Followers

Monday, November 28, 2011

Erti sebuah hijrah

Kini 1432 Hijrah telah melaburkan tirainya...dan kini 1433 Hijrah bersua muka.

Bila dilihatkan kembali, pasti banyak lagi azam kita pada tahun hijrah yang lepas masih lagi tidak disempurnakan.
Macam biasa..setiap tahun baru, pasti yang bersemangat untuk memulakan azam yang baru bagi memperbaiki dan mendapatkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.. betul kan??

Tapi adakah kita sendiri tahu apa sebenarnya erti hijrah itu sendiri???

saya mengambil artikal dari http://www.sinarharian.com.my/

Hijrah berasal daripada peristiwa perpindahan atau penghijrahan Nabi SAW dan sahabatnya dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Apabila kita halusi peristiwa ini, ia adalah proses meninggalkan negara yang penuh dengan kerosakan dan kejahatan kepada negara yang lebih damai. Malah, meninggalkan aqidah yang rosak lagi fasad dan amalan serta muamalat yang merosakkan nilai murni seorang manusia.

Rasulullah SAW pernah menceritakan kisah seorang lelaki yang banyak melakukan dosa. Lelaki tersebut telah membunuh 99 nyawa. Dia ingin bertaubat, tetapi oleh kerana dia tersalah memilih guru, maka sekali lagi dia membunuh dan mangsanya adalah guru tersebut. Sampailah pada suatu ketika dia bertemu dengan seorang guru dan menyatakan dia ingin bertaubat, tetapi dengan dosanya yang banyak, apakah taubatnya diterima ALLAH? Guru itu menyatakan ya dan memintanya untuk berhijrah ke negeri yang memiliki penduduk beribadah kepada ALLAH dan tinggalkan negeri diduduki orang yang rosak pegangannya.

Lalu dia pun keluar berhijrah. Sampai di pertengahan jalan dia meninggal dunia. Ketika itu datanglah malaikat azab dan malaikat rahmat. Masing-masing saling bergaduh perihal status mayat ini, apakah mahu dirahmati dan diazab? Lalu turun malaikat lain dan menyatakan ukur mana jarak lebih dekat, adakah negeri yang baik lebih dekat atau negeri kejahatan? Lalu mereka mengukur dan ternyata negeri kebaikan lebih dekat justeru malaikat rahmat mengambilnya.

Daripada peristiwa tersebut amat jelas untuk difahami hakikat hijrah dengan firman ALLAH ini, “Barang siapa berhijrah di jalan ALLAH, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada ALLAH dan Rasul-NYA, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi ALLAH. ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.” (Surah an-Nisaa ayat 100)

Dari aspek lain, erti hijrah ditafsirkan dengan pertanyaan seorang lelaki kepada Nabi SAW, “Manakah hijrah yang paling afdal (utama)? Jawab Nabi SAW, “Engkau meninggalkan apa sahaja yang menimbulkan kemarahan TUHAN-MU AZZAWAJALLA.” (HR an-Nasaie dan Ahmad). Hijrah juga membawa maksud bertaubat dengan meninggalkan kesyirikan, maksiat dan bidaah. Ketahuilah kasih sayang ALLAH ke atas hambanya amat luas. Buktinya selagi kita masih bernafas dan nadi masih berdenyut, pintu taubat masih terus terbuka sehinggalah matahari terpancar dari barat.




Jadi bila kita amati kembali erti penghijrahan ini, marilah sama-sama kita bermuasabah diri kita..apa yang kita telah lakukan sebelum ini..dan apa yang akan kita lakukan selepas ini... jadi apa yang buruk untuk kita menerima..kita buang jauh-jauh dan yang baik untuk kita..kita amalkannya...


semoga setiap penghijrahan yang kita lakukan adalah kerana Allah Taala..dan kembalilah kita kepada syahadah yang kita pegang...inssyaAllah moga hidup kita sentiasa dirahmatiNya...Amin.. =)

Sunday, November 20, 2011

cukuplah.........



cukup lah dulu hati ini pedih dengan jawapan yang diberikan...

tapi kali ini bila aku memberi peluang pada diri sendiri untuk menerimanya dalam hidup aku..sekali lagi jawapan yang sama..

kini aku betul-betul sedar...cinta memang sakit....
yes bila cinta kita diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya.... dan bukan masanya untuk melebarkan sayap cinta kepada orang lain...
aku bukan ingin menyakiti hati orang lain..tapi aku cuma untuk menahankan diri sendiri dari disakiti...

aku juga sedar sekali lagi dengan firmanNya

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”


aku kena baiki diri aku dulu jika ingin mendapatkan yang terbaik untuk diri aku...

ya Allah sekali lagi kau sedarkan aku dari tipu daya hidup ini... aku bersyukur..

kini aku perlu lebih berhati-hati....jodoh pertemuan di tangan Allah.. aku berserah kepadanya bulat2...dan sekarang aku perlu baiki diri ini , perlu berusaha + berdoa + bertawakal.. 
sesungguhnya jawapan yang terbaik adalah dariNya...
aku yakin itu...


Monday, November 14, 2011

Restoran Saudi Denda Pelanggan Membazir



Bagi anda yang suka bergaya seperti 'orang kaya' yang sering makan di restoran dan tidak menghabiskan makanan, maklumat berikut cukup untuk membuat anda sedar dan lebih mengambil perhatian.
Dalam solidariti dengan kaum miskin di dunia, sebuah restoran di bahagian timur Damam Arab Saudi mengenakan denda kepada para pelanggan mereka yang tidak menghabiskan semua makanan di piring mereka.
Denda, yang akan disalurkan untuk amal, dibuat sangat berpatutan, kerana pelanggan sendiri yang diminta untuk memutuskan berapa banyak mereka harus membayar denda atas makanan yang tidak habis mereka makan.
"Selama denda tersebut untuk amal, saya merasa tiada masalah dengan gagasan itu," kata seorang pemuda setelah mengunjungi restoran, menambah, "Saya berharap semua restoran di daerah ini mengikutinya."
Pelanggan lain berkata, "Saya terkejut bahawa saya didenda, tapi sejujurnya, ini adalah langkah yang baik untuk mendorong melakukan perbuatan baik."
Pelanggan lainnya telah menyuarakan keperihatinan mereka, dan pada peringkat global. Seorang pemuda Saudi mengatakan, "Ada negara-negara lain yang menderita kelaparan seperti Somalia, dan saya menemui idea baru ini untuk membantu mendorong kesedaran ekonomi dan sosial, dan untuk mengajar orang ramai agar mengkonsumsi jumlah makanan yang tepat. "
Menurut sebuah laporan pemimpin barat, sebanyak 30 peratus makanan di seluruh dunia kemungkinan besar akan hilang atau terbuang, sementara perkiraan lain telah menempatkan angka di sekitar 50 peratus. (fq/aby)

Wednesday, November 2, 2011

Exam..exam..exam...

fuh semalam lepas satu paper...english paper...esok plak calculus..hurm...

kene score betul2..lau nak target dekan...nak x nak kene berusaha bersungguh2...
hurm.....lagi 2 minggu dah nak habes sem...
and lagi bape hari nak raya hajikan...

fuh..pantas masa berlalu...walaupun aku x beraya aidiladha dgn famly...ia x menghalang aku untuk terus berjihad dalam jalan aku sendiri...yes..mula2 rasa mcm argh!! nak balik ikowt famly balik kampung..tp mmg x sempat lah nk follow sama...membazir plak duit lagi nak balik..raya jelah dekat hostel....

hurm...bak kate orang life must go on...kene teruskan..haha!!

pe pun even macam awal je lagikan..aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua member2..and blogwalker hehe!! moga raya kali ini mendatangkan 1001 rahmat buat kita sebagai hambaNya...inssyaAllah  =)

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com