Followers

Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru Buku Baru

Assalamualaikum kepada blogwalker.. moga anda sentiasa dibawah naugan keredhaanNya..inssyaAllah

2011 telah melaburkan tirainya..dan kini 2012 membuka tirainya yang tersendiri..

2011 semestinya telah meninggalkan kita pelbagai kenangan manis dan pahit, suka dan duka, gelak dan sedih bagi kita.. yang mengajar kita erti pengorbanan, kesungguhan, kekuatan dan sebagainya yang makin hari menjadikan kita insan yang lebih kuat setiap hari..

Jadi..pada tahun ini..ramai yang sebuk menanam azam2 yang pelbagai untuk dicapai pada tahun ini..
akan tetapi adakah kita lihat kembali apa yang kita telah lakukan pada tahun sebelum ini.. kebaikan dan keburukn yang kita telah lakukan sebelum ini

apa yang baik pada 2011 boleh kita bawa dan kekal serta tingkatkan pada tahun 2012 dan apa yang buruk di 2012 ditinggalkan..

terutamanya tuntutan utama iaitu solat... mungkin ada yang tidak bersolat pada sebelum ini..dan ada juga yang sekejap solat sekejap x..ada juga gemar solat diakhir waktu..

jadi tahun 2012 ini merupakan salah satu medan untuk melonjakkan paradigma kita untuk menjadikan kita insan yang diredhaiNya..

moga tahun 2012 ini sama2 kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari dulu... doa saya untuk anda semua..inssyaAllah.. =)

Friday, December 30, 2011

Derma darah di Masjid Negara

Alhamdulillah..30/12/2011 sebelum akhirnya 2011.. wan, hariz haziq dan adib..sempat la untuk membuat satu amal kebaikan sebelum 2011 melaburkan tirainya... untuk kebaikan bersama...

hurm..gerak dari rumah dalam pukul9.30 lah... then naek LRT ke pasar seni dan terus ke masjid negara..
hihii...sebelum ni wan dah pernah derma darah di sekolah dulu..haha..first time mcm cuak jgak lah...haha..
yang menambahkan kecuakkan bila dia cucuk jarum yang rasanya boleh sumbat lidi kayu dalam jarum tu..huhuu..

but tyme cucuk tu x sakit la...but nice lah...badan rasa ringan selepas derma darah..

bagi hariz dan adib..first time cuba..so..sapa2 pun lau bende x buat cuak juga..mcm wan dulu..hhaha...

sempat tanya si hariz.. "So lepas ni boleh derma la ye?" "yep lepas ni boleh la derma untuk orang tersayang"
wah,.,bagus2...

after kiteorg derma darah..kiteorg dapat goodies dari Masjid Negara..haha...banyak pulak tu..alhamdulillah rezeki jumaat terakhir 2011 kan....  then solat jumaat terakhir untuk 2011 di masjid negara..hurm..

before that nk share 1 link kelebihan menderma darah nieh..

click sini =)

hurm....after solat jumaat...kitaorg pun plan nak balik je..tyme 2 badan still rasa lemah after derma darah.. yelah 450ml darah dalam badan sudah didermakan.. =)

tyme nk balik..sempat bergambar dengan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Dato' Syaikh Hj.Ismail bin Hj.Muhammad


rezeki peluang berjumpa dengan salah satu tokoh sanjungan negara....






so perjalanan di 30/12/2011 mengukir 1001 kenangan manis buat kami bertiga... moga setiap amal kebaikan kita diredhaiNya..inssyaAllah.. =)

Friday, December 23, 2011

First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!

ha..see it...hahha!! First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!: Park It! is Mat Tune's first Rock single!! After the success of his first single,

Wednesday, December 14, 2011

Sakit? =)

Fuh...dah lama x demam nieh..tetibe demam..terkejut juga satu badan... =) 

nak dijadikan cerita.. ari tuh ade sembang dgn ibu tercinta...

"ibu dah lama wan tak kena demam".

hehhe...alih2 ari nieh demam..

yang bestnye..tadi pergi klinik dgn ayah..haha! yeah.. i am 18 years old right now..so what..
really miss that moment coz dah lame ayah x teman g klinik...

hurm....but when i get sick..i think that in my mind...and slalu juga berpesan kat member2 yang diuji dengan sakit nieh

"Allah SWT nak hapuskan kafarah dosa2 yang lalu"

jadi kenapa perlu besedih ketika sakit? sedangkan ia satu nikmat yang Allah turunkan kepada hambanya untuk menghapuskan dosa2 yang telah kita lakukan dahulu...

tadi makan ubat..tertulis satu hadis dekat pack ubat tuh...

“Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus kepada dosa-dosa”. (hadis qudsi)

ia membuatkan aku bertambah kuat...=)
alhamdulillah jugak...sbb sakit ini x teruk sangat...masih lagi mampu menunaikan kewajipan sebagai seorang islam..yakni solat seperti biasa...even badan ini agak lemah..but yeah i still can do it..sedangkan ada orang tu boleh je solat duduk dan baring..yang aku ni sikit je pun...x yah nk ngada2 sgt x solat...=)

Terbaca satu firman Allah SWT :
“Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku”. (As-Shu’araa : 80)


jadi kepada member2 yang diterima ujian yang merupakan "sakit" itu..x usah bersedih...Allah bersama kita...


Tuesday, December 13, 2011

pasal K-pop nak gaduh?? What The!!!?

macam biasa rutin harian setiap pagi....check twitter dan facebooker...tengok status..
tengok satu per satu yang dipost di facebook..tertiba nk bukak front page brother nieh...bace post2 die..terbawak aku pada satu blog nieh  http://www.hazrey.com

baca entry2 yang die post...hurm nk terang lebih2...lebih baik korang baca post blog nieh dulu

--> http://www.hazrey.com/2011/12/780-salah-internet-salah-tv-salah-kawan.html
-->  http://www.hazrey.com/2011/12/779-kpop-makes-our-children-delirious.html
--> http://www.hazrey.com/2011/12/783-luahan-hati-ibu-amira-afiqah.html

x kesah la nk baca mana pun...but lau nk tau cerita bacalah

secara jujurnya setiap orang mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza..dan semua orang berhak bersuara..okeyh..dan secara jujurnya saya pun minat sgt dgn k-pop...dan saya mempunyai MV k-pop lebih dari 100 x silap saya..dah jadi mcm pengumpul setia pulak..huhu..


tapi bagi saya...masalah ni..mcm budak2...lantak la die (si amirah) tu nk comment apa pun..yang nak memaki hamun kenapa..? setiap orang ada pandaganan masing2... yang peliknya orang lain yang dok suke lagu2 yang bukan dikatogerikan sebagai k-POP okey jew lau org lain kritik...

nieh sampai keluarkan kata2 kesat or what ever just nk bela org2 yang minat k-pop?? LOL
its look like childish.. aku pun minat k-pop jugak lah..tapi jgn la over sangat..kita nieh ada pegangan agama...dan korang sendiri tahukan hukum "TAKSUB" kepada sesuatu benda... x tau g la belajar yew...

nk suka boleh la suka..tapi bukan ditahap taksub...ada limitnya kalau suka sesuatu...
aku bukan nak bela si budak amirah tuh...tp bagi pandangan lain...yep die boleh mengatakan begitu tapi bertapis la sedikit....(tapi bg aku, aku x kesah sangat pown ape yang die post..yeah setiap orang ada pandangan masing2..so what??)


jadi kepada k-pop fans..termasuk diri yang mengepos ini... kita boleh suka terhadap sesuatu tetapi bukan ditahap over...kita ada pegangan akidah sendiri..jangan merosakkan nama islam kalau anda itu islam...
buruk kowt gadoh pasal k-pop...


banyak lagi bende yang korang boleh pertikaikan seperti serangan israil terhadap palestine..nieh gadoh pasal k-pop..LOL...x patot kowt...

so.....what ever you do..beware what will you says..so...anyways i love k-pop but i love Allah more that such of K-pop thing!!

Monday, December 12, 2011

nurkilan hati

aku tahu aku bukan terbaik untukmu..
dan aku tahu cinta ini hanya diungkap di bibir sahaja..


niat aku bukan untuk memainkan perasaanmu..
tapi aku cuba untuk mencintaimu..


bila aku bersamamu..
aku tidak menjumpai erti cinta yang sebenar..


aku tidak mahu menipu diriku
dan aku tidak mahu menipu dirimu


aku rasa ini langkah terbaik untuk kita
kerana banyaknya beza antara kita.


aku sayang kepadamu..
tapi sayangku hanya sebagai kawan


tidak lebih dari itu..
hanya kawan


aku harap engkau mengerti perasaan ini..
dan aku harap tiada dendam yang kau simpan untuk diri ini..


ingat aku telah berusaha untuk mencintaimu..
tapi aku tidak mampy memberi cintaku kepadamu


seperti yang kau harapkan selama ini..
kerana cintai ini


bukan cinta yang hakiki..


biarlah aku mengejar cinta hakiki ku dahulu 
sebelum aku mencari cinta yang lain..


cukuplah sejarah mengajar aku makna cinta itu sebenar..
dan aku tidak mahu sejarah pedih itu berulang lagi..
lagi2 kepada mu..


aku yakin kau akan temui insan yang lebih sempurna dari aku
dan aku akan sentiasa doakanmu..
agar kau temui insan yang engkau idamkan selama ini..


terima kasih kerana mencintaiku selama ini..
aku hargai cinta yang engkau curah kepadaku selama ini..


moga Allah sentiasa merahmati kamu wahai insan..
inssyaAllah..

Thursday, December 8, 2011

Fenomena Gerhana Bulan



















FENOMENA GERHANA BULAN PENUH! Sempena peristiwa tersebut, Masjid Negara akan mengadakan Solat Sunat Gerhana dan Khutbah Khas pada 10 Disember 2011 (Sabtu) bersamaan 15 Muharram 1433H bermula jam 7.00 malam sehingga jam 10.00 malam. Muslimin muslimat dijemput hadir.


Jom sama2 turut serta melakukan solat sunat gerhana dan turut serta dalam khutbah khas semperna gerhana bulan penuh di Masjid Negara...



mimpi oh mimpi....

semenjak dua menjak nieh..wan acap kali asyik dok mimpi jew... ish x tau la sebab apa..mcm2 cerita pulak tuh...everyday i sleep mesty cerita lain..hurm...

before that...we look first Mimpi dari Perspektif Islam itu sendiri:


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
     
  2. Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.
     
  3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
     
  4.  Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak.
     
  5. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.

jadi bila kita lihat no 4 dekat atas... dia terbahagi kepada 3 peringkat sebenarnya.. jadi sebenarnya kita tidak boleh untuk mentafsir mimpi sebegitu sahaja... perlu tahu keadaan mimpi itu dahulu..dan kaji dahulu mimpi itu..

ada satu blog ini menerangkan menerangkan prihal mimpi --> Mimpi dalam Islam : Sebuah refleksi bagi kekuatan tauhid

mungkin ia akan membantu serba sedikit untuk memahami prihal mimpi..

ini lagi satu link..mereka yang berdiskusi prihal mimpi dalam forum  -->  Topik : Tafsir Mimpi Menurut Islam

apa2 pun...sebelum kita mengkaji mimpi tu..kita kena tahu apa itu mimpi..jadi..selamat mentelaah ilmu prihal mimpi...secara tidak langsung sama-sama kita menuntut ilmu baru sambil mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.. =) inssyaAllah...

Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu : Best sangat kew??

hurm...semalam...7/11/2011 berkesempatan la jugak pergi tengok wayang cerita yang orang dok sebut2 kan tuh... "Ombak Rindu"  dengan teman...hehhe..lelaki eh..haha!! it look like wired..yelah..tengok citer romantik,,, tp dgn lelaki..hahha!! p/s : at lease x pergi dengan perempuan... hohoo~~

saya ngn syafiq semalam pergi memang nk tengok ombak rindu..mcm mana jalan cerita die..best ke x..

secara jujurnya..ceritanya..quite nice lah...tak rugi kowt spend duit korang tengok citer nieh...2 jam 5 min x silap duration citer tuh..selalunya duration for citer2 melayu just dalam 1 jam lebih jew..ni 2 jam kowt.. but for me citer nieh juga mcm agak slow lah..ade bende yang kureng dlm citer nieh...hurm...yelah...memang la kalau nak dibandingkan dengan novel yang kita ambil masa nk habis kan dalam 4-5 jam ..ni cerita die compress kan dalam masa 2 jam..of corz la masih ada kekurangan dalam cerita ini..


wan x baca lagi novel nya...nk bandingkan sangat pun x bape boleh..yelah kita x baca lagi novel tu kan..nk comment2...

yang penting apa yang wan dengar setakat nieh..kutipan panggung utuk cerita yang diadaptasi dari sebuah novel ini pecah panggung dan mencecah lebih dari RM6 juta...

tyme saya tengok wayang dekat Mines tuh...pergh penuh satu panggung...just mybe ade berapa je yang tinggal kerusi kosong..

akan tetapi bagi penulis novel ombak rindu...ia merasakan kekurangan puas hati terhadap filem ini..kenapa??

jadi yang dah tengok...apa komen anda tentang cerita ini?
dan kepada yang belum....lihat sendiri dari mata anda sendiri...


yang penting jangan tinggal solat tyme tengok wayang 2..arrange tyme anda coz cite ni 2 jam 5 min....

=)

Monday, December 5, 2011

Perasaan : cinta??

Manusia...kadangkala perasaannya cepat berubah...
adakalanya sayang menyelubungi..
adakalanya benci merasuki

tapi pada hakikatnya cinta menguasi...
kita tidak sedar akan hakikat cinta itu sendiri....

bagaimana bentuk cinta itu
bagaimana ia disalurkan dengan betul
bagaimana ia diterjemahkan
bagaimana ia memiliki
dan bagaimana ia dikuasai...

bila saya tanya pada anda sekalian tentang cinta..
yang pasti pelbagai perspektif dari pelbagai sudut boleh dirungkaikan dengan perkataan "CINTA"

tapi yang sebenarnya pada hakikat yang sebenar-benarnya..kita tidak tahu akan maksud disebalik cinta itu sendiri...
tepuk dada tanya diri sendiri...
apa yang telah anda lakukan dengan perasaan cinta anda selama ini..
dan kepada siapa cinta yang dikurniaNya anda curahkan...

perasaan manusia...ingin disayangi dan dimiliki..
betul x??

jadi perliharalah perasaan anda supaya tidak jatuh kepada tangan yang salah...
sesungguhnya perasaan ini anugerah Allah yang tidak ternilai kepada maklukNya...


Sunday, December 4, 2011

sahur =)

hurm..hehe..dah lama x berpuasa sunat....dulu memang kerap kali lakukan..yelah ditarbiahkan begitu bersama2 rakan2 di asrama...memang rindu tyme 2..

hurm...sahur hari ni dengan nestum jew...dan air meneral...
sebenarnya wan x berapa suka nak makan makanan berat sebenarnya dan kebiasaannya wan akan bersahur dengan 2 biji kurma dan segelas susu...

pada mulanya nak mencuba rasa takot juga..bukan apa...takot lapar..tapi hakikatnya dengan 2 biji kurma dan segelas susu tahan sampai berbuka..dan semenjak mencuba tu terus setiap sahur tyme bulan puasa memang makan mcm tu jelah...memang tak boleh makan makanan berat..kalau tak sakit perut...

hari ni..nestum je yang ada...layan jelah..nak makan nasi memang dah tertutup selera untuk nasi...
apa2 pun wan berharap dan fadilat berpuasa pada hari ini..yakni 9 muharram dan esok 10 muharram..moga Allah sentiasa menambah keberkatanaNya kepada kita semua jika kita mencari RedhaNya...inssyaAllah..

dan kepada sesiapa yang berpuasa hari ini..selamat berpuasa dan jangan lupa pada yang wajib dan susuli yang sunat...inssyaAllah kita akan dapat keberkatanNya..amin.. =)

JOM puasa sunat !!!


Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)
A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).
Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)


Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).
Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Havoc Post!!!

My Emotion (Apabila Saya..)

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com