Followers

Friday, September 30, 2011

S.A.H.A.B.A.T

Sebelum ini saya pernah menghantar post menggenai sahabat.
Semakin hari semakin aku mengerti erti sahabat..
Dalam hidup ini..kita tidak lari dengan kehidupaan bersahabat.
Tidak pernah lari.. tapi adakah kita sedar....?? siapa sahabat kita yang sebenar2nya...??
Siapa sahabat sebenar kita?? Kita tahu??
Yang rapat dengan kita?? Yang bila kita ada masalah kita boleh luahkan..? yang bila kita kesusahan dia sanggup membantu?? Yang bila dia gembira dia sanggup berkongsi kegembiraan bersama?
Adakah itu sudut pandangan anda tentang sahabat??
Pada awalnya..saya rasa juga begitu..sahabat ialah orang yang bila kita susah dan senang dia sentiasa bersama...tapi...semakin hari semakin saya mengerti erti persahabatan itu sendiri.
SAHABAT bagi saya ialah insan yang sentiasa mengingatkan kita “ammar makruf nahi mungkar” sentiasa mengamal dan menggalakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran..
Lets us check back..are we get that your real “sahabat?” tell it your self.  Ini kerana.. sahabat ini lah yang menyelamatkan kita di akhirat kelak untuk meneberangi titian as-sirrat..  jadi adakah kita telah berjumpa sahabat yang SEBENAR?
Sentiasalah berdoa agar kita berjumpa dengan SAHABAT yang sebenar...sesungguhnya SAHABAT yang sebenar ialah SAHABAT yang sentiasa bersama dunia dan juga akhirat kelak....
Dan apabila kita telah memilikinya... bersyukurlah kepadaNya dan manfaatkan lah SAHABAT kita sebaik mungkin...

Cinta..cinta dan cinta...?

Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing tentang cinta. Termasuklah aku sendiri.  Pada mulanya pengenalan cinta kepadaku hanya kepada insan yang bergelar lelaki dan juga wanita..  akan tetapi bila usia semakin meningkat... aku paham erti percintaan sebenar.
Pada saat ketika selepas aku solat maghrib, aku terfikirkan sesuatu..sesuatu yang membuatkan diri ini rasa serba salah denganNya.  Bila direnungkan kembali...cinta yang aku sebarkan selama ini hanya cinta di pandangan mata tanpa sebarang erti.  Adakah cinta ini yang aku dambakan selama aku hidup didunia ini?  Adakah layak cinta ini diberikan kepada insan lain sedangkan Dia yang Maha Esa mencintaiku lebih dari insan-insan yang lain.??
Adakah aku layak ?? pada saat itu aku merenung kembali....dimanakah cintaku sekarang? Kepada siapa aku berikan sekeping hati ini? Adakah kepadaNya yang sebenar-benarnya layak??
Bila saat aku memikirkannya..diri ini rasa hina...aku malu dengan diri aku sendiri...ada juga aku merasakan aku ini insan yang tidak reti erti bersyukur..
Aku berdoa ya Allah...aku bermohon kepadaMu ya Allah....sesungguhnya cinta engkau kekal selama-lamanya..telah banyak dosa yang aku lakukan...telah banyak salah yang aku telah lakukan...sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. tiada siapa yang layak menandingi cintaMu ya Allah...aku bermohon kepadaMu...Engkau sematkanlah cintaku kepadaMu lebih dari cintaku kepada yang lain..sesungguhnya aku ingin mengejar cinta yang hakiki...aku yakin cinta yang lain akan terpaut bila cintaku padaMu lebih dari segalanya...janganlah Engkau pesong perasaan ini...
Disaat aku melafaskan ini...air mataku mengalir...sesungguhnya aku berasa dekat denganMu ya Allah.....

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com