Followers

Saturday, May 21, 2011

Berputus asa dengan rahmatNya?

Assalamualaikum penghulur kata bagi yang sudi membaca artikal2 saya..

Topic hari ini yang wan nk kongsikan ialah adakah korg ini di dalam katogeri golongan yang berputus asa dengan rahmat Allah SWT?

mari kita sama2 lihat adakah kita ini dalam golongan tersebut...??

kita ni kadangkala bila tidak dapat kecapi apa yg kita mahu....sudah pasti didalam hati terdetik soalan2 yang tidak sepatutnya kita keluarkan didalam hati atau mulut kita sendiri seperti:

  • kenapalah aku tak dapat apa yang aku nak?
  • Allah dengar tak apa yang aku luahkan ni?
  • penat aku berdoa, tp still x dpt lagi..
  • kalau lah dulu aku buat mcm ni..conform hari ni aku tak mcm ni,,
  • aku dah x tahan ngn semua nieh..apa yang aq nak mesti x dpt...
  • dan lain2 lagi lah yang akan keluar dari hati dan bibir kita ayat2 yang berbaur mengeluh..

 inilah sebahagian dari contoh yang biasa kita luahkan bila kita tidak dapat apa yang ingin kita kecapi.. wan nk highlightkan ayat Allah iaitu (Al-Ankabut, ayat 2&3)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
 
Lihat semula ayat Allah ini semula....setiap apa yang kita lalui yakni ujian dan dugaan ini sebenarnya untuk mengukur tahap keimanan kita di paras yang mana..dimana level keimanan kita mampu menahan segala ujian yang diturunkan Ilahi..
 
Bila kita renung semula..Ujian yang Allah SWT turunkan kepada kita ini hanya sekelumit sahaja bila dibandingkan dengan ujian yang Rasulullah SAW menerima ujian untuk menegakkan Islam itu sendiri walaupun Rasulullah SAW ini kekasih Allah...Ingat perjuangan tokoh wanita..summayah dalam menengakkan agama Islam...dan banyak lagi...  sebenarnya ujian kita terima ni kecil sahaja..Kasih Sayang Allah tu luas wahai sahabat..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma’aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(QS Al-Baqarah:286)

Lihat ayat Allah di atas..ujian yang kita terima ini sebenarnya releven dengan kesanggupan kita sebenarnya...hanya yang membezakan kita ialah dimana tahap keimanan kita mampu menahan ujian yang kecil ini....

Kadangkala juga kita tidak sedar ujian dan dugaan ini hanya sedikit sahaja bila nak dibandingkan dengan rahmatnya yang setiasa mengalir setiap detik nadi kita berdenyut...tidak akan habis kita menulis rahmatnya walaupun 3 lautan dijadikan dakwat tinta, semua ranting kayu dijadikan tinta untuk menulis....
sekadar perkongsian untuk diri wan dan korg cara untuk mengatasi putus asa ini

1)Sandarkan harapan kita pada Maha Pencipta...yakin bahawa setiap yang menimpa kita pasti ada hikmah disebaliknya

Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.
(At-Taubah: 129)

2)Jangan sesekali putus asa meminta pertolongan dari Allah..kerana mungkin apa yang kita inginkan tidak dapat sekarang..mungkin Allah akan beri lebih baik dari apa yang kita inginkan..tidak di dunia InssyaAlla di akhirat kelak

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
(Al-Baqarah: 45)
 
3)Tidak perlu untuk bersikap lemah dengan ujian yang kita hadapi..kuatkan semangat bangkit semula..ingat Allah sentiasa disisi orang yang beriman. Bangkit dan usaha untuk atasinya!
 
..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafirâ
(Yusuf : 12)
 
4) Jika kita tidak mampu tahan perasaan yang menghimpit kita...jumpa orang yang kita rapat untuk luahkan segala masalah...InssyaAllah beban yang kita tanggung akan rasa berkurangan..dan mungkin orang yang kamu luahkan masalah tu..Allah utuskan jawapan untuk menyelesaikan masalah kita.. =)
 
5)Bandingkanlah masalah kita dengan orang yang terima ujian yang lebih dasyat dari kita..ini akan membuatkan kita sesungguhnya ujian yang aku terima ini hanya kecil bila dibandingkan ujian orang lain yang lebih berat dan sukar untuk dihadapi..
 
Jadi akhir kata dari wan untuk semua sahabat2 lain untuk diri ini juga...ingatlah..ujian ini hanya penanda aras keimanan kita di tahap yang mana..anggaplah setiap apa yang kita hadapi sebagai anugerah dari Allah untuk orang yang beriman....
 
sekian... =)

Wednesday, May 4, 2011

Nurkilan Istimewa Hari Kelahiran

salam...
hurm..ana x berapa ingat dari mana ana dapat puisi ni..tapi ana nak berkonsi dengan orang lain...puisi ni memang menusuk kalbu bila dihayati..



Selamat lahir ke dunia ini wahai teman Tariklah nafasmu, Nikmatilah kesegaran semesta Pasanglah telingamu, Hayatilah bunyian merdu mergastua Kemudian bukalah matamu, Kagumilah kebesaran Maha Pencipta Sungguh, tidakkah kau menyedari Lagu ceria alunan seisi semesta Meraikan detik bersejarah kelahiranmu Mungkin kau tertanya-tanya Mengapa salam kelahiran ke dunia Dan bukan selamat ulangtahun kelahiran Namun teman, Usahlah kau dicengkam kepelikan Atau diburu sejuta persoalan Kerna kelahiran baru saja menjemputmu Meski hayat sudah mencecah puluhan tahun Ruh baru usai menempati jasadmu Tatkala langsung kau dakap fitrah insani Lalu serentak itu Kau sirnakan segala belenggu kematian Sedarlah betapa perjalanan hidupmu Hanya bermula saat kau tekadkan ikrar ..Aku benci jahiliyyah.. ..Jahiliyyah bukan cara hidupku.. Justeru kelahiran sebenar adalah bersama islam Hidup tanpa perhiasan iman Dan juga pakaian takwa Bukanlah suatu penghidupan hakiki Sekadar pergerakan jasmani tak bererti Kerna ruh sebenar ialah semangat islami Yang dengannya kau bernafas kini Tanpanya, Manusia itu laksana robot-robot Berjasad tapi tak bernyawa Walau zahirnya lincah ke sana ke sini Usahlah kau bermuram durja Dengan penghidupan serba baru ini Kerna kembaramu sebenarnya masih jauh Masih terlalu panjang Sepanjang usia alam dan seisinya Lantaran hidupmu bersama hakikat iman Walau jasadmu hancur ditelan bumi Namun ruhmu subur disirami semangat islami Selamat lahir ke dunia ini wahai teman Untung sekali, Antara sekian ribuan kau jadi pilihan Hargailah tiap saat kehidupan penuh bermakna ini Jangan sekali-kali kau berpaling dari kebenaran Justeru untuk kembali kepada kebinasaan Kerna kelahiran sebenar adalah bersama islam Sedang kecenderungan pada jahiliyyah Adalah petanda jelas kematian.

Monday, May 2, 2011

Beruntunglah Kamu Wahai Khalifah..

Assalamualaikum penghulur kata... =)


Balik semula kepada tajuk diatas, ramai yang pelikkan?.  Sebenarnya niat saya ingin bahagikan tajuk ini kepada 2 bahagian iaitu "Beruntunglah kamu.." dan "Wahai Khalifah"..

Kita mulakan dulu dengan "Beruntunglah kamu.." Dalam sub topic ni, ingin saya menghuraikan golongan yang mendapat tarbiah dengan didikan agama yang cukup. Bila kita sentuh prihal tarbiah..pelbagai sumber yang boleh kita petik seperti tarbiah dari keluarga sendiri, rakan-rakan, sekolah dan lain-lain.

Golongan pertama ialah golongan yang mendapat dari kalangan keluarga sendiri.  Bila kita pandang faktor zaman pada masa sekarang, agak sukar ingin menjumpai keluarga yang mampu memberi tarbiah dengan didikan agama yang secukupnya. Tarbiah dari kalangan keluarga sendiri amat penting dalam membentuk jati diri yang berlandaskan syariat islam itu sendiri jika betul-betul diamalkan. Jadi beruntunglah kamu dari golongan berkenaan, sesungguhnya Allah telah mempermudahkan jalan dalam mencari hadayahNya..samaada kita ambil tahu ataupun tidak.  Yang malangnya bagi golongan yang tidak ingin mengambil peluang ini untuk mendekatkan diri denganNya secara tak langsung golongan ini akan dicampakkan di dalam golongan orang-orang yang rugi.


Beruntung juga bagi golongan yang mendapat tarbiah dari rakan sendiri..susah ingin berjumpa rakan yang mampu memberi tarbiah ini dengan baik sekali pada zaman masa kini. Jika anda mempunyai sahabat sebegini..manfaatkan betul-betul..sesungguhnya itulah rakan yang boleh dikatogikan rakan dunia dan akhirat.  Sama juga dapat tarbiah dari sekolah sendiri.  Tidak semua sekolah mampu untuk memberi tarbiah dengan didikan agama ini melaikan sekolah tertentu seperti sekolah aliran agama, asrama dan lain-lain..tapi persoalannya...adakah ia meresap pada hati individu pelajar??  Ini perlu ambil tahu..akan tetapi..hidayah itu milik Allah kan...tidak semua golongan mendapat hidayah dengan cara yang sama.

tapi...yang malangnya bagi golongan yang langsung tidak mendapat tarbiah dari mana-mana golongan...jadi...bila kita lihat situasi ini...tanggungjawab siapa untuk membantu mereka untuk memberi tarbiah di jalan Ilahi? Sebenarnya ini tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini..  Semua orang memainkan peranan yang amat penting wahai khalifah.. jika anda mempunyai sedikit masa...luangkan masa untuk membaca artikal di bawah ini...

--> Khalifah Muka Bumi 

jadi tanggugjawab kita tidak akan selesai selagi ajal tidak menjemput kita..sesungguhnya kita telah terikat dengan kontrak yang Allah tetapkan...Click dI bawah untuk cerita prigal perjanjian roh kita dengan Allah..

--> Perjanjian Roh dengan Allah 


yang baik jadikan tauladan...yang buruk jadikan sepadan..moga kita tidak pernah alpa dengan kesilapan silam..pandang kehadapan...
sekian...

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com