada matlamat hidup yang jelas ibarat mati sebelum ajal...die kiranya mcm org koma..




jadi atas dasar tanggungjawab nk share lah mcm mana nk tetapkan matlamat dalam hidup korg..sbb apa aq rasa tanggungjawab...kita hidup bkn semata2 nk mencari kesukaan kita je..tp kita ada matlamat yang agung...

Ni cara nk menetapkan matlamat dalam hidup anda menggunakan sistem "SMART"

SPECIFIC
Matlamat anda perlulah spesifik, fokus, jelas dan konkrit. Tak boleh mempunyai matlamat yang kabur dan main-main. Stick dengan matlamat anda, contohnya anda mahukan kebebasan kewangan, dan itu jelas bahawa anda inginkan kebebasan kewangan dan bukannya mahukan hutang bertimbun-timbun..

ACHIEVABLE
Matlamat anda mampu dicapai.. Janganlah anda buat matlamat yang bukan² dan merepek misalnya ingin kahwin dengan alien dan seumpamanya. Pastikan matlamat anda itu relevan, boleh dicapai dengan usaha, minda dan masa.

REALISTIC
Matlamat anda perlulah realistik dengan keadaan semasa. Contohnya secara praktikal anda mampu mencapai kebebasan kewangan dengan berpuasa setiap hari di bulan bukan Ramadhan dan jimat duit makan. Tetapi tak perlulah berpuasa sekiranya sakit atau sampai memudaratkan. Kenelah realistik dengan situasi semasa, jangan jadi terlalu idealis untuk jimat duit sehingga tidak kena pada tempatnya. Kenelah fikir dengan bijaksana dalam menentukan strategi yang realistik agar ia dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang.

MEASUREABLE
Matlamat anda boleh diukur. Yakni ia boleh diketahui sejauh mana kesan, result dan implikasinya pada kita. Contohnya anda telah laksanakan bisnes dan mula mengaut untung secara berterusan dan ini memberi kesan kepada aliran tunai positif anda lebih baik dan dapat menampung lebih banyak aliran keluar. Ianya boleh diukur secara statistik matematik. Hatta kemajuan di dalam bisnes semuanya boleh diukur melalui graf dan penyata imbangan duga.

TIME-BOUND
Matlamat anda mempunyai deadline atau tarikh tertentu untuk mencapainya. Katakan anda nak kahwin dengan pasangan sehati sejiwa anda 2 tahun lagi iaitu pada tarikh 2 Februari 2009 maka itulah tarikh deadline anda. Dari segi kewangan, persiapan, kad jemputan tarikh yg betul, tok kadi mesti confirm datang pada waktu itu dan segalanya lancar sebelum mencapai deadline yang ditetapkan. Jika tidak alamat tak kahwin la terpaksa tangguh pula. So Time Bound ini penting utk anda tetapkan matlamat yang realistik dan praktikal. pastikan anda ambil berat tentang masa kerana ia lebih mahal daripada emas...

JADI..apa2 pun kita buat dalam dunia Allah yang kita hanya singgah sementara perlu ada matlamat agar tidak tersimpang dari jalan yang diRedhai Allah SWT..inssyaAllah...

Wednesday, March 9, 2011

keburukan MLM??

Bila orang cerita pasal MLM...bermacam2 persepsi yang kita dengar..ada yang positif dan ada yang sebaliknya..hurm..kenapa begitu?

saya ambil satu contoh, ada orang ckp MLM nieh mengayakan orang laen..betul ke?
ada org ckp MLM nieh juga mcm skim cepat kaya..betul ke?
dan ada orang ckp MLM nieh menindas orang lain..betul ke?

ok biar saya buka minda anda semua...ok...mcm mana nk benteras bende nieh berlaku dekat diri orang yang berminat untuk menyertai MLM...

firstly..kalau kita nk join MLM kita kene tahu product MLM yang dijual..so..bila kita fikirkan balik sebagai contoh..

salah sebuat MLM nieh menjual product pakaian, so..kita kene tahu..berapa ramai product yang jual pakaian yang ada dipasaran kini..banyak x? so kat sini kita dapat tahu market kita luas atau tidak..

lagi satu..jika ingin betul2 menyertai MLM..so dia ada sijil pengesahan dari kerajaan atau tidak dan the most important MLM ini dipantau panel syariah atau tidak?
jika tidak...fikirkan lah sebelum masuk MLM..jadi nk masuk kene tahu bende2 nieh..

one more thing product kita akan terjejas x kalo kegawatan ekonomi berlaku? hurm..so 2 pown kene tahu...

jadi nasihat kepada orang luar sana..jangan bila dengar MLM..terus tutup fikiran kita dengan negetif thingking..dan jangan sesekali terus terjerumus ke MLM kalo bende nieh x dapat pengesahan dari pihak berkuasa atau tidak lagi2 tidak dipantau oleh panel syariah..

jadi..kepada anda diluar sana yang berminat untuk menyertai mana2 MLM..pastikan bende ini dahulu sebelum anda menyertai MLM itu sendiri

dan kepada yang negetif thingking about MLM..jangan samakan MLM dengan MLM lain jika sudah sahih MLM itu mendapat pantauan dari panel syariah itu sendiri...

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.

Tiga Demensi Cinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tiga Demensi Cinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, March 7, 2011

aku nampak tu

Alhamudulillah...Allah permudahkan urusan aku..

aku nk share skit satu kesah nieh,

kita lepasan SPM mostly ambil keputusan nk kerje lu before masuk poli/matrik/asasi/universiti kan..

yep...aku pown ambil peluang yang sama...so seperti yang sedia maklum aku kerja sebelum nieh dekat Ogawa dengan pendapatan RM1200(Basic) and x termasuk bonos and laen2...so lepas SPM mmg kira bende nieh besar r..aq tanye mostly kawan2 aq gaji dieorg berapa..and mostly jawab dalam 600 to 800 but ade 2 sorang sahabat nieh gaji die setiap bulan just rm400 lebih je..hurm kerja susah jgak..but dapat tu...

one day, my supervisor aq ckp dekat aq...wan kalo ko nk lebih kene buat lebih, maksud supervisor aq kalo aq nk tambah gaji aq yang kiranya kalo kite dak2 lepas spm besar nieh, aq kene jual 12k baru dapat kerja...

dalam hati aq terdetik aq kerja susah2 yes! susah sgt kerja shif morning 10am to 7 pm and noon 1 to 10 pm yang x ley tahan sabtu and ahad kene full 10 to 10..mmg x dek life la beb!!

aq tau ade lg bende yang lebih senang dan dapat keuntungan bagi aq... alhamdulillah Allah nampakkan aq satu program ni...and die telah bukak minda aq...bende nieh mmg senang and the most important aq boleh bantu famly aq dalam masa terdekat..aq berazam juga so bila aq dapat tawaran masuk matrik or universiti, aq x mau guna duit famly aq and aq nk start use my own money...haha!! may Allah bless me! amin!

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com