Followers

Sunday, October 30, 2011

Syukurlah Wahai Hamba

Cahaya dhuha kini menerangi segenap pelusuk alam...  kehadirannya membuatkan diri ini merasa kenikmatan kehagatan keberkatan dariNya..  setiap apa yang diberikan pasti hikmahnya telah siap dihidangkan.. yang membezakannya erti kekufuran atau erti beryukur..
Adakalanya kita alpa dengan kemewahan setaip apa yang telah diberinya...kadangkala kita tidak sedar apa yang kita lakukan bukan terbaik untuk kita..  tapi kita tidak pernah ambil tahu kepentingan itu.. kerana kita hilang erti bersyukur..

Angin yang meniu mengembalikan ketenangan jiwa.  Adakalanya membuatkan diri ini terbawa di awangan angkasa... tambahan angin meniup mengikut rentak sanubari.  Kenikmatan yang sering kita lupa akan hikmah kejadian alam semesta.. yang diciptakanNya tanpa erti sia-sia.  Ada di saat kita dalam hayalan mimpi duniawi.. kita alpa dengan setiap apa yang telah dikurniakan bukan hanya untuk dinikmati tapi ia kembali mengingatkan asal kejadian alam itu sendiri.
Setiap detik nadi sentiasa melakukan kerjanya tanpa henti...  membuatkan seseorang it terus menghirup udara yang diberikanNya... walaupun kita dibuai mimpi indah mahupu kita peka dengan tindakan yang kita sedang lakukan.... ia terus bekerja menyambung nyawa untuk berbakti kepadaNya.. tetapi adakah kita pernah mengambil kira kenikmatan itu?
Penuh dibuai maksiat yang bermaharaja lela..mengeloka setiap pelusuk sanubari.... setiap kejadianNya diciptakan sempurna dengan tanggungjawab masing.. termasuk kita sebagai hamba yang mempunyai dua benda yang besar iaitu nafsu dan juga akal...

Langkah demi langkah diatur untuk mencari keredhaanNya... tidak akan datangnya erti hidayah itu jika kita tidak mencarinya... jangan hanya megharap ia datang tanpa usaha.. kerana hidayah itu milik Allah SWT...  bersyukur dengan semua nikmat yang dikurniakan...kerana nikmat itu hanya pinjaman semata-mata... cukup satu masa....kita harup pulangkannya...manfaatkan setiap yang diberikanNya sebaik-baiknya.
Bersyukurlah dalam setiap ruang dan peluang yang diberinya..manfaatkan sebaiknya... pasti kebahagian kelak kita gengami..

Menjaga Hati


Hati?? Bila kita menyoalkan soal hati....sudah semestinya ia melibatkan perasaan sensitiviti seseorang.... bila kita menyoalkan prihal jaga...salah satu tanggungjawab untuk memastikan kita menjaganya...

Menjaga hati?? Benda ni agak penting bagi saya..terutamanya menjaga hati mak ayah...keberkatan ada mereka berdua..

Tapi persoalannya sekarang...mampukah kita menjaga hati orang sekeliling kita?? Sedangkan hati kita siapa yang mahu menjaga??
Saya terfikir sejenak...yep adakalanya kita tak dapat penuhi untuk menjaga hati orang sekeliling kita...  tapi kita kena ingat...kita mesti menjaga hati orang lain jika kita mahu orang lain menjaga hati kita.....
Menjaga hati ini bukan dari sudut untuk menjaga perasaan sahaja..tapi lebih dari itu...seharusnya seseorang itu tahu erti sebenar menjaga hati itu sendiri..
Setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing2....bagi saya...menjaga hati ini ialah sesuatu perbuatan yang kita harus jaga agar hubungan kita dengan orang lain akan terjaga....
Bagaimana dengan orang yang x reti untuk menjaga hati dan perasaan kita...??
So what...perlu ke kita ambil contoh orang sebegitu??? Apa yang baik kita amalkan..dan apa yang x.....buang jauh2.. sungguh pun tiada siapa yang mahu  menjaga perasaan kita..ingat Allah sentiasa ada di sisi kita...yakin3!!!
Jadi kita adalah meriam positive kepada orang lain..sebarkan aura positive kita kepada orang sekeliling kita.. kita ada kuasa penarikkan.... jagai hati orang lain selagi tidak melampaui batas syariat...  =)

Kesimpulan:
1)jagai hati orang sekeliling kita setakai apa yang kita mampu
2)sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada yang lain
3)percaya Allah sentiasa ada di sisi kita
4)sebarkan aura positive kepada orang sekeliling kita
5)kita ada kunci penarikan pada diri

Monday, October 24, 2011

pengalaman = tiada nilainya

semalam..1 lagi pengalaman yang x dapat aku lupakan...dan ia sememangnya memberi pengajaran kepadaku...


semalam aku keluar dengan seorang sahabatku..pada mulanya niat hanya ingin membeli tiket pulang ke kuantan sahaja...tapi melencong ke lain...hehe yelah bawa member dari perak berjalan di KL...


mulanya kami ke The Mines... kami bermain bowling....after that kami ke tempat game (yg mengunakan token..) selepas itu..kami menyusur dihadapan panggung wayang....pada mulanya tak terfikir nak tengok wayang..tapi member yang nak tengok sangat..so go on jelah..tyme 2 plak cerita yang nak ditengok..beli tiket terus masuk....pantas gitu.. =)


puas hati jugaklah tengok cite real steel.. after that....tyme to solat asar....after solat asar..niat kami nak terus balik untuk beli tiket bas.... bila sampai ke KTM...aku mencari sesuatu...ai??? mana wallet aku pergi ni..cari dalam beg...x dek pun...ah..aku dengan member terpaksa patah balik..cari wallet yang hilang 2....


mood tyme 2...rilex je...yep coz aku  terima ini salah satu ujian dari Allah SWT...kerana sebelum aku keluar dari rumah...ibu dah berpesan..."wan jaga elok2 sikit wallet kau tu" and aku hanya tersenyum dan mengangguk dengan pesanan ibu tu...


cari dan cari..x jumpa..pergi balik ke surau...x jumpa...ke wayang tanya akak tu..die pun x jumpa....orang cakap pulang dengan hampa...?? mcm tulah...aku x risau sangat tentang wallet tu..just IC je...and yang kesian tu..kat member wan...Lah..sorry Lah..susahkan kau...


so....anways thankz Lah coz sudi teman cari balik wallet tu..and pinjamkan duit untuk beli tiket balik....


sampai je rumah..dok rilex2...orang wayang 2 call...


" ni syazwan ke....ni wallet dah jumpa...ada orang pas tadi, tercicir dekat lorong keluar panggung wayang...tapi nak tanya..dalam wallet ni ada duit x??".


"ha dah jumpa?? adalah berapa belas ringgit je..kenapa??"


"tapi dalam ni dah tak dek duit dah...."


"oh...x pelah..saya x kesah tu". (dalam onak fikiran just pk..nk buat report polis, renew IC,,g buat ATM card balik...seb baik jumpa)


tyme ni aku terus kesana balik naik kerata..and ambil wallet tu...perasaan lega lah.....x dek la nk buat kerja2 lain....


pengalaman ni memang best sebenarnya..


kepada yang mengambil duit tuh...aku halalkan...=) mungkin orang tu perlukan duit tu sangat2... =) tapi...kepada yang diluar sana...jujur dengan setiap apa tindakan kita...Allah sentiasa melihat hambanya....


kalau terjumpa wallet ke Hp...ke biar kita amanah dengan diri kita...pulang dengan keadaan asalnya..jangan mengambil sesen pun darinya...kerana itu bukan hak kita...silap hari bulan...kita pula yang kena...baru lah kita tahu,....


yep pengalaman memang tiada nilainya!! =) 

Sunday, October 23, 2011

Rindu terubat!!

Alhamdulillah...diberi peluang untuk cuti lebih untuk diluangkan bersama keluarga....

tp yang bestnye....rindu aku terhadap famly edata terubat...sabtu lepas..1 whole day aku di office bersama famly edata...ukhuwah yang terjalin tidak akan pernah terputus..kerana kami memunyai 1 matlamat yang sama...

x kesah lah datang dari pelusuk negeri yang mana..famly is famly...and the most important...aku memerkukuhkan lagi matlamat jihad aku disana..apa yang patut aku lakukan untuk membangunkan ummah melalui cara kami sendiri...

sesungguhnya kami ada jawapan bila menghadap Allah SWT apa yang telah engkau bantu untuk membantu umatmu....

ini salah satu medan yang kami akan tetap perjuangakan selagi nyawa dikandung badan!!

and today...inssyaAllah...akan keluar bersama sahabat "Lah" hehe..KPTM punye member....nk g maen bowling dekat mines....nk baling bola 2 puas2....dah lame x lepaskan geram pada bola boling 2.....

aku berdoa juga Lah akan jadi sebahagian keluarga edata...this is the way to join us with 1 vision to Jihad fisabillilah...inssyaAllah...

kepada sahabat edata yang lain..perjuangan kita tidak pernah akan berhenti selagi nyawa kita dikandung badan...terus berjuangan dengan amanah yang Allah dah berikan kepada kita....anda semua sememangnya HEBAT!!!

Friday, October 21, 2011

masa itu berlari.....

Pantas masa berlalu.. pejam celik pejam celik...masa berlalu bergitu saja tanpa meninggalkan jejaknya.. hanya meninggalkan cebisan kenangan pahit manis.
Sepanjang aku melanjutkan pelajaran di KPTM Kuantan ni.. macam2 ragam orang yang telah aku jumpa. Dari pelbagai pelusuk negeri..
Seperti di sekolah menengah teknik dulu...seperti biasa tiada seorang kenalan yang turut bersama melanjutkan pelajaran disini.  Tapi ia tidak menjadi masalah bagiku..  yang untungnya aku erjumpa dengan kenalan baru...baru dan baru..
Kini hampir final exam.. dan semesta satu akan berlalu begitu sahaja..
Disini juga aku kene berusaha mengukuhkan keimanan aku..memang betul bila kita melanjutkan pengajian di IPTA/IPTS.. tiada siapa yang akan focus kepada kita dalam bab agama ini.  Nak tak nak diri sendiri kena pandai bawa diri sendiri.. tahu bezakan yang mana baik dan buruk..
Tetapi Alhamdulillah aku jumpa insan yang satu frekuensi dengan aku dan sahabat-sahabat lain.. walaupun duduk disini...ada lagi insane yang cinta akan agamanya akan terus melakukan amar maaruf nahi mungkar dengan kadar kemampuan  yang mampu.  Walaupun hanya sedikit...tanggungjawab kita terlepas bila kita telah menengur orang tersebut..
Aku bersyukur kerana ada lagi insan yang sudi mengingatkan aku akan kepentingan solat berjemaah, menutup aurat dan lain-lain .... mungkin sesetengah orang yang hatinya telah gelap memandang remeh akan hal ini....tapi memang betul..hidayah itu milik Allah...
Kita sebagai hambanya perlu mencari....tapi ramai yang tak mahu mencarinya... jauh dari pelusuk hati yang dalam ini..sering mendoakan sahabat-sahabat lain kembali ke landasan yang lurus...moga sama-sama selamat melintasi titian sirat kelak.. inssyaAllah...=)


Wednesday, October 12, 2011

Tersesat di Titian Sirat Dunia



Seperti yang kita sedia maklum....di akhirat kelak..setiap orang muslim akan melalui titian siratulmustakim melintasi neraka menuju ke syurga dan itu sahaja jalan untuk ke syurga.  Yang membezakan kita cara kita melintasi, cepat atau lambat atau selamat dan sebaliknya.  Semuanya berbalik kepada amalan kita di dunia ini.
Akan tetapi sebelum kita mengupas prihal titian sirat di akhirat kelak..kita kene fikir titian sirat kita di dunia ini.  Titian sirat adalah jalan ataupun garisan lurus.  Titian sirat dunia merupakan agama islam.  Agama yang menuntut pengikutnya mengikut jalan yang lurus dibimbing Rasulullah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Antara sebab yang boleh saya kupas bagaimana kita boleh tersesat di titian sirat dunia ialah dengan:
1)Membunuh
-membunuh merupakan salah satu dosa besar.  Secara tidak langsung azab yang dikenakan kepada pembunuh juga besar.  Walaupun sepanjang hidupnya dipenuhi amal kebaikan, sekali sahaja dia membunuh sesama Mukmin tanpa alasan yang benar, dosa perbuatannya itu lebih besar daripada segala amalannya yang dilakukan di dunia bila ditimbang di neraca al-Mizan kelak.  Lebih-lebih lagi apabila manusia itu sengaja membunuh dirinya sendiri.  Mereka ini akan dimasukan kedalam neraka dengan menjatuhkan semasa melintasi titian sirat kelak.
2)Berzina
-Dosa berzina juga hamper sama dengan membunuh.  Bila sebutkan prihal zina, pakar agama berpendapat bahawa zina ini banyak, antarnyanya zina hati, zina tangan, zina mata dan zina mulut dan lain-lain.  Lihat kembali ayat Allah dalam surah al-Israk “janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan jalan yang jahat”.  Allah melarang manusia mendekati zina, apatah lagi orang yang melakukan zina itu sendiri, sudah pasti dosanya jauh lebih besar dari mendekati zina.
3)Mengfitnah
-fitnah merupakan salah satu penyakit jiwa yang amat ketara.  Ini kerana dengan fitnah mampu menghancurkan lawan tanpa melalui fizikal mereka sedikit pun.  Kesannya amat ketara yang bukan sahaja melibatkan pihak diri lawan tapi mungkin juga melibatkan kaum kerabat juga serta keturunannya juga.  Sebab itulah Allah telah menyatakan bahawa perbuatan mengfitnah ini jauh lebih bahaya dari membunuh kerana membunuh selesai apabila lawanya mati.  Akan tetapi fitnah terus memberi kesan walaupun lawannya itu telah meninggalnyua, kesannya masih terasa bagi kaum kerabat dan keturunannya.
4)sombong, riak dan bongkak.
-sombong adalah sikap yang merasakan dirinya lebih tinggi daripada orang lain ataupun merendahkan orang lain.  Bagi riak pula adalah keinginan mahu dipuji orang dan bongkak ialah berasa dirinya itu hebat serta terpuji.  Golongan ini jauh dari lindungan Allah.  Allah memberi jaminan bahawa golongan ini tidak masuk syurga dan tempatnya adalah neraka.
5) tamak,serakah,iri hati dan dengki
-sikap-sikap ini berpengaruh kepada dirinya sendiri.  Bagi tamak dan serakah merupakan satu sikap ingin memiliki sesuatu dengan cara berlebihan.  Bagi iri hati pula merupakan rasa ingin memliki sesuatu sebagimana orang lain memilikinya.  Dan bagi dengki pula lebih berbahaya daripada semua sifat buruk.  Ini kerana dengki merupakan perasaan iri hati yang disertakan dengan kebencian.

Perkara yang boleh kita rumuskan dalam hal ini ialah, jauhilah kelima-lima perkara ini jika kita mahu selamat di titian sirat dunia.  inssyaAllah jika kita hinder perkara-perkara negative ini, titian sirat di akhirat kelak kita akan selamat dari tergelincir ke dalam neraka itu sendiri.
“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku bermohon kepadaMu ya Allah, kau jauhilah lima perkara ini dariku.  Engkau selamatkanlah perjalanan ku di dunia ini, Engkau bimbinglah aku melintasi titian sirat dunia ini tanpa Engkau pesokannya.. sesunggunya dari Mu aku diciptakan dan kepadaMu aku dikembalikan.” Amin.

Saturday, October 1, 2011

Workshop UC "Bicara Luar Biasa Tepat"

Alhamdulillah dengan izinNya. Allah memberikan aku keringat untuk aku berkongsi sedikit pengalaman yang baru sahaja aku lalui 1/10/2011

pada pukul 9 pagi di Hotel Plaza Kuala Lumpur...aku menghadiri kursus Workshop UC "Bicara Luar Biasa Tepat" yang dikendalikan oleh Dr. Kamsah Misran.

dengan izinNya juga... dapat juga aku bersua dengan keluarga Edata setelah lama aku tidak berjumpa...
Harith, en soufi, en amid, Pn Adrina, kak Asnadila, En pudin, Kak Ain dan lain2 lagi yang turut serta dalam workshop ini,

banyak input yang saya dapat dan workshop ini dalam bentuk praktikal.  Memang menusuk terus ke dalam fikiran.

dekat sini juga ditekankan penggunaan otak kanan + minda separa sedar. logik dan tidak logik...

disini juga aku sedar aku tidak pernah memikirkan aku yang di dalam mahukan..syazwan yang didalam mahukan sebenarnya..

dan disini aku belajar macam mana aku ingin berinteraksi dengan syazwan yang di dalam,...memang satu ilmu yang mmg SUPERB!! seharusnya setiap orang tahu mcm mana ingin digunakan..

dekat sini juga aku belajar mcm mana ingin mengunakan water therapy untuk rawat segala penyakit dengan izinNya...

memang modul yang 100% kita seharusnya berserah diri kepada ALLAH SWT,

ia membuatkan saya sedar sebenarnya hidup ini 100% harus berserah kepada Allah...kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana yang mengaturkan segala gerak geri kita,

Ya Allah aku bermohon kepadamu...apa yang ilmu yang telah Engkau turunkan dalam workshop ini..Engkau permudahkan lah untuk aku beristiqamah untuk mengamalkannya agar aku mengerti apa yang Syazwan di dalam mahukan....

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com